Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat seju...
BUKU-BUKU YANG MENARIK UNTUK DIBACA

  1. Kembara Solo 'Stans' Asia Tengah - Anita Yusof



Buku ini menceritakan segala pengalaman pahit manis Anita melakukan pengembaraan bermotosikal secara solo ke Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Afghanistan. Negara-negara ini bukan sahaja terkenal dengan keindahan panorama serta sejarah Laluan Suteranya, namun terkenal juga dengan kerenah birokrasi kerajaan, kemunduran serta kegetiran halangan alam semula jadinya. Dalam seribu kepayahan, Anita telah berjaya menamatkan kembara solo ini dan kejayaan beliau telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai "First Woman To Ride Solo Across Five Central Asian Countries On Motorcycle"

Anita mula berjinak-jinak dengan dunia pengembaraan sebagai seorang independant backpacker pada tahun 2002. Pengembaraan serta minatnya dalam sukan ekstrem seperti mendaki gunung, rock climbing, cave exploration, bermain luncur ais, berkayak dan white water rafting telah membawa Anita ke 53 buah negara di seluruh dunia. Beliau yang pernah melakukan bungy jumping dan glacier hiking ketika berada di New Zealand telah beralih arah ke adventure riding dengan menaiki motosikal pada tahun 2012 selepas terkesima melihat pemandangan indah di negara Kyrgyzstan yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.

Anita memberanikan diri untuk belajar menunggang motosikal dan melengkapkan diri dengan ilmu overlanding sebelum berkembara secara solo ke beberapa buah negara di Asia Tenggara. Berbekalkan hanya satu tahun pengalaman menunggang motosikal, Anita memulakan ekspedisi 'berani mati'nya ke negara-negara di Asia Tengah pula. 

IT'S JUST ME, MY BIKE, THE SILENCE OF ROAD, THE BEAUTIFUL VIEW AND NOTHING ELSE MATTERS.
- ANITA YUSOF -

Comments