Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat seju...

VIDEO: KEMBARA BUMI SUCI (CITA-CITA KAMI)


Comments

  1. Debaran bermula,
    Apabila Tawakkal berlipat ganda,
    Keluar dari kepompong biasa,
    Mampukah?
    Waraskah?
    Langkaukah?

    Cemas dan Harap saling bergelut,
    Hanya Allah hati berpaut,
    Manakan faham Bahasa kembara?
    Kadang sepi kadang nyata,

    Sahabat sahut menyahut,
    Di muka bumi saling bertaut
    Mesra, Mudah Mesra,
    Mudah Mesra,
    Sudah,
    11 Negara 15 hati ingin melintas,
    Walau dingin,
    Walau panas,

    Debaran demi debaran,
    Bumi Suci kami bernafas,
    Hayati laluan ini dengan sajian tenang,
    Yang berlauk sabar,
    Dengan manisan ujian,
    Susuri jalan ini,
    Kehidupan yang memberi nilai tawa,
    Disuburkan air mata,

    Beradaban hebat,
    Dalam muafakat,
    Namun konvoi sampaikah ke Bumi Suci?
    Nantikan derumannya
    Kembara ke Bumi Suci di Kaca TV,

    ReplyDelete

Post a Comment