Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat seju...

KEMBARA BUMI SYUHADA PART-1 (NARATHIWAT-PATTANI-SONGKHLA): 21-22 JUNE 2014

Kembara Bumi Syuhada Part-1 (Narathiwat-Pattani-Songkhla) - 21-22 June 2014
Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan Kembara Bumi Syuhada Part I yang merangkumi perjalanan sejauh 1,483 km (Semenyih-K.Kangsar-Gerik-Tanah Merah-Rantau Panjang-Bukit Bunga-Buketa-Narathiwat-Pattani-Sadao-Semenyih). Kembara kali ini telah disertai oleh:
1. Razali Adnan - GS1200 - Ketua Rombongan
2. Rujhan Mat - GS1200 LC - Ketua Biro Agama/ Marshall di Malaysia
3. Shuhami Saidin - Ducatti Multistrada - Marshall di Malaysia
4. Mohd Aswade Ali - R1200RT - Marshall di Thailand
Kembara kali ini agak mencabar kerana kami terpaksa menunggang motorsikal pada waktu malam di Thailand dari Narathiwat - Sadao sejauh 319km.
image
Dari Kiri: Razali, Rujhan, Aswade dan Shuhami
image
Fotograpy Session dihadapan Siamthana Hotel, Sadao
Hari Pertama (21 June 2014): Semenyih - Pattani - Sadao (952 km)
Route 1:
image
Route: Semenyih - Kuala Kangsar - Gerik - Jeli - Tanah Merah - Rantau Panjang - Bukit Bunga (633km)
Kami berkumpul (RV) di R&R Rawang jam 8.00 pagi. Perjalanan kami dimulai dengan doa perjalanan dibaca oleh Tn Hj Rujhan. Alhamdullilah cuaca hari ini agak baik dan perjalanan konvoi kami juga berjalan lancar menyusuri Leburaya Utara Selatan dengan kelajuan purata 160-170km/jam. Kami berhenti seketika untuk mengisi minyak di R&R Sg Perak.
image
Kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Gerik melalui Exit Kuala Kangsar (Exit 143). Cuaca agak panas. Kami berhenti mengisi minyak di Gerik.
image
Perjalanan diteruskan lagi dari Gerik ke Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan. Perjalanan menyusuri likuan Banjaran Titiwangsa sungguh menyeronokkan dengan corner-corner yang silih berganti. Kami terserempak kumpulan berbasikal di Banjaran Titiwangsa.
Kami sampai di Bukit Bunga jam 12.30 tengahari. Kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang melalui Tanah Merah. Kami singgah sekejap di kampungku, Kg Bukit Gading & Kg Alor Pasir untuk bergambar.
image
image
Kami menuju ke Rantau Panjang melalui jalan Lubok Jong. Kami berhenti di Rantau Panjang untuk mengisi minyak dan makan tengahari. Kami makan tengahari di Restoren Tieneenaa (N06.01821, E 101.97933), Rantau Panjang.
image
image
Makan tengahari di Restoren Tieneenaa
image
CIQ Rantau Panjang
Setelah menjamu selera, kami ke Immigration Rantau Panjang. Procedure untuk membawa masuk kenderaan di sini agak berbeza, sekiranya anda tidak membawa geran motor yang original, anda perlu menyediakan:
  1. 2 Salinan Geran Motor
  2. 2 Salinan Kad Pengenalan 
  3. 2 Salinan Lesen Motor
Kesemua salinan hendak dibawa ke Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) yang terletak ditengah laluan kenderaan selepas Immigration Malaysia untuk pengesahan (signed) sebelum salinan ini dibawa ke Immigration Thailand. Sekiranya anda membawa salinan asal (original), anda boleh terus ke Immigration Thailand selepas scan passport di Malaysia.
Note: Sekiranya anda terlupa membuat salinan, terdapat sebuah kedai  foto (500m diluar bagunan CIQ R.Panjang) yang menyediakan perkhidmatan fotocopy.
image
JPJ - Stesen Kawalan Sempadan Rantau Panjang
Disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat diatasi, kami bersetuju untuk memasuki Thailand melalui Bukit Bunga (CIQ-Custom Immigration and Quartine Complex). CIQ ini dibuka secara rasmi pada tahun 2011. Ia merupakan pintu masuk Malaysia-Thailand yang kedua yang merentasi Sg Golok. Perkhidmatan disini lebih cekap dan tidak perlu bersesak dan beratur panjang. Aku belum pernah memasukinya sebelum ini.
image
CIQ Bukit Bunga
Route 2:
image
Route: Bukit Bunga - Buketa - Narathiwat - Pattani - Sadao (319km)
Pejabat Immigration Thailand hanyalah menggunakan 2 unit portable cabin. Pegawai Immigrationnya memang peramah dan fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan.
image
image
Bagi Tn.Hj Shuhami, inilah kali pertama beliau membawa masuk motornya ke Thailand. Pegawai Immigration tersebut adalah seorang pegawai veteran yang kurang mahir menggunakan komputer; apa lagi Tn Razali terus membantu beliau untuk mempercepatkan proses pendaftaran motor tersebut. Pegawai tersebut berterima kasih kepada Tn. Razali kerana membantunya.
image
Setelah selesaikan urusan immigration, kami berhenti seketika di warung ditepi jalan untuk menghilangkan rasa haus kami.
image
image
image
Hari pun sudah lewat petang, kami terus bergegas ke Masjid Darul Sa’adah, Buketa (N 05.84283, E 101.88359) untuk bersolat jamak qasar, Asar-Zohor secara berjemaah. Masjidnya agak unik kerana berwarna merah jambu.
image
Semasa kami sedang bersolat, seorang penduduk tempatan, En Fauzi dengan prihatinnya menjaga barang-barang yang kami tinggalkan diatas motor. Beliau sempat menasihati kami supaya berhati-hati kerana terdapat banyak kes kecurian di kampung beliau.
image
Kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Narathiwat melalui Route 4056. Terdapat lebih daripada 10 checkpoint polis semasa melalui jalan ini tetapi tiada polis yang berkawal. Kami dapat perhatikan banyak perkampungan islam di sini.
Kami by-pass Bandar Narathiwat menuju ke Pattani menggunakan Route 42. Kami sampai di Pattani jam 8.00 malam. Kami dapat perhatikan terdapat banyak masjid di kanan kiri jalan. Keadaan di sana aman tapi banyak station minyak di Pattani ditutup pada waktu malam. Kami sungguh berdebar kerana minyak kami hampir habis. Alhamdullilah kami terlihat sebuah station minyak yang masih dibuka, Station Minyak PTT Pattani (N 06.85012, E 101.19761). Selepas mengisi minyak, kami berehat seketika sambil berbual-bual.
Kami meneruskan perjalananan menuju ke Dannok, Sadao melalui Route 42 dan kemudian melalui Route 4. Akhirnya kami sampai di Siam Thana Hotel jam 10.00 malam setelah menunggang selama 14 jam.
Selepas check in dan meletak barang di bilik, kami turun semula untuk makan malam.
image
Kami makan di gerai berhadapan dengan hotel yang menyajikan aneka makanan yang sedap dan keadaan persekitarannya juga bersih.
Pengalaman pertama kami menunggang motorsikal pada waktu malam di Pattani sungguh mencabar dan adventurous!.
Hari Kedua (22 June 2014): Sadao - Semenyih (531 km)
Route 3:
image
Kami semua bersolat subuh secara berjemaah di Masjid Fathul Islami, Dannok (N 06.52344, E 100.42170)
image
Selepas itu kami bersarapan di gerai berhampiran Bank CIMB Thai yang terletak 500m dari hotel. Nasi Kerabunya memang special. Terdapat banyak pilihan makanan disini, nasi kerabu, nasi minyak, nasi ayam, roti canai dan kuih-muih.
image
image
Kami check out dan bertolak pulang jam 10 pagi. Kami singgah seketika di Pasar Dannok untuk membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang ke Malaysia.
image
Urusan Immigration Thailand-Malaysia berjalan lancar. Kami berhenti di Petronas Changlun untuk mengisi penuh tangki minyak. Kemudiannya kami memasuki Leburaya Utara Selatan dan berhenti di R&R Bukit Semanggol untuk makan tengahari, solat dan mengisi minyak.
image
Kami berhenti sekali lagi di R&R Ulu Bernam, Selangor sebelum berpisah mengikut destinasi masing-masing.
Alhamdullilah, aku sampai di Semenyih 5.00 petang
—TAMAT—

Comments