Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat seju...

PENGEMBARAAN MERENTASI SEGENTING KRA (ISTHMUS OF KRA): 30 JAN - 03 FEB 2014

Pengembaraan di Segenting Kra (Ride to Isthmus of Kra)
image

Pengembaraanku ke Bumi Ranong pada 30 Jan 2014 - 3 Feb 2014 telah disertai oleh 5 orang peserta dengan 4 biji motorsikal:
  1. Tn Razali Adnan (GS 1200) - Ketua Rombongan
  2. Tn Hj Rujhan Mat (GS 1200 LC) - Ketua Biro Keagamaan
  3. Tn Hj Norkhairil Mohamad (GS 1200 LC) - Setiausaha / Bendahari
  4. Tn Hj Mohd Aswade & Pn Hjh Razita (R1200RT) - Ketua Marshall
Pengembaran kami mengambil masa 5 hari 4 malam meliputi Malaysia, Thailand dan Myanmar sejauh 2,500km. Satu pengembaraan yang sungguh ‘adventurous’ dan menyeronokkan.

Day 1 (30 Jan 2014): Kuala Lumpur - Lam Pam Resort (Phatthalung) - 612km
Perjalanan kami ke Phatthalung, Thailand agak lancar tapi kenderaan agak sibuk apabila menghampiri Ipoh, Perak, mungkin disebabkan Perayaan Tahun Baru Cina.
image
Kami melalui sempadan Thailand - Malaysia di Bukit Kayu Hitam. Urusan kami di immigration tidak lama, kurang dari 1 jam. Kami meneruskan perjalanan kami ke Lam Pam Resort (N 7.625142, E 100.154561).
image

Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak kami mengambil “tuk-tuk” untuk mengisi perut kami yang kosong. Kami syukur pada ilahi kerana sempat makan nasi sup yang tersangat best!. Restorennya berhampiran dengan Masjid Phat Thalung (N 7.61706, E 100.08619)

image
Muka-muka ceria, pengalaman pertama berada dalam tuk-tuk

image

image

Day 2 (31 Jan 2014): Lam Pam Resort (Phatthalung) - Ranong 502 km
Kami memulakan perjalanan, selepas bersarapan pagi di Lam Pam Resort.

image

image

Sebahagian jalan dari Phatthalung - Trang masih lagi dalam proses penaiktarafan dengan pemandangan yg menarik. Kami membuat keputusan untuk berhenti seketika untuk sesi fotograpi.

image

Kami mengikut jalan by-pass Trang untuk mengelak kesesakan di Bandar Trang dan meneruskan perjalanan kami ke Krabi mengunakan laluan 4046 untuk mengasah tayar motor bagi mengelakkan rasa mengantuk.

image

image

Kami berhenti seketika di Krabi untuk makan tengahari di Restoren Muslim (26km dari Pekan Krabi)

image

Makanan istimewa kami pada haritu adalah Gulai Pedas Siput Sedut dan pulut pagi, masakan mereka ala-ala masakan Kelantan.

Misi kami seterusnya, mencari masjid untuk solat jumaat di Krabi Province. Kami singgah sekejap di Central Masjid of Krabi untuk bergambar.

image

Akhirnya kami berhenti di sebuah masjid yang nama pun kami tidak tahu. Jaraknya lebih kurang 20km dari Central Masjid of Krabi (N7.80839, E 99.19988) Penduduk Islam disini begitu ramah dengan kami. Ada diantara mereka menjemput kami ke rumah mereka.

image

image

image

image

Isteriku hanya menunggu kami di luar masjid sambil berehat dibawah redupan bayang-bayang pokok getah. Kami juga mengambil kesempatan untuk berehat seketika sampai terlelap di waktu khutbah dibaca dalam bahasa thai.

Kami mengikuti Laluan 4090 (Phangnga Province), yang jalan sepenuh dengan corner-corner yang tajam silih berganti, sungguh menyeronokkan dan menguji kecerdasan dan ketangkasan kami untuk mengendalikan motorsikal kami.

Seterusnya kami kembali menggunakan Laluan 4. Kami berehat seketika (selepas Pekan Takua Pa) untuk membasahkan tekak kami yang sudah kekeringan akibat terlalu banyak corner-corner yang best-best.

Kami melintasi Pekan Khura Buri dan lepas pada itu kami dapat perhatikan terdapat banyak masjid dikiri dan kanan jalan. Boleh dikatakan sebuah masjid bagi disetiap 2km. Kami dapat perhatikan Islam adalah majority penduduk disitu. Pemandangan pelajar -pelajar islam (Berkupiah & Bertudung labuh) persis pelajar pondok di Kelantan menaiki tuk-tuk untuk pulang ke rumah dari sekolah.

Rombongan kami ditelah diuji apabila Tn.Hj Norkhairil terlepas dari konvoi apabila kami berhenti mengisi minyak disitu. Kami terus mengejar beliau sampaikan aku terlupa untuk menutup rapat cap fuel motor selepas mengisi minyak; minyak keluar dari fuel tank umpama fountain.

Akhirnya kami sampai di Thansila Resort (N 9.95972, E 98.64619), Ranong. Alhamdullilah helmet Hj Norkhairil dilengkapi Wireless Communication memudahkan aku menghubungi dan mencari beliau. Tn Hj Norkhairil terlalu gembira kerana beliau adalah orang yang pertama menjejakkan kaki dibumi Ranong dalam konvoi kami.

image

image

Setelah bersiap-siap dan solat magrib dan isyak, kami keluar mencari makan di Pekan Ranong yang agak aman. Alhamdullilah menu kami pada malam itu sungguh istimewa tom yam, telur dadar dan khailan ikan masin (Terror betul Tn Razali order makanan)

image

Day 3 (01 Feb 2014): Ranong
Pada waktu subuh yang hening, aku menghidupkan enjin motor untuk mencari dan menjejaki masjid di Ranong (Masjid Al-Ridvan)(N 9.96462, E 98.63559) untuk solat berjemaah bersama-sama penduduk Islam di Ranong.

image

image

Alhamdullilah setelah solat berjemaah, aku mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan Iman Masjid Al-Ridvan, Ustaz Ibrahim (Kelahiran Myanmar/ Pakistan). Kami berbual-bual dalam Bahasa Arab memandangkan ustaz tidak dapat bercakap dalam bahasa Inggeris dengan fasih. Kami berbual-bual mengenai masyarakat Islam di Ranong. Menurut beliau terdapat 3 buah masjid di Pekan Ranong. ”Ta’al ila mat’am” Ustaz Ibrahim menjemputku bersarapan dengan beliau di Restoren Roti Canai (N 09.95613, E 98.63242) lebih kurang 3km dari masjid tersebut. Ustaz Ibrahim belanja sarapanku pagi itu. Aku makan 3 biji roti canai mirip “roti boom” dipasar Ramadan di Malaysia berkuahkan kari daging yang tersangat sedap.

image

Ustaz sempat memintaku berdoa untuknya, kerana beliau memberitahuku bahawa doa orang musafir adalah mustajab. Selepas makan dan bersalaman dengan beliau, aku terus pulang ke hotel untuk membawa isteri dan kawan-kawanku ke Restoren Roti. Kawanku yang bertiga telah membonceng sebiji scooter yang ku sewa dari hotel.

image

Mereka terlalu gembira dan inilah pengalaman baru mereka menaiki motor bertiga. Aku hanya tersenyum melihat gelagak mereka yang mengingatkan ku kembali dengan Filem Do Re Mi dan Bujang Lapuk yang dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

image

Pengalaman pertama kami makan Nasi Ayam Ranong dan Roti Telur yang dibanjiri susu.
Selepas bersarapan, kami terus bersiar di sekitar Pekan Ranong. Tempat yang pertama yang kami lawati adalah Hot Spring Raksawarin Park (N 09.95871, E 98.65076) yang terletak bersebelah dengan hotel yang kami menginap.

image

Agenda kami seterusnya adalah menjejakkan kaki kami di bumi Kawthaung, Myanmar. Kawthaung merupakan sebuah pekan yang dipisahkan oleh Kra River dengan pekan Ranong. Kawthaung bermaksud Pulau Dua didalam bahasa Thai. Jetty Ranong (N 09.94794, E 98.59548)

image

image

Kami menyusuri Kra River selama 30 minit dengan mengunakan bot kayu. Kami memilih bot dari seorang lelaki Myanmar yang fasih bertutur dalam bahasa, Mat dengan bayaran Baht 500 (round trip).

image

Kami berhenti sekejap di Immigration Ranong untuk check penumpang. Mat mengumpulkan semua passport kami dan menyerahkannya bersama-sama senarai penumpang yg telah kami isikan sebelum menaiki bot.

image

image

Inilah pemandangan Pekan Kawthaung

image

image

Setelah sampai di jetty, Mat terus membawa kami ke Immigration Myanmar yang terletak 200m dari jetty tersebut. Kami dikenakan bayaran visa sebanyak USD 10 atau baht 500. Mereka begitu teliti perhatikan wang dollar (USD), mereka akan menolak sekiranya terdapat contengan dan koyakan pada note dollar USD.

image

image

Apa yang kami dapat perhatikan orang-orang di Kawthaung semuanya memakai “bedak sejuk” dan memakan sirih ala-ala Malaysia di kala 60an. Bedak ini digunakan untuk melindungi kulit mereka dari bahang cahaya matahari yang terik.

image

image

Kami membuat keputusan untuk menyewa tuk-tuk untuk mengelilingi Pekan Kawthaung.

image

Kami telah bersetuju untuk ke Restoren Muslim di Kawthaung untuk makan tengahari. Aku dan isteri memcuba tomyam Kawthaung yang best.

image

Inilah menunya. Aku tidak mampu untuk menterjemahkan menu ini kepada anda semua kerana tulisnya semuanya bulat-bulat.

image

image

Seterusnya kami ke Masjid Jamek Kawthung untuk menunaikan Solat Zohor berjemaah dan jamak asar disitu. Penduduk disini kebanyakan mereka berasal dari Penang/ Kedah Malaysia, sungguh terkejut. Mereka bertutur dgn kami dalam bahasa melayu loghat utara.

image

image
Isteriku pula dijemput oleh tuan kedai berhadapan masjid untuk bersolat dirumahnya
Pekan Kawthaung kami terokai

image

image

image

image

image

Setelah penat kami menjejakkan kaki di setiap lorong di pekan ini. Kami berjalan menuju ke jetty untuk pulang ke Ranong. Setibanya kami di jetty aku telah disapa oleh Yunus, seorang lelaki Myanmar yg fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Rupa-rupanya beliau pernah berkerja di Puchong, Selangor selama 7 tahun dan sekarang merupakan businessman yang berjaya disini.

image

Sekali lagi kami menyusuri Kra River menuju Ranong.

image

Seterusnya aku, isteri dan kudaku bergerak ke Rattana Rangsarn Throne Hall dibina untuk penginapan Raja Chulalongkorn semasa lawatan wilayah selatan. Sekarang dewan takhta telah dirobohkan dan pembinaan semula bangunan baru di tempat dewan bandar sehingga sekarang

image

Kami semua menjamu selera disebuah restoren berhampiran Masjid Al-Ridvan. Diwaktu ini juga kami membuat perbincangan mengenai route yang akan diambil untuk esok pagi.

image

Day 4 (02 Feb 14): Ranong - Chumphon - Surathani - Nakhon - Phatthalung - Hadyaai (510km)
Seawal jam 6 pagi, kami sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan yang mencabar pada hari itu.

image

Setelah doa dibaca oleh Hj Rujhan, kami kembali meneruskan cabaran dihari ke-4. Perjalanan kami dari Ranong ke Kra Buri yang sejauh 58km sungguh menarik dengan pemandangan hutan dan udara yang nyaman.

image

Di satu kawasan (+/- 10km) sebelum Kra Buri, pemandangan kami dihalang oleh kabus yang tebal dengan suhu 18 degree Celsius sungguh nyaman tapi kami memperlahankan kelajuan kami dan emergency light dinyalakan.

image

image

image

Perjalanan diteruskan 10km dari Pekan Kra Buri untuk ke Segenting Kra (Kra Isthmus). Kra Isthmus (N 10.46844, E 98.80934) merupakan bahagian paling pendek di Melayu Cape (50km dari Timur ke Barat)

image

image

image

image

Kami menghabiskan masa untuk sesi photograpi di sini lebih kurang sejam. Perjalanan kami diteruskan menghala ke Chumphon Province menggunakan Laluan 4. Laluan diubah kepada Laluan 41 di Pekan Chumphon.

Perjalanan diteruskan dari Pekan Chumphon ke Lang Suan. Kami berhenti di Restoren Nuri untuk makan tengahari. Tempat ini telah dicadangkan oleh temanku, Hj Estima.

image

image

Aku dan isteri makan tomyam sepuas-puas hati dengan teh “o” ais limau yang best. Di belakang restoren ini terdapat sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan, hasil daripada kutipan derma dan sumbangan orang ramai. Kepada teman-teman yg melalui jalan ini, singgahlah sekejap disini (N09°55’00.5” E99°03’39.5”)

image

Buat masa sekarang masjid ini dalam 60% lagi untuk siap sepenuhnya. Terdapat lebih kurang 100 orang muslim dikawasan ini. Inilah masjid sementara mereka yang telah digunakan untuk Solat Jumaat.

image

Perjalanan kami diteruskan lagi dari Lang Suan ke Surat Thani. Rombongan kami telah tersilap masuk ke Bandar Surat Thani mengunakan Laluan 4011 tapi hikmahnya kami dapat memerhatikan Bandar Surat Thani dengan lebih dekat. Bandarnya agak sibuk dan besar. Kami kembali kepada route asal Laluan 41 menuju ke Phatthalung.

image

Kami sampai di Phatthalung agak lewat petang dengan keadaan kami belum lagi bersolat zohor dan asar. Kami memperlahankan kelajuan untuk mencari masjid ditepi jalan sehingga kami sampai di Masjid Huarang Darusalam yang merupakan sebuah sekolah pondok disitu.

image

Kami sempat beramah mesra dengan pelajar sekolah pondok disini.

image

Perjalanan diteruskan lagi sehingga kami sampai di Silom Hotel, Hadyai dalam pukul 8 mlm. Selepas solat, kami semua menaiki tuk-tuk ke Restoren Kelantan (N 07.00438, E 100.47292) di Hatyai.

image

Bandar Hatyai dipenuhi dengan rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan cuti Tahun Baru Cina untuk berehat disini. Kami mengambil kesempatan berada di Hatyai untuk membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang ke Malaysia.

image

Disamping itu juga, kami mengambil kesempatan untuk massage kaki disana.

 Day 5 (03 Feb 14): Hadyai - KL (612km)
Hari ini hari terakhir berada di Thailand. Aku bersolat Subuh di Masjid dihadapan pasar hatyaai. Selepas itu kami semua bersiap-siap dan bersarapan pagi di sebuah restoren muslim di sini yang menyajikan dengan nasi kerabu, daging bakar dan roti telur bersama teh tarik.

Perjalanan kami diteruskan ke sempadan Thailand-Malaysia lancar sahaja. Kami bertemu dengan konvoi Group Lanun Bikers yang dalam perjalanan pulang dari Phuket.

image

Dari sempadan kami meneruskan perjalanan sehingga hentian R&R Juru Penang. Cuaca di Malaysia sungguh berbeza dari Thailand, dengan cuacanya yang sangat panas 33-36 degree Celsius bagai membaham tubuh kami. Setelah berehat seketika di R&R Juru, kami bersalam-salaman dan berpisah disitu. Aku dan isteri meneruskan perjalanan ke UITM Penang yang terletak di Permatang Pauh, Penang untuk melawat anakku yang sedang belajar disana.

Setelah berada di Penang selama sejam, aku dan isteri pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Perjalanan yang sungguh memenatkan dengan kesesakkan jalanraya yang begitu teruk, aku hanya mampu menunggang motorku dengan kelajuan 60-80km/jam sahaja.

Alhamdullilah aku sampai di rumah jam 8 mlm.

------------------------------------------------ --TAMAT--------------------------------------------

Comments

  1. Assalamualaikum wmtllah TnHj2 smua.Alhmdllah pd 2/3>9/3/2019 lalu kmi jg smpna CNY sy&seorg rkn prgi dgn Nissan Livina.Brmlm d msjid2 Koh Lanta,msjid Koh Panyee&msjid Chumpon.Smpat mndgr tazkirah&mkn setalam dgn jemaah tabligh.Smpat jg bersua imam muda d sebuah msjid brhmpran keretapi Huahin.Smsa d Kra Istmus smpat brgmbar&mnolih d sblh negara Burma.
    Ktka tiba d kaw brhmpiran Ranong trdpt kmpung pnduduk2 yg bragama Islam yg luas d situ.Tp kmi tdak smpat brada lama d sini sbb akn ke Bgkok.Mklumat tn2 hj brkaitan Kg muslim d sbrg Kra Ithmus&jg pnduduk2 islam d Ranong sgt mnrik hati sy utk prgi smula pd masa akn dtg.Terimakasih

    ReplyDelete
  2. Walaikumusalam...Tahniah Arzar kerena berjaya menyempurnakan misi anda. Mmg best... Saya dan isteri memang enjoy setiap kali buat trip ke luar..kami menghabiskan masa melihat pemandangan, gelagak hidup org tempatan, ke masjid dan mencari makanan halal. Wife saya suka buah-buahan di thailand...

    ReplyDelete

Post a Comment