Perjalanan diteruskan lagi.
Kami terasa lapar kerana harini kami hanya makan char kue pagi tadi. Aku mengambil keputusan berhenti minum di sebuah gerai tebu ditepi jalan. Last-last aku seorang jer minum, sebabnya mereka was-was dengan tahap kebersihan. Aisnya diletakkan serkam padi untuk memperlahankan ais cair. Semasa tebu dimesin, aku perhatikan limau nipis diletakkan dimesin tersebut untuk mengurangkan rasa mual (melekit) apabila meminumnya.
Selesai solat, kami meneruskan pencarian hotel kami, iaitu Hotel Tan Kang Angkor Hotel (N 13.35283, E 103.85320). Akhirnya kami bertemu juga, setelah bertanya dengan beberapa orang penduduk tempatan.
Setelah check-in dan bersolat, kami turun untuk mencari makan. Aku terlebih dahulu telah menghubungi Salim, pemandu tuk-tuk merangkap tourist guide kami. Salim (berbaju kelabu berkaca mata hitam) boleh berbahasa Melayu kerana pernah tinggal dan berkerja di Malaysia selama 3 tahun manakala adiknya, Maliki (berbaju biru) pernah berkerja di Malaysia selama 7 tahun.
Sekiranya anda bercadang untuk berkunjung disini, anda bolehlah hubungi beliau di:
Restaurant ini terkenal dengan menunya, "Daging Lembu Naik Bukit". Anda patut cuba.
Alhamdullilah akhirnya kami dapat makan setelah menempuh laluan Thailand dan Cambodia sejauh 512km. Makanannya sungguh lazat, persekitaran bersih dan selesa. Makan malam kami berlima berharga USD 50. Di Cambodia, mereka lebih menggunakan matawang US Dollar berbanding matawang mereka, Khmer Riel (KHR).
Selesai makan malam, kami bersiar-siar mengelilingi Bandar Siem Reap dengan tuk-tuk. Kami ke Hard Rock Cafe Siem Reap, Night Market, Old Market sambil memerhatikan gelagak-gelegak pengunjung bandar ini yang majoritinya adalah "Mat Salleh" atau Westerner.
Alhamdullilah pagi ini aku bersama-sama teman-teman, menuju ke Masjid Annekmah untuk solat subuh secara berjemaah dengan penduduk tempatan. Kami menaiki motor masing-masing, aku yang lead mereka ke masjid tetapi Rujhan dan Razali terpisah kerana mereka memasuki lorong yang salah. Aku berpatah balik untuk mencari mereka, hanya Rujhan yang dapat dikesan. Beliau lari lintang pukang apabila di salak anjing semasa mundar mandir mencari kami. Razali datang ke masjid sejurus kemudian.
Jemaah solat subuh agak besar, penuh 4 saf.
Tanah Perkuburan Islam Kg.Steung Thmey
Kami pulang ke Hotel untuk meneruskan lagi agenda kami di Siem Reap
Ladang Teratai
Maliki mengambil kami di hotel untuk menuju ke Ladang Teratai, lebih kurang 15 minit untuk kesana menaiki tuk-tuk.
Teratai ditanam seperti padi, di dalam petak (relung) berbentuk segi empat yang dipenuhi air sedalam lebih kurang 15 cm. Bunga teratai yang belum mekar digunakan dalam upacara keagamaan Buddha dan bijinya boleh dimakan. Rasanya seakan-akan petai belalang.
Biji teratai
Biji teratai yang dikupas kulitnya
Tasik Tonle Sap
Tasik Tonle Sap merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara yang menggabungkan sistem tasik dan sungai. Terdapat 2 musim, Musim Kemarau (November - May) - Air tasik ini akan mengalir ke Sungai Mekong di Phnom Penh. Musim Hujan (June - October) - Air akan memenuhi tasik ini.
Gambar penduduk setempat sebelum tasik Tonle Sap:
Kami dapat perhatikan pemandangan bendang sawah padi mewarnai landskap persekitaran tasik tersebut.
Pemandangan di tasik Tonle Sap:
Jetty
Jetty
Dry Dock
Selfie di dalam bot
Selfie di dalam bot
Bot Pelancong
Bot yang kami naiki mengalami masalah gear. Beberapa kali juga bot dimatikan untuk membaikinya. Bot kami bergerak perlahan menyusuri terusan yang menghubungkan jetty dengan tasik Tonle Sap. Ditengah-tengah tasik terdapat Sekolah, Pasar, Kedai Runcit, Station Minyak, Gereja dan Restaurant yang terapung di atas permukaan air.
Sekolah
Restaurant
Bengkel baiki bot
Rumah-rumah
Kedai runcit
Kami singgah sebentar disebuah restaurant terapung disana. Bot yang kami naiki mengalami masalah brek, sehingga melanggar tiang restaurant sehingga patah. Kedengaran bebelan pemilik restaurant memarahi pemandu bot kami. Di restaurant tersebut, mereka memelihara beberapa ekor buaya sebagai tarikan pelancong dan sumber kulit. Disini juga dijual cenderamata-cenderamata, perhiasan-perhiasan, hasil kraftangan penduduk tempatan dan juga ular yang telah diawet.
Restaurant
Sangkar Buaya
Berehat seketika
Posing-posing
Kami
Posing-posing
Minyak Ular
Aku dapat perhatikan, bangunan-bangunan yang terapung ini akan ikat pada pacak-pacak (cerucuk) kayu untuk mengekalkan kedudukannya.
Cerucuk Kayu
Cerucuk Kayu
Kami dikenakan bayaran sebanyak USD 15 / orang untuk bot tersebut dan semuanya telah disusun oleh Salim dan Maliki.
Setelah puas bersiar-siar di Tasik Tonle Sap, kami kembali ke Siem Reap untuk makan tengahari di Restaurant Muslim Family Kitchen.
Siem Reap - Phnom Penh
Setelah bersiap-siap dan doa dibaca kami memulakan perjalanan dengan penuh debaran.
Dari hotel, kami terus ke station minyak Sokimex yang ada menawarkan minyak RON 97. Harganya USD 0.98 / liter.
Traffik disekitar Siem Reap agak sibuk tetapi apabila keluar dari bandar ini ianya semakin lega. Aku dapat perhatikan terutamanya pemandu-pemandu bas dan lori tidak memperdulikan langsung penunggang motorsikal. Apabila memotong kenderaan mereka akan menggunakan keseluruhan lane arah bertentangan sehinggakan kita terpaksa turun ke kaki lima jalan. Sila berhati-hati apabila memandu di Cambodia.
Jarak perjalanan Siem Reap - Phnom Penh melalui Highway 06 hanyalah 316km. Boleh dikatakan 70% jalannya dalam proses pembiakpulihan. Kami terpaksa melalui jalan dalam pembinaan (offroad) yang cukup berdebu dan mengurangkan tahap penglihatan kami.
Cukup puas. Kami ride sambil berdiri di kawasan-kawasan offroad yang lebih dari 150 km!
Kami berhenti seketika di Station minyak Sukimex, Kampong Thmor (N 12.50008, E 105.12407) untuk berehat dan minum. Kami pekenakan air kelapa sejuk dengan harga USD 1 untuk 2 biji kelapa.
Aku sempat menemuramah Pn. Suhaila (satu-satunya pillion) dan Rujhan tentang pandangan mereka tentang ride yang mereka tempuh harini; Puan Suhaila: "Alhamdullilah, saya boleh harungi cabaran ini, umur bukan faktor penghalang". Bagi Rujhan pula; ianya merupakan satu pengembaraan yang cukup adventurous dan memberi satu kepuasan yang tidak dapat diucap dengan kata-kata.
Riding jaket kami penuh dengan debu dan motor pun dah jadi macam tepung gomak dah!
Perjalanan diteruskan lagi sehingga ke roundabout di Skun
(N 12.05717, E 105.07478), dimana terdapatnya persimpangan untuk ke Kampong Cham melalui Highway 07. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar disini.
Perjalanan diteruskan lagi, Bandar Phnom Penh masih lagi berbaki lebih kurang 70km. Hari semakin senja, kami masih lagi belum bersolat. Kami sedikit tergesa-gesa; itu menyebabkan kami berempat terpisah;Aku, Rujhan dan Norkhairil telah set lokasi masjid di GPS masing-masing tapi tidak bagi Razali.
Aku dan Norkhairil menuju ke Masjid Nur Salam (N 11.81801, E 104.80228), yang terletak di seberang Sungai Tonle Sap - Phnom Penh yang melalui Jambatan Prek Kdam di Highway 05. Alhamdullilah, lega rasanya apabila selesai solat. Razali dan Rujhan pula menghubungiku untuk memberitau lokasi masing-masing. Rujhan pula bersolat di Masjid Al-Akbar Khleang Sbaik (N 11.80871, E 104.80708) yang terletak 1 km dari masjid yang ku solat manakala Razali pula menumpang solat di salah sebuah station minyak yang berhampiran.
Di Masjid Nur Salam, aku bertemu dengan Imamnya, Ustaz Sufri yang fasih berbahasa Melayu. Terdapat ramai kanak-kanak disini. Aku mengeluarkan bekalan makanan ku, kueh-mueh (Karipap, Painong dan Char Kueh) dan roti (Gardenia Ikan Bilis) yang ku beli dari Siem Reap. Aku sungguh gembira melihat gelagak mereka makan sambil bermain-main denganku. Insyallah satu hari nanti pasti ku datang lagi.
Jambatan Prek Kdam - New York Hotel (30 km)
Aku dan Norkhairil menunggu Rujhan di Jambatan Prek Kdam. Kami bertiga bersama-sama menuju ke New York Hotel di Phom Penh. Jaraknya terlalu dekat 30km tetapi bagi kami inilah 30km yang paling mencabar dalam hidupku kerana beberapa faktor; 1. Waktu maghrib - Penglihatan tidak begitu jelas, 2. Debu dari jalannya yang off-road membatasi penglihatan kami; 3. Jalanraya rosak teruk, tidak rata dan berlubang; 4. Cara pemanduan yang lori, bas dan motorsikal yang merbahaya.
Akhirnya kami selamat sampai di New York Hotel, Phnom Penh (N 11.56491, E 104.91963) jam 7.30 malam waktu Cambodia (8.30 malam waktu Malaysia). Aku memang dari awal sudah plan untuk tinggal di sini kerana terdapat Restaurant Malaysia, D' Wau di tingkat 8, bangunan hotel ini.
Kami makan malam di sini sambil berbual-bual tentang pengalaman ride offroad dari Siem Reap - Phnom Penh.
Letih tapi puas - itu saja yang dapat diungkapkan.
Day 05: 18 Feb 2015 (PHNOM PENH)
Alhamdullilah, harini kami bersama-sama bersolat subuh secara berjemaah di Masjid Dubai, Phnom Penh, Cambodia (N 11.57909, E 104.91411). Masjid ini masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuh pada 28 Februari 2015. Masjid ini dibina atasan sumbangan masyarakat Islam di dalam dan luar negeri. Masjid sementara telah dibina berhadapan masjid, beratapkan zink biru. Imam masjid ini, Hj Mohammed, berusia 84 tahun merupakan sahabat kepada Allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat dan Mantan Imam Masjid Negara, Dato' Hj Ahmad Shahir Hj Daud.
Masjid Dubai
Bersama-sama jemaah masjid
Bersama-sama jemaah masjid
Bersama Imam masjid, Hj Mohamad
Ahli kariah masjid
Phnom Penh Airport
Isteriku dan Isteri Norkhairil telah menaiki kapal terbang AirAsia, AK 536 dan tiba di Airport pada pukul 8.45pagi. Aku dan Norkhairil menaiki motor untuk ke sana. Sepupu-sepupu Pn Zalihar (Isteri Norkhairil) telah pun berada di airport semasa kami tiba.
Terdapat sebuah restoren halal di sini yang menyediakan masakan ala Vietnam. Ianya milik Mufti Cambodia, Hj Kamarudin. Aku mengajak semua untuk bersarapan pagi di sini. Isteriku mencuba Mee Sup Ala Vietnam dan Black Coffee yang dibawa bersamanya penapis, agak unik.
Di Tahan Polis Traffic
Dari Airport aku dan isteri menuju ke hotel. Di sebuah traffic light aku telah diarah berhenti oleh polis traffic atas kesalahan berhenti di laluan pejalan kaki ketika menunggu lampu hijau, sedangkan kesemua motor tempatan bersusun-susun di situ. Mereka meminta USD 50, kerana aku gagal menunjukkan document perjalanan kepada mereka. Semua document itu tertinggal di hotel. Isteriku turun dan menungguku berdekatan polis tersebut, aku pula pulang ke hotel untuk mengambilnya.
Setibanya di hotel, Norkhairil sudah berada disana dan kebetulan Ahmad Rozy (Tourist Guide) berada disitu juga. Aku dan Ahmad Rozy ke sana. Aku menyerahkan document tersebut kepada mereka dan Rozy memberi mereka USD 1, selesai masalah.
Baru ku tahu, rupa-rupanya Ahmad Rozy adalah seorang pemberita (Press) tempatan yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Beliau juga merupakan anak saudara kepada pemilik D'Wau, Hj Halim.
Phsar Thmey (The Central Market)
Kami menaiki tuk-tuk untuk ke Phsar Thmey (N 11.56971, E 104.92109) . Kami mengambil 3 tuk-tuk, 1. Aku, Isteri & Ahmad Rozy; 2. Razali, Isteri dan Rujhan, 3. Norkhairil dan Isteri.
Phsar Thmey bermakna "Pasar Baru" yang telah dibina semasa penjajahan Perancis di Cambodia pada tahun 1937. Design bangunannya sangat unik, sebuah dome berkaki empat. Dibahagian tengah-tengah dome, dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual batu-batu permata dan barang perhiasan wanita. Di sudut lain pula, terdapat gerai-gerai yang menjual baju-baju, kasut, alat-alat elektronik, lukisan dan sebagainya. Aku mengambil kesempatan ini untuk membeli batu zamrud untuk ibuku di kampung untuk dijadikan gelang tangannya.
Pandangan atas Phsar Themey
Aku dan Ahmad Rozy
Bergambar dengan isteri di hadapan Phsar Thmey
Batu permata
Bersama isteriku
Dome
Bahagian tengah-tengah dome
Melepaskan dahaga
Royal Palace
Sebuah bangunan unik yang digunakan sebagai Istana Raja Cambodia. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1860an yang terletak menghadap dengan Sungai Mekong.
Tuk-tuk
Royal Palace
Sungai Mekong
Royal Palace
Aku dan Rujhan
Kami
Restoren Halal Phnom Penh
Kami makan tengahari di sebuah restaurant halal
(N 11.57185, E 104.92880) yang menyediakan masakan tempatan (Melayu Champa). Masakan pilihan harini "Deep Fried Fish with Lemon", Tom Yam, Sayur dan lain-lain lagi. Sungguh menyelerakan.
Setelah makan tengahari, kami balik ke hotel semula untuk berehat seketika, kerana petang nanti kami akan menaiki bot cruise menyusuri Sungai Mekong.
Menyusuri Sungai Mekong (Boat Cruise)
Kami menaiki bot di jetty (N 11.577642, E 104.924928) yang terletak 2 km dari Royal Palace. Pengusaha bot tersebut merupakan orang Islam Champa. Harga yang dikenakan adalah USD 25 / bot. Tersangat murah. Jangka masa cruise adalah 1.5 - 2 jam menyusuri Sungai Mekong yang menjadi nadi ekonomi penduduk tempatan. Udaranya nyaman. Kami sempat melihat keindahan matahari terbenam (Sunset) di bumi Cambodia. Subhanallah.
Pengusaha bot
Selfie bersama isteri dihadapan bot
Posing macam boss bot
Posing-posing
Bersama teddy bear
Sunset
Sunset
Perkampungan Islam di atas bot
Menurut Ahmad Rozy, terdapat lebih kurang 200 bot menghuni satu kawasan di suatu kawasan berhadapan dengan hotel 5 bintang, Sokha Phnom Penh Hotel (Masih lagi dalam pembinaan). Mereka tinggal di dalam bot yang tidak mempunyai eletrik dan bekalan air bersih. Mereka tidak lama lagi akan diarah keluar dari kawasan tersebut apabila hotel tersebut beroperasi sepenuhnya
Mereka hidup daif di sini, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka memerlukan dana untuk membeli sebidang tanah untuk mereka bina rumah yang kekal. Menurut Rozy, perbincangan telah diadakan dengan Ketua kampung tersebut, mereka bercadang untuk membeli sebidang tanah untuk menempatkan kesemua penduduk disini yang berharga USD 20,000 (RM 72,000).
Kami bercadang untuk membuka tabung untuk membantu saudara-saudara kita disana. Mudah-mudahan Allah dapat mempermudahkannya. Amin.
Pemandangan dari atas bot
Penempatan Penduduk Islam Terapung
Kami pulang ke Hotel dengan hati yang sayu dan insaf. Satu peringatan buat kami yang alpha.
Makan Malam di D'Wau Restaurant
Ini merupakan malam terakhir kami di Phnom Penh sebelum kami berangkat pulang esok. Malam ini kami memesan makanan tempatan Cambodia, sungguh enak sambil berbual-bual tentang pengalaman petang tadi serta perancangan untuk esok.
Aku bertemu dengan teman FB ku , Mae Sai Top atau nama sebenarnya, Adnan, beliau berasal dari Singapura yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, Singapore - Cambodia - Vietnam bersama-sama beberapa orang temannya yang lain.
Kami bergambar dengan Pemilik kedai D'Wau, En. Faizal dan Ibunya
Mae Sai Top (En. Adnan) dari Singapore
Alhamdullilah, harini ini sungguh bermakna buat diriku.
Note:
Sekiranya anda ingan mengunjungi Phnom Penh, Cambodia, bolehlah menghubungi Ahmad Rozy, beliau merupakan seorang biker juga.
Faizal pula adalah anak pemilik D'Wau Restaurant, yang merupakan sepupu Ahmad Rozy. Beliau merupakan rakyat Malaysia (Dari Shah Alam) yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Ibubapanya telah berhijrah ke Malaysia pada tahun 1975 apabila berlakunya peperangan di Cambodia ketika itu.
Day 06: 19 Feb 2015 (PHNOM PENH - KOH KONG - PATTAYA) - 633 KM
Setelah bersolat subuh di Masjid Dubai dan bersarapan pagi di Restaurant D'Wau, kami bersiap-siap untuk memulakan pengembaraan kami setelah sehari berehat. Kami mengambil kesempatan ini untuk bergambar sebelum memulakan perjalanan yang mencabar ini. Kami bergerak dari hotel jam 8.00 (waktu Cambodia)
Phnom Penh - Koh Kong Border - 300km
a. Phnom Penh - Kaaong (145km)
Kami melalui Highway 04, yang jalannya agak berbukit dan lanenya agak kecil, amat berbahaya sekiranya apabila tidak lepas hendak memotong lori atau bas. Jalan yang bertar dengan baik. Jalan ini terdapat tol. Kami berhenti seketika di persimpangan Koh Kong - Sihanouk.
b. Kaaong - Koh Kong (155km)
Perjalanan diteruskan melalui Route 48 yang agak mencabar kerana ada sebahagian jalannya masih dalam proses pembaikpulihan, tanah merah yang sangat licin (Total = 10km). Kami bersyukur kerana semuanya selamat, tidak ada seorang yang terbalik.
Minyak motorku hampir habis, membuatkan aku mengambil keputusan untuk berhenti di sebuah kedai runcit sebelum menaiki jambatan di Tatai yang menjual minyak di dalam botol. Aku membatalkan hasrat apabila pemilik kedai memberitahuku ianya adalah gasoline. Kami meneruskan perjalanan ke Station Minyak Tella yang terletak 12km dari situ.
Di station minyak itu, kami bertemu dengan sepasang suami isteri berkerakyatan Austria yang mengembara mengelilingi dengan truck yang diubahsuai menjadi sebuah caravan yang besar. Mereka pernah berada di Malaysia dan beliau juga bercerita pasal Negeri Kelantan yang menarik,
Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai di Koh Kong Bridge yang menyeberangi Sungai Meteuk yang besar umpama sebuah lautan. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar disini.
Kami menyeberangi Sungai Meteuk. Tol dikenakan kepada pengguna jambatan tersebut sebanyak KHR 1400 (RM 1.40 / motor).
Cham Yeam Border (Cambodia Side)
Kami meneruskan perjalanan sehingga Koh Kong Border yang dikenali sebagai Cham Yeam Border (N 11.65064, E 102.91026). Sempadan Koh Kong agak sibuk harini dipenuhi oleh pelancong-pelancong luar negara.
Disini kami diarahkan untuk scan/ imbas semua jari sebelum passport di cop tetapi tidak di Border O-Smach tempoh hari. Semuanya berjalan lancar.
Hat Lek Border (Thailand Side)
Urusan di Immigration berjalan lancar - 1. Isi Arrival/ Departure Form 2. Cop passport 3. Dapatkan TM2 Form di Kaunter. Di kastam pula (bangunan sebelah kanan) - Dapatkan "Simplified Custom Declaration Form"
Perjalanan diteruskan lagi, kali ini ride di sebelah kiri jalan pula. Kami mencari-cari restaurant halal disekitar border, tetapi tidak berjumpa. Kami meneruskan perjalanan melalui Highway 03 sehingga ke Bandar Trat. Hujan rintik-rintik.
Kami terus menuju ke Masjid dengan menggunakan GPS. Kami berhenti dulu di sebuah restaurant halal (N 12.25059, E 102.50562) bersebelahan dengan Masjid Raudatulgeenan (N 12.25090, E 102.50571). Alhamdullilah, syukur kami dapat makan nasi goreng seafood di sini. Aku dan Norkhairil membeli satay yang dijual di sebuah gerai di persekitaran masjid tersebut.
Restaurant Halal
Gerai Satay
Bersama-sama, Manaf, penduduk tempatan
Masjid Raudatulgeenan
Masjid Raudatulgeenan
Setelah makan dan solat, kami terus menyambung perjalanan kami ke Pattaya, melalui Highway 03 melintasi Chantaburi dan Rayong. Dari Rayong kami melalui Highway 36. Kemudian kami lalui Chonburi - Pattaya Highway untuk sampai di Tune Hotel, Pattaya (N 12.94439, E 100.88833). Kami sampai di hotel 8.30 malam (waktu Thailand) setelah beberapa kali membuat pusingan mencarinya
Kami turun minum di Cafe di Tune Hotel sambil bersembang-sembang pasal ride harini.
Day 07: 20 Feb 2015 (PATTAYA - CHUMPHON) - 598 KM
Harini kami bersama-sama solat secara berjemaah di Masjid Toatillah, Pattaya (N 12.92075, E 100.88858) yang terletak lebih kurang 5 km dari hotel kami menginap.
Setelah bersiap-siap, kami bergambar terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Kemudian Rujhan membacakan doa bermusafir dan diaminkan oleh kami semua.
Kami singgah di tepi seketika.
Kami breakfast di Restoren Halal Amir (N 12.92059, E 100.88891) yang terletak bersebelahan dengan Masjid Toatillah
Kami meneruskan perjalanan melalui Chonburi - Pattaya Highway dan melalui Route 361 dan seterusnya memasuki Bang Na - Chonburi Expressway terus menghala ke Bangkok. Sepatutnya aku menggunakan Highway 09 untuk menuju ke Samut Sakon tapi malangnya tanpa disedari kami telah tersalah masuk ke Kotaraya Bangkok yang amat sibuk pada waktu kemuncak, jam 12 tengahari. Aku begitu stress, memikirkan teman-temanku terpaksa mengikutiku. Alhamdullilah kami berempat tidak terpisah dalam mengharungi Kota Bangkok.
Kami telah menaiki Jambatan Bhumibol yang tersergam kukuh. Subhanallah sungguh cantik pemandangan dari atas jambatan ini tapi sedikit berangin. Jalan exitnya yang berpusing amat bahaya kerana di cat merah, sekiranya hujan memang licin.
Perjalanan diteruskan melalui Samut Sakhon dan Samut Songkhram menggunakan Highway 35. Kemudian kami ke Cha-am menerusi Highway 04. Kami berhenti di Restaurant Pattani, di Station Minyak PTT(N 12.81566, E 99.94210) untuk makan dan solat jammak zohor- asar disana.
Perjalanan diteruskan kembali, berlaku kesesakan jalanraya yang teruk di kawasan Kuiburi disebabkan kerja-kerja pembaikpulihan jalanraya.
Kami meneruskan perjalanan ke Chumphon untuk ke R&R Khun Sarai (N 10.58149, E 99.11602). Kami sampai di sana jam 8.00 malam. Kami sekali lagi pekenakan sup terbaik disini. Isteri membeli telur masin 3 kotak yang berharga Baht 100 (15 biji) untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Setelah makan, kami terasa sungguh penat, perjalanan masih lagi berbaki 180 km. Tidak sanggup rasanya hendak mengharunginya disaat kekenyangan dan keletihan. Lalu aku mencadangkan untuk bermalam di Chumphon. Semua setuju. Kami menggunakan GPS untuk mencari hotel di kawasan berhampiran dengan Highway 04 di Chumphon.
Akhirnya kami bertemu dengan Iyara Resort (N 10.53672, E 99.12946). Resort agak selesa dengan parking dihadapan bilik tapi agak sunyi.
Day 07: 20 Feb 2015 (CHUMPHON - SEMENYIH) - 1,060 KM
Kami memulakan perjalanan lebih awal harini, iaitu pada pukul 6.30 pagi. Jalan Route 41, memang agak lengang jadi aku memecut lebih laju kerana kami telah belakang schedule sebanyak 180km. Agak susah untuk mencari Restauran Halal yang dibuka pagi sebegini.
Aku ternampak sebuah Restaurant Islam di Chaiya (N 09.41500, E 99.15930). Lalu aku memberhentikan motor disitu sambil menunggu kawan-kawan yang lain sampai. Terdapat beberapa pilihan makanan disini yang memenuhi citarasa kami.
Kami meneruskan perjalanan, kali ini aku ternampak gerai buah-buahan ditepi jalan, kami berhenti seketika untuk makan buah cempedak dan durian tapi sayang duriannya masih belum masak.
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Sadao. Aku menunggu teman-teman yang lain, berhampiran traffic light di bawah jejantas sebelum membelok ke kanan ke Sadao. Beberapa minit kemudiaan Rujhan dan Razali sampai disitu, Norkhairil masih lagi tidak muncul-muncul. Aku membuat keputusan untuk ke PTT yang berhampiran untuk menunggu Norkhairil di sana. Lebih kurang 45 minit berlaku, bayang Norkhairil dan isteri belum kelihatan. Berbagai andaian berlegar-legar di benak kami.
Kami berpuluh-puluh kali cuba menelepon beliau serta isteri, tapi semuanya gagal. Khairil accident ke? tersesat ke? tapi beliau ada GPS! Sakitnya kepala dibuatnya.
Kami membuat keputusan untuk menunggu beliau di Dannok. Aku memberitahu teman-teman yang lain, yang aku akan berpatah balik untuk mencari beliau di kawasan Phatthalong.
Isteriku mencadangkan kami untuk ke Balai Polis Sadao (Cawangan Kham) (N 6.52514, E 100.41877) yang terletak berhampiran tempat kami berhenti. Kami ke sana untuk bertanya tentang report kemalangan yang melibatkan motor Norkhairil. Pegawai tersebut telah menghubungi Balai Polis Phattalong dan Rattaphum. Alhamdullilah lega rasanya apabila pegawainya memberitau kami, tiada report kemalangan yang melibatkan motor tersebut.
Kami berpakat untuk makan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan seterusnya. Semasa kami sedang makan teleponku berdering, panggilan dari Isteri Norkhairil. Beliau memberitahu kami bahawa mereka telah sampai di R&R Gurun. Mereka telah tersesat dan keluar Thailand melalui Wang Kelian. Alhamdullilah, terasa lega yang amat sangat.
Urusan di Immigration dan Kastam di Border Thailand - Malaysia berjalan lancar. Kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Kami berhenti beberapa kali iaitu di Petronas Bukit Kayu Hitam, Petronas Gunung Semanggol dan Petronas Ulu Bernam. Perjalanannya sungguh meletihkan kerana menempuhi perjalanan yang jauh dan jalanraya yang agak sibuk di waktu malam.
Bergambar di Petronas Ulu Bernam
Alhamdullilah kami sampai ke rumah masing-masing dengan selamat, Norkhairil (12 tengah malam), Razali (1:40 pagi), Rujhan (2:00 pagi) dan Aku (2:40 pagi). Terlalu mengantuk.
Banyak pengalaman yang ku timba melalui pengembaraan ini.
-------------------------------------------TAMAT------------------------------------------------------
mantap!! terima kasih abe gst atas ride yg sungguh best nih walaupun kawe sesat!
ReplyDeleteSama-sama kita realisasi kan impian kita.....Insyallah
ReplyDeleteSyabas, satu blog yang amat berguna bagi brader sesama ugama. Tempat makan halal dan tempat solat semua di kongsikan. Berkat tu. Terbaik.
ReplyDeleteTerima kasih.... perkongsian bermunafaat....
ReplyDeleteCapt - sekadar kongsi minat sama dgn saudara2 kita
ReplyDeleteMuhairi - sama2
ReplyDeleteTerbaikkkkkk... Khin Sarai dan Ptt Cha Am Restoran Pak Manap jadi lokasi singgah wajib...
ReplyDeleteTerbaikkkkkk... Khin Sarai dan Ptt Cha Am Restoran Pak Manap jadi lokasi singgah wajib...
ReplyDeleteTerima kasih hj...kerana share dgn saya tempat2 tu..mmg best
ReplyDeleteAssalamualaikum. Salam perkenalan. Satu perkongsian yang cukup bermanfaat di samping mencucuk semangat utk ride sendiri ke sana. Penulisan yang lengkap. Terbaek dan tahniah.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Salam perkenalan. Satu perkongsian yang cukup bermanfaat di samping mencucuk semangat utk ride sendiri ke sana. Penulisan yang lengkap. Terbaek dan tahniah.
ReplyDeleteWalaikumusalam Tuan, saya cuma rakamkan semua perjalanan tu dlm blog ini supaya suatu harini nanti saya boleh refer balik...lesson learnt....dan saya share supaya dapat digunakan oleh semua org yg bergelar "Overlander". Saya pun ada ikuti blog tuan yg menarik itu. Terima kasih
ReplyDeleteRupanya tak la isolate sangat Cambodia dari makanan halal dan masjid2... cuma nak tau arah tuju ke lokasi ja... thanks for the info. Insyallah satu hari nanti sampai jugak ke sini
ReplyDeleteCambodia...senang nak dapat makanan halal...especially kat bandar...
ReplyDeletesalam tuan, boleh kongsi procedure bawa moto masuk ke cambodia?
ReplyDeletewsalam, sila refer kat sini...http://touringcouplerider.blogspot.com/2015/03/paperwork-ride-to-cambodia.html
DeleteTak bileh klik pun
Deletehttp://touringcouplerider.blogspot.com/2015/03/paperwork-ride-to-cambodia.html/
ReplyDeleteTq tuan..satu satunya blog pengembaraan yg detail.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSlm Sejahtera...Tuan, Its so intresting baca pengalaman tuan, klu boleh nak minta pandangan tuan sikit sbb kami ada cadangan nak ke kemboja soon by driving,....blh tuan whtsapp....0163891605....terima kasih tuan
ReplyDeleteIt's more than just paper; my U.S. Expedited passport physically represents my worldwide citizenship. It symbolises the journeys that have moulded me, my friendships, and the development from exposure to other cultures. I rush into anticipation every time I crack up on my passport because I know that exciting adventures and lifelong memories are only a plane ride away.
ReplyDelete