Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat seju...

RIDE UDANG GALAH (KUALA ROMPIN & PEKAN, PAHANG)




 Alhamdullilah kami telah berjaya mengadakan Kembara Udang Galah di Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang pada 04 - 05 April 2015 sejauh 650 km. Kembara kali ini disertai oleh:

1. Hj Rujhan Hj Mat
2. Marizam Maridan
3. Mohd Aswade Ali
4. Razita Mohd Ariffin

Day 1: 04 April 2015


RV kami adalah di Kedai Kopi Borak, Prima Saujana, Kajang (N 03.00940, E 101.80394). Aku dan isteri merupakan orang yang pertama sampai di sini kerana rumah kami berhampiran dengannya. Kemudian Shuhami (Abg Mie) tiba dan diikuti dengan yang lain. Beberapa bikers yang lain turut bersarapan bersama-sama kami; Ard, Dimyati dan Jamal. Kami bergerak menuju ke Kuala Rompin pada pukul 9 pagi.










Rujhan menjadi marshal (depan), Marizam (tengah) dan aku sebagai sweeper (belakang)


Jarak perjalanan dari Prima Saujana - Leban Chondong, Kuala Rompin adalah 250km, melalui Pekan Kuala Pilah, Batu Kikir, Serting, Felda Keratong dan Bandar Muadzam Shah. Jalannya agak kecil dan agak sibuk dengan kenderaan berat seperti trailer dan lori. Pemandangan kebun kelapa sawit di kiri dan kanan jalan.

Aku dan Marizam terpisah dengan Rujhan semasa melalui kawasan Serting - Keratong kerana beliau berhenti menunggu kami ditepi jalan dan terlepas pandang apabila kami memotong deretan lori di kawasan itu. Mujurlah beliau menghubungiku dan meminta kami menunggu beliau di Simpang tiga (T-junction) menuju ke Muadzam Shah (Lebuhraya Tun Razak).

Marizam pula memecut laju kerana beranggapan Rujhan masih lagi jauh dihadapan. Aku berhenti dipersimpangan itu dan menghantar mesej kepada Marizam supaya menunggu kami di Bandar Muadzam Shah.

Beberapa minit kemudian Rujhan pun sampai dan kami berkumpul kembali (regroup) di Petronas, Bandar Muadzam Shah.

Perjalanan dari Bandar Muadzam Shah ke Leban Chondong sejauh 56km sahaja. Agak mencabar kerana cuaca yang panas terik.

Gerai Makan Azizah, Leban Chondong, Kuala Rompin, Pahang

Kami sampai di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Leban Chondong (N 2.89557, E 103.42534) pada pukul 12 tengahari.










Kami sampai di sini agak awal, kedai masih lagi lenggang ketika itu.

Kami memilih untuk makan di gerai makan No.2 - Gerai Makan Azizah yang menyediakan aneka pilihan makanan yang terbaik.

Udang Galah Gred A (seperti yang ku pegang) yang siap dimasak adalah RM 15 seekor (masak tomato) manakala Udang Galah Gred B (masak lemak) RM 10 seekor.

Makan best sangat. Highly recommended.

Harga Udang Galah (yang siap dimasak)

Gred A (Big Size) - RM 15/ ekor - (Masak Tomato)
Gred B (Medium Size)- RM 10/ ekor (Masak Lemak Kuning)

Harga Udang Galah (Mentah - Frozen)


Gred A (Big Size) - RM 60/ kilo (~ 5 ekor)
Gred B (Medium Size)- RM 55/ kilo (~20 ekor)

Marizam dan Rujhan membawa pulang udang galah yang disejuk beku (frozen).


Kami menyambung lagi perjalanan kami menuju ke Pekan sejauh 73km. Perjalanan yang menarik dengan pemandangan pantai di sebelah kanan jalan. Tapi sayang kawasan ini tidak dimajukan untuk tujuan pelancongan. Tiada chalet dan hotel di kawasan ini.

Kami memberhentikan perjalanan di Nenasi untuk mencari chalet di kawasan ini tetapi gagal menemui chalet yang baik. Kami meneruskan perjalanan ke Pekan. Kami sampai di sana jam 2.30 petang.

Kebanyakkan hotel telah penuh kerana terdapat majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pada harini.

Kami berhenti di Petronas Bandar Pekan untuk bertanya tentang hotel. Aku menyeberangi jalanraya bersama isteri untuk membeli buah tembikai untuk menyejukan tubuh kami yang kepanasan.

Akhirnya kami menemui Melati Inn (N 03.50052, E 103.38474) yang terletak di kawasan yang aman damai dan strategik yang berhampiran dengan Bandar Pekan. Harga bilik disini untuk Twin Single Bed - RM 130, Queen Bed - RM 190.



Murtabak Mengkasar, Pekan, Pahang

Setelah berehat dan solat jamaak, kami ke Restoren Murtabak Mengkasar (N 03.49890, E 103.38258) jam 4.30 petang (Restoren beroperasi bermula jam 4 petang)








Harga murtabak:

1. Murtabak biasa -   RM 7.00
2. Murtabak Special- RM 9.00

Hanya murtabak daging sahaja yang dijual disini tiada murtabak ayam disini. Mengkasar diambil sempena nama kampung tersebut, Kg Mengkasar, Pekan, Pahang.

Memang best dan puas hati. Saiz murtabaknya agak besar jika dibandingkan dengan yang lain. Dagingnya dipotong secara "slice" bukannya daging kisar yang biasa kita makan di pasar ramadhan. Murtabak ini jugak tidak dimasukkan kubis. 

Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan

Seterusnya kami ke Muzium Sultan Abu Bakar (N 3.49349, E 103.39090) untuk bergambar di sini.










Pekan Riverfront


Seterusnya kami ke Pekan Riverfront (N 3.49155, E 103.39738) untuk menikmati pemandangan Sungai Pahang di waktu petang.





Day 2: 05 April 2015 (SUNDAY)


Kami solat subuh secara berjemaah di Masjid Sultan Ahmad Shah (Masjid Lama)(N 3.49601, E 103.38813).




Setelah selesai solat subuh, kami bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kami mengambil peluang untuk bergambar sebelum bergerak.






Kami bertolak jam 8.30 pagi dan bersarapan pagi di sebuah gerai di Peramu bersebelah station Petronas.

Perjalanan diteruskan melalui lebuhraya LPT. Perjalanan lancar, kami berhenti seketika di R&R Temerloh and R&R Gombak untuk berehat dan mengisi minyak.

Alhamdullilah kami semua selamat sampai dirumah masing-masing lebih kurang jam 1 petang.

--------------------------------------TAMAT-------------------------------------------

Comments

Post a Comment