Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat seju...

OFFROAD: JOHOR RALLY (18th OCT 2015)


Alhamdullilah, satu lagi pengalaman yang menarik dapatku timba bersama-sama Team Sg Offroad Adv Rider (SOAR) meredah offroad Johor Rally. Ride Offroad kali ini telah diadakan pada 18 October 2015 yang disertai oleh:

1. Johan (Jojo) - BMW F800GS
2. Irman  - BMW F800GS
3. Asri  - BMW F800GS
4. Kamil -  - BMW R1200 GSA LC
5. Faizal -  - BMW F800GS
6. Sulaiman (Evo)- KTM 640 Enduro
7. Iskandar - Honda XR 400
8. Aswade  - BMW R1200 GS LC
9. Hasli - Yamaha Tenere XT 660Z
10. Suhaimi  - Yamaha Tenere XT 660Z

Trail Offroadnya yang meliputi sejauh 100km yang dibahagikan kepada 3 Parts (5 Stages) selama 7 jam.

















Click Here: Rally Johor Map

RV


RV kami adalah di B.Point Station, Johor Bharu (N 01.47164, E 103.76537) pada pukul 6:30 pagi. Aku sampai disini seawal jam 6:00 pagi dan merupakan orang yang pertama sampai di sini, kemudian diikuti oleh Sulaiman dan seterusnya yang lain. Aku sempat berbual-bual dengan Sulaiman dan Johan mengenai laluan yang bakal kami tempuhi kelak.







































Kami bergerak ke Station Minyak Petron, Plentong, Johor (N 01.52035, E 103.82152) pada pukul 7:00 pagi untuk berkumpul sebelum memasuki laluan offroad. Kami mengambil kesempatan untuk mengurangkan angin tayar (tyre pressure).

Aku telah menukar riding mode dari "Road" kepada "Enduro Pro" dan mematikan ABS System.





























Kami berkumpul dan Johan selaku ketua konvoi kali ini telah memberi penerangan mengenai route yang akan dilalui dan juga mengingatkan semua tentang isu-isu keselamatan semasa ride. Aku memberi tumpuan sepenuhnya kerana aku pertama kali melaluinya dan mengelakkan 'surprises' semasa melalui offroad nanti.


























Iskandar pula telah dilantik untuk mengepalai konvoi ini







Offroad: Part 1 (49km)

Part 1 boleh dibahagikan kepada 2 sections.

Section / Stage 1: (15 km)


Debaran bermula, aku berada diposisi yang kedua, iaitu dibelakang Iskandar. Pada beberapa kilometer pertama, kami melalui ladang kelapa sawit. Keadaan jalan agak baik (compacted), Iskandar memecut laju, memaksa aku merapati beliau agar konvoi tidak terputus. Iskandar akan berhenti di setiap persimpangan agar konvoi tidak terputus dan tersesat.

Aku telah memecah rekod menjadi orang yang pertama yang jatuh. Aku jatuh semasa cuba memperlahankan momentum (Emergency Brek) apabila Iskandar tiba-tiba membelok ke kanan.

Seterusnya kami, melalui kawasan kebun getah dengan jalan yang agak lembut (Dark Clay). Kawasan ini terdapat terlalu banyak lopak air (mud pool) yang mengambil 75% lebar jalan. Kami terpaksa melalui tebing di kiri dan kanan jalan (1ft Single Trail). Memang mendebarkan kerana kalau silap percaturan motor akan masuk dalam semak samun ataupun mandi dalam kolam.

Sekali kala terpaksa juga meredah air. Lopak airnya tidak begitu dalam (1/2 ft) dan tidak begitu melekat (sticky).

Bagiku Part 1 (Section 1) agak mencabar kecekapan kita untuk mengawal dan mengimbagi motor.



Akhirnya kami sampai di Check Point #1, Tasik Biru, Seri Alam (N 01.52545, E 103.89246). Kami berhenti seketika di sini berehat dan bergambar. 

Sungguh cantik pemandangan di sini. Tasik ini terhasil dari kegiatan kuari di sini. Mengikut Johan, tasik ini tidak terdapat ikan mungkin disebabkan terdapatnya pencemaran dari bahan letupan kuari tersebut.



















































































(Video: Credit to Kamil)

Motorsikal Hasli mengalami masalah teknikal semasa di Tasik Biru. Hasli membuat keputusan untuk pulang semula ke Singapura bersama Suhaimi. Sekarang tinggal 8 orang rider sahaja yang akan meneruskan cabaran Johor Rally.

Section / Stage 2: (34 km)




























Kami meneruskan perjalanan offroad di Part 1 - Stage 2. Permulaannya menguji kebolehan menyelit diantara pokok-pokok getah. Memang mendebarkan kerana jarak di antara jalan dengan pokok terlalu hampir. Sekiranya membawa pannier sudah tentu tersangkut di pokok getah.

Setelah habis ladang getah, masuk pula ladang kelapa sawit dengan "compacted laterite". Apa lagi , semua memecut di laluan ini. Dari compact laterite, jalan bertukar menjadi fine laterite. Laluan kabur dengan habuk-habuk yang berterbangan memenuhi ruangan, memaksa aku untuk memperlahankan pergerakan untuk memberi ruang agar habuk berkurangan, sekurang-kurang 5m jarak dengan rider dihadapan. Jarak penglihatan agak terbatas. Cuba elakkan dari mengambil laluan terlalu hujung, di kiri atau kanan jalan, kerana debu yang tebal terkumpul di tepi-tepi jalan dan memungkinkan anda hilang kawalan apabila melaluinya.

Jalannya agak sibuk dengan lori-lori yang membawa keluar kelapa sawit. Beberapa kali juga aku terpaksa memotong lori. Perhatian juga perlu diberikan di sini kerana beberapa kali juga aku terserempak dengan sekawan lembu yang tiba-tiba melintas jalan. Terkejut dibuatnya.

Akhirnya kami sampai di tepi Sungai Johor di Kampung Berangan (N 01.65610, E 103.92606) pada pukul 10 pagi. Muka kami semuanya telah diselaputi debu, entah berapa kilogram debu telah ku sedup. Leganya rasanya dapat berehat seketika di sini membasahkan tekak.




Pemandangan di tepi Sungai Johor


(Video: Credit to Kamil)

Offroad: Part 2 (14km)

Perjalanan diteruskan lagi melalui kawasan kelapa sawit (penanaman semula). Jalannya agak baik (compacted) dan kurang berdebu. Kami berhenti seketika satu puncak bukit di kawasan tersebut (N 01.65856, E 103.90614) yang terletak 4km dari Kg Berangan.




Semasa diatas bukit kami bertemu dengan 2 orang rider basikal yang sedang berehat di situ. Kami berbual-bual dengan mereka mengenai trail di kawasan ini.


Perjalanan diteruskan lagi sejauh 10km lagi dengan jalan dan lanskap yang sama. Kami sampai di sebuah kawasan pembinaan, bermakna berakhirlah Part 2 dan bermulalah Part 3.

                                                         (Video: Credit to Kamil)


Offroad: Part 3 (16km)

Bagiku Part 3 lah yang paling mencabar. Laluan lurus berbukit-bukit dengan batu-batu granite bersaiz 1~2in. Turun naik bukit dah jadi macam roller coaster rasanya.

Tayar belakang motor Iskandar bocor. Beliau menguatkan semangat untuk meneruskan perjalanan.

Menaiki bukit agak senang berbanding menuruni bukit.


Menaiki bukit, posisi berdiri pada footpeg dengan gear 2. Momemtum diperlukan. Kawal enjin, sekiranya enjin mati, anda akan hilang momentum dan agak sukar untuk meneruskan pendakian.

Menurun bukit, posisi pada seat dengan gear 1 (Engine Braking), gunakan brek belakang (rear brake) hanya sentuh (just touch on rear brake's pedal). 


Aku gagal mengawal motorsikalku pada apabila menuruni bukit, engin motor tiba-tiba mati menyebabkan keadaan menjadi huru hara. Aku seumpama menari-nari, dengan tayar belakang, sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Akhirnya motorku tumbang ke bumi juga. Aku berehat seketika untuk melepaskan penat dan mengumpul kembali tenaga yang hilang. Johan datang membantuku. Beliau mencadangkan aku untuk mengambil route berumput di sebelah kanan jalan tapi aku berasa tidak yakin.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan fokus diberi penuhnya. Alhamdullilah, aku berjaya turun dengan selamat. Momentum perlu dikekalkan untuk menaiki bukit seterusnya; 2 meter sebelum puncak bukit, engin tiba-tiba mati dan motor berhenti. Aku gagal mendakinya kerana tayar tidak boleh mencengkam lagi. Aku minta tolong Iskandar untuk cuba membawanya naik, tangan beliau tiba-tiba kejang. Johan pula datang membantu, Alhamdullilah cubaan kali ini berjaya.

Penat, Moral down!

Aku berehat seketika sehinggalah tenaga pulih.

Perjalanan diteruskan lagi ke jalan utama di Ulu Tiram. Aku orang yang kedua terakhir sampai disana.

Alhamdullilah. Offroad sudah tamat. Lega rasanya.

Apabila semua telah sampai, kami meneruskan perjalanan menuju ke Restoren Hijrah Corner (N 01.59381, E 103.82051) untuk makan tengahari. Kami sampai pada pukul 12:00 tengahari. 
Sebelum itu kami membawa motor untuk dibasuh di kedai basuh kereta yang terletak berhampiran manakala Iskandar pula membawa motornya ke bengkel motor untuk ditukarkan tiub.

Selesai makan, aku bersalam-salaman dan meminta untuk bergerak terlebih dahulu.

Aku sampai di Johor Baru pada pukul 2:00 petang. Aku memang enjoy.

-------------------------------------TAMAT----------------------------------------

Comments