Kembara Mencari Kekuatan
(Jordan)
Alhamdullilah, sekali lagi aku diberi peluang untuk mengembara di sebahagian bumi Syam yang penuh sejarah dari zaman berzaman. Kali ini aku ditemani oleh Isteriku. Ini kali pertama beliau berada di Jordan.
Bagi anda yang mempunyai kesempatan, datanglah ke Jordan kerana terdapat banyak pengalaman dan keinsafan yang akan perolehi bila berada di sini. Bagi aku berada seketika di lembah Yarmouk, sudah cukup membuatkan diriku rasa syahdu, sayu dan merasakan diri ini cukup kerdil. Mata ku tiba-tiba sahaja berkaca dan air mata mengalir tanpa kusedari. Tidak dapat dihuraikan dengan perkataan.
Aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Aiman, seorang mahasiswa di Universiti Mafraq (Utara Jordan) yang banyak membantu dan menemani kami sepanjang berada di Jordan. Anda bolehlah like dan ikuti homepage FB beliau di "Kembara Jordan". Hubungilah beliau (di FB) sekiranya anda bercadang untuk kesini.
Kembara kali ini memberi satu semangat untuk kami untuk mencari hakikat sebenar kehidupan ini.
Selamat membaca..
Note:
Siri kembara aku di Jordan kali ini mempunyai kesinambungan dengan siri yang lalu. Anda boleh melayarinya, di klik sini .
Day 01: 03 April
2019
Kami bergerak dari rumahku di
Mangaf ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait pada pukul 8:00 malam. Alhamdullilah
perjalanan sangat lancar sehingga ke airport. Kami menaiki penerbangan murah milik
Kuwait iaitu Jazeera Airlines.
Sekarang ini Jazeera Airlines sudah
memiliki bangunan mereka sendiri yg terletak lebih kurang 100 m di sebelah kiri dari
kompleks utama airport. Alhamdullilah mujurlah aku dari semalam lagi sudah
siap-siap check in ticket kami secara online kalau tak memang masak ler kami
beratur dalam barisan yang sangat panjang.
Masalah lain pulak timbul dari
asalnya departure pada pukul 8.40 malam telah tunda ke pukul 9.40 malam lepas
tu tunda lagi ke pukul 10.40 malam, last-last naik kapal terbang pukul 12.00 tengah
malam juga.
Semasa kat counter tadi, staffnya
telah tersalah print balik ticket dimana dua-dua ticket semuanya atas namaku.
Aku jugak cuai kerana tidak check dulu ticket isteri ku, aku just passed ticket
itu kat dia tapi apa yang aku rasa sangat pelik macam mana dari berpuluh-puluh
check point diorang check passport dan ticket isteriku tak seorang pun yang
perasan nama kat ticket tu berbeza dengan passportnya sehingga duduk dalam pesawat
baru lah diorang buat announcement nak kenalpasti ticket dan passport isteriku.
Alhamdullilah, syukurlah tak der masalah.
Penerbangan mengambil masa dua
jam untuk sampai ke Amman, Jordan dari Kuwait. Aku dan isteri, duduk-duduk jer
terus tidur bangun-bangun dah sampai Amman. Memang sungguh penat asyik dok
berdiri berjam-jam tapi lega sebab solat isyak dah settle dan apa-apa pun aku
tetap bersyukur Alhamdullilah flight tak cancel.
Day 02: 04 April
2019
Jordan dan Kuwait berada pada
time zone yang sama iaitu 5 jam lebih lewat dari Malaysia. Kami sampai di
Amman, Jordan pada pukul 2.00 pagi. Urusan di Immigration dan Kastam di Queen
Alia International Airport, Amman, Jordan berjalan lancar. Pegawai-pegawai yang
berketurunan Arab yang berkerja di Airport ini boleh di consider jauh lebih menghormati
tetamu dan ramah-tamah jika dibandingkan dengan Kuwait. Wajah mereka ceria dan
mereka bercakap dengan lemah lembut.
Jordan dikenali sebagai “Urdun” oleh
masyarakat Arab sebagaimana mereka memanggil Magribi pada Morroco dan Al-Jazaiir
pada Algeria.
Semasa kami sampai di luar, Aiman
dan Fikri telah siap menunggu kami balai menunggu. Mereka berdua adalah pelajar
Malaysia yang belajar di sini. Aku telah menghubungi Aiman dari bulan lepas untuk
menguruskan pengembaraan kami kali ini. Amman pada pagi itu memang
sedap sekarang kerana dipenghujung musim dingin, suhunya antara 13-15 degree
celsius. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.
Kami menginap sekejap di Hotel Meneur, Amman untuk mengambil kesempatan untuk tidur sejenak sebelum subuh. Sempat juga lah kami tidur selama 3 jam.
Pada pukul 7.00 pagi, kami bersiap-siap turun untuk bersarapan pagi. Seperti biasa aku akan makan roti arab "kubss" dengan "scramble egg" manakala isteriku telur rebus dengan black pepper.
Lepas jer breakfast, aku terus check out selepas itu. Hampir sejam kami menunggu Aiman, dia terlajak tidur gara-gara lama menunggu kami di airport semalam. Sambil-sambil menunggu Aiman kami apa lagi, kami posing posing kat hotel.
Aiman sampai di hotel pada pukul 9.00 pagi, aku tahu dia belum bersarapan lagi so aku ajak dia bersarapan pagi di Restaurant Sana'a (Makanan Yemen) yang terletak di Jubeiha, Amman. Restaurantnya bersebelahan dengan University Jordan.
Aku order roti arab dengan "kibdal" atau hati ayam dan "laham shori" iaitu daging yang dipotong kecil. Isteri order murtabab daging. Kami order "chai karak" - Teh susu yang dimasukkan cardamom (buah pelaga) yang memangnya menjadi favourite kami berdua.
Banyak sangat kami order, last-last tak habis. Kami bungkus semua nya itu untuk jadi bekal untuk perjalanan kami nanti.
Kami ke kedai sebelah untuk membeli sim card Jordan (Orange) dan menukar wang US Dollar ke Jordanian Dinar (JD), 1.0 JD lebih kurang 1.5 USD.
1. Mount Nebo atau Jabal Nibu
Kami bergerak dari restaurant Sana'a pada pukul 10.00 pagi. Lokasi pertama kami untuk kembara kali ini adalah Mount Nebo yang terletak 40 km di barat daya Kota Amman. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam setengah.
Kami melalui ladang-ladang pokok zaitun (Olive) di pertengahan jalan. Ianya di tanam di kiri dan kanan jalan. Aku meminta Aiman memberhentikan kenderaan untuk aku turun dan ambik gambar pokok zaitun dengan jelas untuk pengetahuaan anak-anak juga teman-teman yang belum melihatnya.
Pokok Zaitun ini mengingatkan aku pada pokok kemunting di kampung ku, ianya seakan-akan pokok kemunting kalau sekali pandang cuma berbeza pada batangnya yang lebih besar dan daunnya lebih panjang.
Mengikut penceritaan dari Aiman, hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu mempunyai ladang Zaitun kerana kos untuk menanam pokok ini agak tinggi disebabkan tarif air di Jordan sangat mahal. Air diimport dari Israel. Musim menuainya adalah dalam pertengahan October sehingga pertengahan November setiap tahun. Harganya untuk 1 liter minyak zaitun lebih kurang 15 JD (RM 86). Kualiti minyak zaitun dari Syam (Syria/ Jordan/ Palestin) adalah yang terbaik.
Pokok Zaitun juga diceritakan di dalam Al-Quran, Surah An Nur (24:35) bahawa pokok zaitun merupakan pokok berkah, pokok ini ditemui di Bukit Tursina, Mesir dan menjadi membangkit selera makan dalam Surah Al-Mukminun (23:20) dan Allah bersumpah demi Buah Tin dan Buah Zaitun dalam Surah At-Tin (95:01).
Dari Umar bin Khattab ra, dia berkata, “Rasulullah saw bersabda, Makanlah minyak zaitun dan berminyak lah dengannya (pergunakan untuk selain makan) karena dia dihasilkan dari pohon yang diberkahi.” (HR.Tirmidzi)
Kami berhenti seketika di Masjid Salah Al-Deen sebelum sampai di Mount Nebo untuk mengambil gambar.
Mount Nebo
Gunung Nebo terdapat banyak puncak-puncak dari ketinggian 700 - 800m, puncak paling tinggi adalah 817m (2,680 ft) di atas paras laut. Dua puncak yang terkenal adalah Puncak Siyagha (710m)(31.7669 N, 35.7275 E) dimana terletaknya (Memorial Musa) dan Puncak Mukhayat (Town of Nebo)(790m)(31.74972 N, 35.74444 E). Ayyoun Musa (Moses's Spring)(31.77833 N, 35.73583 E) di mana kristian percaya bahawa Nabi Musa AS memberi air kepada Bani Israel sebelum baginda wafat.
Mount Nebo cukup sinonim dengan Nabi Musa AS. Nabi Musa telah sesat di tengah-tengah padang pasir ini selama 40 tahun setelah diselamatkan oleh Allah dari Firaun dengan membelah Laut Merah. Beliau tidak dapat masuk ke 'promised land' gara-gara masih ada lagi saki baki bani israel yang duhulunya menyembah lembu yang masih lagi berada dalam rombongan Nabi Musa itu. Nabi Musa menaiki puncak Nebo dan memandang jauh ke Baitulmaqdis yang menjadi idaman beliau untuk ke sana. Tetapi tidak diizinkan oleh Allah. Seterusnya Nabi Yusha telah menyambung cita-cita Nabi Musa tersebut setelah tiada lagi generasi yang menyembahkan lembu itu.
Mengikut kristian ianya merupakan tempat suci bagi mereka kerana termaktub di dalam Taurat, "Musa melakukan perjalanan dari Maabba mendaki Gunung Nebo yang jaraknya satu fasakh, maka disitulah Tuhan memperlihatkan zat-Nya ke seluruh penjuru bumi, maka berkatalah Tuhan jangan kau ke sana (Al-Quds).
Kami sampai disini pada pukul 11.30 pagi, ketika ini ramai pelancong dari Europe yang berada disitu. Pusat pelancongan ini dibuka setiap hari. Bayaran dikenakan sebanyak 2 JD seorang.
Terdapat sebuah cafe dan kedai cenderamata selepas melewati pintu masuk Mount Nebo. Pemandangan dari kafe ini sungguh menarik, ianya dikelilingi oleh banjaran gunung dan wadi
Video di pintu masuk
Mount Nebo from
aswade on
Vimeo.
A Monolith for the Year 2000
Terdapat satu arca di pintu masuk Siyagha (100m dari gate utama) yang diukir pada batu yang berketinggian 5.5m dibina pada tahun 2000 sempena new millenium. Terdapat tulisan greek di arca ini yang bererti "God is Love" dibahagian depan dan bertulisan arab disebelah belakangnya. Mount Nebo dimiliki oleh orang-orang kristian. Banyak kisah-kisah dan sejarah-sejarahnya dipengaruhi unsur-unsur kristian.
Bahagian depan:
Bahagian belakang:
Batu tanda Mount Nebo - Terletak bersebelahan dengan arca.
The Abu Badd- merupakan sebuah pintu masuk Monastery jenis yang digolek (rolling stone) semasa zaman Byzantine di Old Village Faysaliyah juga dikenali sebagai Kufer Abu Badd.
Pokok Zaitun juga ditanam disekitar Mount Nebo ini.
Terdapat sebuah papan tanda di tepi Mount Nebo yang menunjukkan jarak dari Mount Nebo; Tasik Tiberias (106km), Nablus (66km), Jericho (27km), Ramallah (52km), Qumran (25km), Bukit Zaitun, Jerussalam (46km), Baitu Laham (50km), Herodium (47km) dan Hebron (65km).
Pemandangan kurang jelas sedikit mungkin disebabkan cuaca panas menyebabkan Laut Mati yang terletak beberapa kilometer tersejat (vaporize) kelihatan seperti jerebu. Anda dapat lihat dengan jelas Laut Mati di sebelah atas kiri gambar dibawah ini.
Pemandangan sekitar puncak Siyagha
Video pemandangan dari Mount Nebo
GH012170 from
aswade on
Vimeo.
Disini juga terdapat sebatang tiang besi berbentuk tongkat yang dililit ular. Semasa Nabi Musa dan Kaumnya bani Israel, mereka selalu merungut-rungut dan mempersalahkan nabi kerana membawa mereka ke sana. Allah telah menghantar utk mereka ular-ular dan mematuk mati ramai bani israel. Lalu mereka mengadu kepada Nabi Musa. Lalu Nabi berdoa dan Allah mengarahkan nabi memacakkan tongkat di situ dan sesiapa yg menghampiri tongkat insyaallah akan sembuh sakitnya. Tongkat yg ada sekarang adalah replika ciptaan sorang Itali iaitu Giovanni Fantoni.
Mengikut satu cerita tongkat yang asal telah buang oleh Raja Hizkia (Hezekiah) kerana ianya menjadi objek sembahan. Penasihat raja tersebut adalah seorang nabi dari kalangan Bani Isreal iaitu Nabi Asyiha' (Isaiah). Kisah mengenainya tidak diceritakan di dalam Al-Quran dan Hadis.
Terdapat sebuah gereja di sini yang di panggil Memorial Church of Moses. Tiang-tiang gereja asal masih lagi dikekalkan didalamnya dan digabungkan dengan sentuhan baru.
Di sini juga terdapat sebuah puast penterjemahan iaitu dikenali sebagai "The Mount Nebo Interpretation Center" berhampiran gereja.
Lokasi puncak Mount Nebo (1) dan Mukhayat (2)
Barangan tinggal di Mount Nebo
Replika Mount Nebo
Koleksi-koleksi yang tersimpan disini
Baru aku tahu bahawa orang kristian juga mempunyai haji, iaitu perjalanan dari Jerussalam ke Mount Nebo yang jaraknya lebih kurang 50 km seperti di gambar dibawah ini:
Perjalanan haji mereka dari Jerusalem - Jericho (Ariha) - Jordan River - Wadi Kharrar - Mount Nebo.
2. Laut Mati atau Dead Sea
Kami mengambil masa seketika untuk singgah di sini utk melihat tasik masin terendah di dunia iaitu 430m dibawah paras laut. Kami tidak bercadang untuk mandi sini jadi kami hanya berhenti di satu kawasan lapang. Kami terpaksa menurun bukit untuk sampai ke tebing laut.
Laut Mati from
aswade on
Vimeo.
Di kawasan yang mempunyai fasiliti-fasiliti seperti tandas dan bilik mandi mandi biasanya akan kenakan bayaran sebanyak 15-25 JD seorang.
Panjang Laut Mati adalah 80 km dan lebarnya 14m dgn kemasinan 9 kali ganda kemasinannya dari laut yg lain. Ia merupakan laut kedua termasin di dunia selepas, Tasik Assal di Djibouti. Tasik ini berkongsi bersama separuh Jordan dan separuh lagi Israel.
Airnya sangat masin (high density) menyebabkan anda terapung di dalamnya. Oleh kerana terlalu masin tidak satu hidupan pun yang wujud didalamnya.
Merupakan kesan kemurkaan Allah terhadap kaum Nabi Lut yang berada di Sodom. Bumi Sodom telah diterbalikan dan dihempap ke bumi sebanyak 2 kali.
Pada waktu malam, polis dan tentera akan berkawal di Laut Mati untuk mengelakkan berlaku pencerobohan ke sempadan kedua-dua negara. So berenang pada waktu malam diharamkan.
Kedalamannya berbeza, di sebelah utara lebih dalam dengan kedalaman maksimum 430m dan sebelah selatan purata kedalamannya adalah 4m. Mengikut kajian scientist, paras tasik ini semakin surut dengan kadar 1 ft. setahun dan dijangkakan bakal kering pada tahun 2050.
Tebing-tebingnya terhasil dari hablur2 garam amat rapuh. Hati-hati. Dasarnya terhasil daripada mendapan garam, boleh melukakan kaki, baik pakai selipar kerena kulit akan menjadi lembut apabila terendam dalam air. Airnya agak melekit.
Sayang pengunjung-pengunjug disini tidak menjaga kebersihan, mereka membuang sampah di merata-rata tempat.
3. Muzium Laut Mati
Kami seterusnya ke Muzium Laut Mati untuk mencari info-info mengenai Laut Mati yang terletak di atas bukit yang menghadap ke Laut Mati. Jaraknya 10km dari jalan utama di Laut Mati. Bayaran dikenakan sebanyak 2 JD untuk masuk ke Museum.
Kami bergambar dihadapan muzium.
Terdapat restaurant, view point dan amphitheater di sini.
Di dalam muzium terdapat gambar dan diagram yang menunjukan air laut mati surut dengan begitu drastic dengan kadar paras air turun 3 ft setiap tahun. Bandingkan perbezaan saiz laut mati dari tahun 1950 ke tahun 2009, hampir separuhnya telah hilang.
Kesan daripada pengeringan ini berlaku tanah-tanah jerlus (sinkhole) di beberapa kawasan sekitar laut mati.
Seterusnya kami ke restaurant muzium tersebut untuk berehat seketika sambil melihat keindahan alam berlatarbelakang laut mati. Aku order homemade ice-cream, yummy!!
Posing di View Point.
Video di View Point.
Kami meneruskan perjalanan ke kawasan berbukit yang terdapat batu yang menyerupai perempuan, ia dikatakan isteri Nabi Lut yang menjadi batu. Agak aneh juga batu ini kekal zaman berzaman di sini, bukan?
Kami mengeluarkan bekalan roti yang kami bawa dari Amman sebagai juadah minum petang sambil melihat keagungan ciptaan Allah.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Petra. Kami berhenti seketika untuk solat jammak zohor dan asar di tepi Dead Sea Highway.
Kami meneruskan perjalanan melalui kawasan lereng-lereng bukit. Kawasan bukit disini agak berwarna perang, mungkin ianya mempunyai banyak ion ferum (III). Tiba-tiba jer ilmu kimia mencurah-curah keluar (hehehe).
Kami berhenti di sebuah pekan kecil untuk membeli buah-buahan. Buah-buahan biasanya ditanam di bahagian utara Jordan manakala sayur-sayurnya datang dari selatan. Buah epal dari Jordan memang sedap dan besar.
Kami berkesempatan melihat keindahan matahari terbenam seperti matahari berada di atas jalanraya. Subhanallah
Alhamdullilah kami sampai di Petra pada pukul 7.30 malam. Kami menginap di Hotel Alanbat. Kenapalah si Aiman cari hotel lambat ini cari lah Alcepat?? Hotelnya agak selesa dan terletak 2km dari pintu masuk Petra. Kawasan ini kalau malam-malam susah nak cari makan, jadi makan di hotel sahaja. Hotel ini menyediakan juadah makan malam secara buffet dengan harga 10 JD sorang.
Setelah mandi dan solat jamak Magrib dan Isyak, kami naik ke restaurant hotel untuk makan malam. Menunya sungguh menyelerakan iaitu daging masak kicap dengan ayam bakar. Mungkin sebab lapar kot. Seperti biasa ayam bakar kalau pak arab yang buat memang tasteless, tak rasa apa-apa (bakar sebakarnya). Apa-apa pun syukur, ramai lagi manusia-manusia yang Allah uji dengan kelaparan.
Muka partner dalam pengembaraan ini, mengantuk sakan dia. Dia kata satu hari duduk dalam kereta, penat woo!.
Day 03: 05 April 2019
Petra
Info:
Petra terletak 250 km ke selatan Amman, Jordan. Ia dikelilingi oleh banjaran gunung Al Shirah yang mengunjur dari Laut Mati sehingga Laut Merah dengan ketinggian diantara 800 - 1340m. Petra telah dinobatkan sebagai Khazanah Dunia (World Heritage) sejak 1985 dan ia diumumkan sebagai "New Seven Wonders" pada 7 July 2007 di Lisbon, Portugal.
Mengikut sejarah Kaum Nabataean telah berhijrah dari barat Saudi Arabia pada 600 BC. Mereka berdagang di sini selama 500 tahun di sini dan membina kota Petra ini. Sejarah mencatatkan pada tahun 8 BC hingga 40 AD terdapat 30,000 orang penghuni di sini. Mereka mempunyai kemahiran membuat sistem pengairan dan empangan.
Pada tahun 106 AD, laluan perniagaan telah dialihkan dari Petra ke Palmyra (Syria) dan laluan laut dari Laut Merah terus ke Rom. Pada tahun 300 an AD, Petra sekali lagi naik menjadi bandar Palaestrina Tertia. Terjadi dua gempa bumi yang berlaku pada tahun 363 dan 551 menyebabkan Kota Petra mati. Kota ini seterusnya didiami oleh puak Bedouin. Kota ini dilupai sehinggalah pada tahun 1812, seorang pengembara dari Swiss, Jean Louis Burckhardt menemuinya dengan bantuan puak-pauk Bedouin ini.
---------------------------------------
Kami akan menghabiskan satu hari suntuk di sini untuk treking di Petra, jadi kami turun bersarapan pagi lebih awal.
Pemandangan hari hotel Alanbat.
Breakfast kami pada pagi ni
Cuaca harini sangat baik, cerah tapi tidak panas. Kami memulakan perjalanan masuk ke dalam Petra pada pukul 9.00 pagi. Kami bergambar sebelum memasuki pintu Petra. Barang dan beg-beg akan di scan di pintu masuk.
Kami terus ke kaunter jualan ticket yang terletak di sebelah kanan. Bayaran dikenakan sebanyak 50 JD (USD 70 / RM 290) seorang.
Petra dibuka seawal jam 6.00 pagi sehingga pukul 7.00 petang pada summer (April - October), bulan puasa (7.00 pagi - 4.00 petang) dan musim sejuk/ winter (November - March) dari 7.00 pagi sehingga 5.00 petang. Bermalam dan berkhemah di dalam adalah tidak dibenarkan.
Disini terdapat perkhidmatan kenderaan yang diusahakan oleh usahawan-usahawan bedouin- bedouin yang berjaya:
- Kuda - Visitor Center ke pintu masuk Siq. Seorang jer boleh naik. Tapi diorang akan pegang tali, kita just duduk jer. Bayaran 30 JD (Just guideline, kena tawar menawar lah)
- Kereta Kuda (Carriage) - Visitor Center ke Khazneh (Trreasury). Dua orang dewasa boleh naik. Bayaran 20 JD (2 hala) seorang.
- Unta - Khazneh ke Qasr Al-Bint.
- Keldai - Khazneh to Monastery (35 JD) - Dua hala. Ini yang aku dapat tapi tak der standard harga yang tetap.
Selepas aku beli ticket, aku ke kedai-kedai cenderamata untuk membeli tongkat dengan harga USD 10 sebatang, rupa-rupa kedai kat depan lagi jual USD 5 sebatang lagi murah. Ikhlas-ikhlas kan lah hati anda.
Di Petra terdapat 8 trail yang anda pilih mengikut kesesuaian masing-masing. Jangan lupa air sekurang-kurang 2 botol seorang dan bawalah coklat kit kat. Trail-trail itu seperti dibawah ni:
- Trail #01: Utama (Easy) - (Entry Gate - Siq - Khazneh - Qasr Al-Bint). Sejauh 8 km yang mengambil masa selama 3.5 - 4 jam berjalan kaki.
- Trail #2: Al-Khubtha (Hard) - (Entry Gate - Palace Tomb - Royal Tomb). Sejauh 3.5 km mengambil masa selama 2.5 - 3.0 jam berjalan kaki.
- Trail #3: Trail High Palace of Sacrifice (Hard) - (Entry Gate - High Palace of Sacrifice). Sejauh 3.0 km mengambil masa selama 3.5 - 4.0 jam berjalan kaki.
- Trail #4: Trail Ad-Deir (Hard) - (Qasr Al-Bint - Monastery). Sejauh 2.5 km yang mengambil masa selama 2.5 - 3.0 jam berjalan kaki.
- Trail #5: Umm Al-Biyara (Hard) - (Qasr Al-Bint - Umm Al-Biyara). Sejauh 4 km mengambil masa selama 3.5 - 4.0 jam.
- Trail #6: Jabal Haroun (Hard) - (Qasr Al-Bint - Jabal Haroun). Sejauh 7.5 km yang mengambil masa selama 5- 6 jam. Ada kenderaan (binatang)
- Trail #7: Sabra (Moderate) -(Qasr Al-Bint - Sabra). Sejauh 10 km yang mengambil masa 6 - 7 jam.
- Trail #8: Al-Madras (Moderate) - (Entry Gate - Triclinium - Al Madras). Sejauh 1.5 km yan mengambil masa selama 1.5 jam.
Untuk kami kali ini aku mengambil Trail #01 dan Trail #4 sejauh 15km selama 6jam 40m untuk melengkapkannya. Trail
Pengembaraan bermula...
1. Entry Gate - Siq
Kami berjalan kaki sambil melihat suasana sekitar. Jalannya berbatu dan landai. Di sebelah kiri jalan adalah lauluan bagi kuda dan kereta kuda. Kami lebih berminat berjalan kaki sambil melihat persekitaran. Terdapat pembahagi jalan siap dengan longkang lagi. Sebelah kanan adalah laluan pejalan kaki.
Terdapat gerai-gerai menjual barang-barang cenderamata di sebelah kanan jalan. Barang-barang yang biasa dijual disini adalah kain serban, kebanyakan pelancong akan beli serban dan si penjual akan memakaikannya kepada kita dengan gaya lilitan bedouin. Harganya berbeza di antara 3- 10 JD tergantung dengan cara kita bargain.
Terdapat 3 bongkah batu yg besar yang dinamakan Djinn Block yang menjadi mercu tanda Pintu Masuk Siq atau dikenali Bab Al-Siq.
Gambar di bawah ini adalah Obelisk Tomb, batu yang ditarah menjadi kubur oleh kaum Nabateans pada kurun pertama AD. Terdapat 4 buah piramid (nafesh) dibahagian atasnya dan sebuah statue dibahagian atasnya menunjukkan terdapat 5 orang yang disemadikan disini.
Dam / Empangan
Masyarakat Nabateans mengalihkan aliran banjir Wadi Musa daripada memasuki Siq ke Wadi Al Mudhim dan Wadi Mataha. Laluan (tunnel) ini sepanjang 88m dengan memotong batuan di sini. Mereka sungguh canggih dalam bidang kejuruteraan saliran dan perparitan.
Siq
Siq adalah laluan sempit dicelah-celah gunung sejauh 1.2km yang terhasil dari pembahagian gunung secara semulajadi. Subhanaallah sungguh cantik ciptaan Allah. Kita boleh lihat structure batuan yang berwarna kemerahan yang bercampur dengan warna oren. Terdapat sistem parit terancang dikedua-dua bahagian.
Dilaluan ini juga terdapat lampu jalan dimana mereka membuat satu longkang kecil di kedua-dua belah dinding. Minyak akan dituang kedalam longkang ini dan dinyalakan api.
Khazneh / The Treasury
Bangunan setinggi 40m telah dibini oleh mereka sekitar kurun yg pertama. Subhanallah sungguh mengagumkan. Terdapat 6 tiang yang tinggi. Mengikut senibinanya aku percaya ia dipengaruhi oleh senibina Rom. Anda tidak dibenarkan masuk kedalam Khazneh ini, terdapat polis berjaga disini. Ia merupakan tempat dimana kebanyakan pengunjungnya akan menghabiskan masa untuk bergambar.
Terdapat sebuah kedai cenderamata di sebelah kiri dan sebuah pondok polis disebelah kanan. Ada juga para pengunjung yang menaiki unta disini untuk bergambar.
Kami berhenti sekejap disini untuk bergambar
Bergambar bersama Tuan Inspector yang bertugas.
Street of Facades
Satu kawasan perkuburan yang dibina dengan menarah gunung-gunung. Memang usaha dan keseniaan mereka sangat tinggi. Nampak macam bangunan perumahan tapi sebenarnya kawasan perkuburan mewah.
Kami masuk ke dalam salah sebuah kawasan perkuburan itu. Geng - geng bedoiun ini gunakan bahagian ini untuk letakkan keldai dan kuda milik mereka.
Kami berhenti sekejap untuk minum-minum sebelum meneruskan perjalanan mendaki gunung untuk puncak monastery. Kami memesan air delima, orang Arabnya memanggilnya "ruuman". Memang pure dan sedap cuma harganya agak mahal, 4 JD gelas besar.
Kemudiannya aku ke gerai-gerai menjual cenderamata untuk membeli serban. Kali ini aku tak nak beli yang biasa orang pakai. Jadi aku ambik yang ada gambar unta pulak (sebenarnya, itu adalah kain tudung perempuan). Pedulikan, mahal tu 10 JD.
Marketing diorang dah canggih Visa dan MasterCard pun diorang terima kat tengah wadi ini.
Theater
Sebahagian gunung itu dikerjakan menjadi sebuah panggungboleh memuatkan 4000 orang dan mempunyai 7 tingkat tangga. Satu-satunya di dunia yang panggungnya ditarah dari sebuah gunung.
Cuba anda perhatikan sistem peparitan mereka. Di sini agak rendah, kawasan tengah ini dipanggil dengan Wadi Musa. Pintu masuk ke theater
Berhadapan dengan theater adalah kawasan perkuburan diraja, Royal Tombs. Kami tidak ke sana kerana aku ingin membawa isteri ke Monastery.
Monastery
Untuk sampai ke puncak monastery aku tidak fikir isteriku terdaya untuk memanjat ribuan anak tangga di sana. Aku pun mendapatkan perkhidmatan keldai dari Theatre. Inilah pengalaman pertama kami berdua menaiki keldai. Berasa takut ini hanya Allah jer yang tahu.
Satu tangga kena pegang tali (rantai besi) keldai, untuk berhenti kena tarik tali tu. Satu tangan lagi kena pegang pelana (tempat duduk). Selesa juga rasanya, tak keras. Tempat letak kaki kemudiannya di adjust ikut ketinggian penunggangnya. Cara untuk adjust adalah dengan membelitkan tali tersebut.
Kami terpaksa melalui kawasan pergunungan dengan menggunakan tangga dengan menaiki unta. Alhamdullilah, bagi isteriku si pemilik keldai ini memegang tali keldai dan dibawahnya naik. Semasa menaiki tangga, badan hendaklah dicondongkan kehadapan sedikit. Ala-ala main motor kat offroad masa naik bukit. Bukan alang-alang untuk menaiki dengan keldai ditempat yang sempit bergaung sejauh 7 km.
Kami menaiki keldai sehingga 100m sebelum kemuncak. So kami berjalan perlahan-lahan menaiki tangga. Pemilik keldai tadi berhenti di sebuah kedai di situ untuk berehat. Keldai juga diberi makan dan rehat sebelum meneruskan perjalanan turun nanti. Beliau memberi kami masa selama 30 minit untuk berada di Monastery.
Terdapat kedai-kedai di sepanjang jalan, semuanya boleh bercakap Bahasa Inggeris dengan lancar.
Isteriku kepenatan untuk menghabiskan saki bagi tangga untuk ke Monastery. Dia asyik-asyik tanya aku, jauh lagi...jauh lagi ke. Kesiannya.
Akhirnya kami sampai di Monastery.
Disini terdapat sebuah restaurant, kami berhenti disini seketika untuk minum jus oren. Gua yang diolah menjadi sebuah restaurant yang agak besar. Sangat menarik, sambil minum-minum dapat memandang Monastery dengan jelas.
Kami bergambar untuk yang terakhir sebelum balik. Dengan berlatar belakangkan bendera Jordan dan Monastery.
Kami turun dan menuju ke kedai yang dijanjikan untuk bertemu. Dia sedang menghisap syisha di kedai kawannya itu. Aku membeli satu lagi serban di sini untuk membantu kawannya itu. Bukan senang juga business di sini, banyak persaingan.
Kalau lah menaik pun sudah takut, section menurun lagi mengerikan, macam nak bunuh diri pulak. Cara untuk menurun pulak, tangan kanan pegang pada pelana manakala tangan kiri pegang pada tali pelana belakang yang berhampiran ekor keldai. Badan hendaklah dicondongkan kebelakang.
Masalah dengan keldai aku ni, dia memang pantang kalau keldai isteri ataupun mana keldai yang cuba menyucuk dari belakang, dia tiba-tiba akan lajukan pergerakan dia. Memang takut. Aku rasa keldai aku ni kaki rempit pantang orang cucuk.
Bila dah sampai kat bawah dah boleh relax-relax macam Diana Jones.
Bergambar berasa Fuad, pemilik keldai
Lega rasanya melepasi laluan berbukit. Perjalanan diteruskan lagi sehingga Khazneh. Dari Khazneh kami berjalan kaki. Kami berada di luar kompleks Petra pada pukul 4.00 petang. Memang cukup memenatkan tapi banyak pengalaman baru yang kami perolehi.
Aiman yang menunggu kami dari tadi berhampiran parking kereta. Kemudiannya kami ke Wadi Musa's spring yang terletak 2km dari Petra.
Wadi Musa Spring
Terdapat sebuah mata air disini di atas bukit. Salah satu mukjizat Nabi Musa, terpancar mata air apabila kawasan itu diketuk dgn tongkaknya. Mata air masih kekal sehingga sekarang. Airnya sangat jernih. Dahulunya matair ini telah digunakan oleh penduduk Petra. Kaum Nabatean menakungkan air ini dan bina sebuah empangan untuk bekalan air mereka disana.
Airnya jernih dan sangat sejuk. Aku biasanya akan mengambil wuduk di sini.
Amman
Wadi Musa kami tinggalkan dengan seribu kenangan. Kami terus menuju ke Amman yang jaraknya lebih kurang 250km. Kami sampai di Amman pada pukul 7.30 malam dan kami terus ke Restaurant Nur Malaysia
Gumbira dapat makan nasi goreng kampung Malaysia di Jordan. Mana dapat woo. Dia rasa lama tak rasa nasi goreng kampung, terasa rindu kampung halaman.
Aku makan Nasi Goreng Special dengan air cendol, malam-malam buta. Makanan di sini sungguh menyelerakan. Kalau anda ke Jordan singgahlah makan di Restaurant Nur Malaysia. Terdapat 2 cawangan di Jordan iaitu di Amman dan di Irbiq. Kami bergambar dengan pekerja-pekerja restaurant yang kesemuanya warga Malaysia. Mereka masih mengingati namaku.
Seterusnya kami ke Hotel Easy Inn untuk menginap di sana.
Bilik agak besar untuk kami berdua tapi memang selesa dan puas hati. Harini sungguh penat. Selamat malam.
Day 04: 06 April 2019
Harini kami memulakan perjalanan menunjuk ke Medan Peperangan Yarmouk yang terletak di Saham iaitu lebih kurang 110 km ke utara Kota Amman. Terdapat 4 buah negeri di sebelah utara Jordan iaitu Irbid, Mafraq, Jarash dan Ajloun.
Negeri disebelah utara terkenal dengan buah-buah segar seperti epal, pisang, buah pear, strawberry dan sayur-sayuran terutama sekali tomato. Kami beli beberapa biji buah epal buat bekal di dalam perjalanan. Aku bertanya dengan penjual buah apa yang hijau dan kuning itu, dia bagi tahu "Buah Akadoniya", first time aku tengok.
Bandar Kota Amman terletak di tanah tinggi, jadi untuk keluar dari Amman, kita akan menuruni bukit dengan jalan yang berliku-liku. Kami melalui Jerash dan Bandar Irbiq. Ramai pelajar-pelajar Malaysia menuntut di universiti di Irbid. Populasi penduduk di Irbid merupakan yang ke-2 tertinggi selepas Amman (1.8 juta penduduk) dengan jumlah penduduk Jordan seramai 9.7 juta orang.
Dari Irbiq, kami menuju ke Kampung Saham Al-Kfarat yang terletak 25km dari Irbid.
Sebelum sampai ke Medan Yarmouk itu, anda boleh pemerhatikan bunga liar berwarna kuning dan putih bagai meraikan kedatangan anda. Subhanallah sungguh cantik. Kami juga dapat melihat beberapa beberapa keluarga warga tempatan menjadi ianya sebagai tempat perkelahan sempena hujung minggu.
Saham 01 from
aswade on
Vimeo.
Kawasan Sekitar Saham.
Sejujurnya aku tidak pernah sesayu dan hiba sepertimana berada di sini dengan memandang lembah Yarmouk dan barisan gunung yang terbentang luas. Bayang seramai 40,000 orang tentera Islam yang telah tinggalkan keluarga, harta dan kesenangan hidup di Kota Madinah yang jauhnya lebih dari 1200 km demi kecintaan mereka pada Allah dan rindu mereka pada syahid. Apakah aku sanggup lakukan semua ini????Allahukbar
Saham Al Kfarat adalah sebuah kampung yang berada di sebuah bukit atau tanah tinggi yang anda boleh memandang dengan jelas ke arah medan peperangan Yarmouk. Terdapat sebuah mercu tanda berbentuk pedang (+/- 10m tinggi). Mercu tanda Yarmouk ini boleh dilihat dengan jelas dari tempat-tempat tinggi yang lain disekitarnya. Aku dapat memandangnya dengan jelas dari Umm Qais.
Mercu Tanda Pedang
Yarmouk Battle Field from
aswade on
Vimeo.
Berhadapan dengannya adalah medan peperangan Yarmouk termasuklah Bukit Khalid yang diberi nama sempena nama Panglima Islam yang mengepalai turus tentera Islam iaitu Khalid Al Walid. Terdapat sebuah masjid (warna putih), lihat pada gambar di bawah ini.
Ini depan ini pula curam Golan plateau (Al-Wakousa)(Gambar di bawah) di mana tentera-tentera Byzantines menuruni untuk sampai sungai Yarmouk / lembah Yarmouk. Di bahagian hujung sebelah kanan (gambar atas) adalah Sungai Yarmouk di mana tempat berlakunya peperangan di hari terakhir peperangan.
Yarmouk Battle Field from
aswade on
Vimeo.
Sungai Yarmouk
Merupakan aliran sungai dari Mzeireeb di sebelah barat Der'a. Ia mengalir sejauh 75 km menjadi sempadan Syria dan Jordan. Sungai Yarmouk ini bertemu dengan Sungai Jordan di sebelah selatan Tasik Tabrias.
Yarmouk Battle Field 2 from
aswade on
Vimeo.
Peperangan Yarmouk
Mungkin ramai antara kita terlupa mengenai peperangan ini. Peperangan berlaku pada 12-19 Ogos 636 (6 Rejab 15 hijrah) (4thn slps wafat Nabi). Tentera Islam seramai 40,000 melawan tentera byzentine seramai 125,000 org.
Peperangan yang sengit berlaku pada 5 hari terakhir di mana tentera Byzantines telah menuruni curam menuju ke lembah Sungai Yarmouk dan kemudiannya diikuti oleh tentera Islam. Peperangan disepanjang sungai Yarmouk bermula dari Utara Mukheibah sehingga Wadi Queilbeh (Abila).
Peperangan berakhir dengan tentera Islam mengejar tentera Byzantines. Khalid Al Walid berjaya membunuh Panglima Byzantines, Mahan. Panglima mereka, Hercules berjaya melarikan diri ke Antioch dengan kata-kata terakhir Hercules yang terkenal iaitu "Farewell to Syria, for the last time"
Dalam peperangan ini seramai 4,000 org tentera islam telah syahid manakala 80,000 orang tentera Byzantine telah terkorban dalam peperangan ini. Islam mencapai kemenangan.
Yarmouk telah menjadi saksi satu peperangan amat dahsyat. Seorang sejarahwan Arab, Al Tabari telah menyatakan bahawa "There was never battle as that of Yarmouk"
Apa yang menarik tentang peperangan Yarmouk.
- Dari segi bilangan tentera Byzantine, 3 kali ganda dari tentera Islam.
- Ini merupakan peperangan yang kedua berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW selepas peperangan Muta'ah dimana semasa Peperangan Muta'ah tentera Byzantine menyatakan tentera Islam kalah. Sebenarnya kedua-dua belah pihak telah berundur.
- 2 Orang Khalifah - Peperangan ini berlaku pada zaman orang Khalifah Islam iaitu pada zaman Abu Bakar As-Sidik R.A dan Umar Al-Khattab R.A.
- 2 Orang Panglima Perang - Semasa zaman Abu Bakar, neliau telah melantik Khalid Al-Walid sebagai Ketua Panglima perang tetapi telah diganti dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah setelah Umar Al-Khattab menjadi khalifah. Proses pengantian dilakukan senyap-senyap sehinggakan tentera Islam tidak perasan. Umar lakukannya untuk menjaga hati-hati tentera Islam dari merasakan kehadiran Khalid memimpin peperangan pasti akan menang.
- Pada hari pertama peperangan, seorang panglima tentera Byzantine yang terkenal iaitu George Theodorius telah datang menemui Khalid Al Walid menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, beliau telah berperang di sebelah pihak Islam. Beliau syahid di medan perang ini. Allahuakbar!!
- Pada Nov 636, Abu Ubaidah Al-Jarrah berjaya mengepung Kota Baitul Maqdis dan ketua paderinya, Patriarch Sophronius bersetuju menyerah kalah dan beliau berkata kunci kota ini hanya akan diserahkan kepada Umar Al-Khattab saja. Umar sampai di Baitul Maqdis pada April 637 bersama seorang pengawal dengan menaiki seekor keldai. Mereka menaiki keldai secara bergilir-gilir. Orang yang berada di atas keldai akan membaca satu muka surat dari Al-Quran kemudian diganti yang lain. Sehingga mereka sampai di Baitul Maqdis di mana Umar berada dibawah manakala pengawalnya berada diatas keldai.
Umm Qais
Seterusnya kami menuju ke Umm Qais yang terletak lebih kurang 20km dari Saham. Kami telah menurun bukit sehingga ke lembah Yarmouk yang cukup cantik, hijau dan bunga-bunga liar tumbuh mewarnai lembah ini. Ianya terletak di Yarmouk Natural Reserve.
.
Comments
Post a Comment