Kami sampai di hotel pada pukul 1:15 tengahari. Kami sungguh mengantuk kerana seharian tidak tidur. Kami berehat selama 2 jam setengah. Hostel ini sesuai untuk bagpacker. Bilik kami terdapat 2 buah katil double decker sesuai untuk empat orang.
Setelah berehat kami keluar dan berjalan menuju ke kawasan Sultanahmet; dimana di sini beradanya Masjid Sultanahmet (Blue Mosque), Hagia Sophia, Topkopi Palace, Yerebatan Cistern dan banyak lagi tempat-tempat tarikan pelancong di Istanbul ini.
1. Hagia Sophia / Aya Sofya Museum
Museum ini dibuka bermula dari jam 09:00 pagi sehingga 6:00 petang (Summer) dan sehingga 4:00 petang semasa winter. Bayaran dikenakan sebanyak 72 Lira. Museum ini ditutup pada setiap hari Isnin.
Hagia Sophia merupakan sebuah Cathedral Greek Christian Orthodox yang telah dibina pada tahun 537 oleh Maharaja Justinian semasa zaman Byzantine di Constantinople (Istanbul). Pembinaannya mengambil masa 5 tahun 10 bulan. Ianya telah menjadi gereja selama 916 tahun dan kemudiannya ditukar menjadi Masjid selama 482 tahun.
Pada tahun 1935 ianya ditukarkan menjadi Museum sehingga sekarang oleh Mustafa Kemal Ataturk.
Bangunan ini terdapat 2 tingkat. Di ground level, anda boleh perhatikan mimbar dan mihraj dibahagian hadapannya. Sekiranya mendongak ke atas anda dapat perhatikan tulisan khat; Allah, Muhammad, Abu Bakar, Umar, Osman, Ali, Hassan dan Hussin.
Tingkat satu bangunan ini diakses dengan mengunakan ramp/laluan berbatu seperti di bawah ini. Terdapat banyak tingkap-tingkat di sini untuk pencahayaan. Anda juga boleh temui beberapa buah kubur ditembok-tembok ini.
Pintu Masuk (Entrance)
Balang Air untuk berwuduk di zaman kerajaan Uthmaniah terletak di bahagian bawah (ground level).
Mozek-mozek yang mengambarkan Maharaja-maharaja mereka.
Banyak mozek-mozeknya telah terhakis disebabkan usianya mencecah 1500 tahun. Penggunaan flash camera adalah dilarang kerana boleh merosakan mozek tersebut.
Semasa zaman kerajaan Uthmaniah, gambar-gambar pada mozek masih lagi dikekalkan seperti asal. Anda boleh perhatikan gambar "Virgin Mary with her son" seperti diatas masih dikekalkan.
Terdapat ruangan tayang dokumentari mengenai Hagia Sophia.
Video
2. Restaurant Nur Muhammad, Istanbul
Terdapat sebuah restoren Malaysia yang terletak di kawasan Sultanahmet, hanya 500 m dari Hagia Sophia. Makan nasi goreng daging merah, fuh!!.
3. Night Bosporus Cruise
Kami berjalan kaki menuju ke Eminonu dari Restoren Nur Muhammad melalui Spies Bazaar. Bayaran dikenakan sebanyak 20 Lira selama sejam. Cukup menarik.
Eminonu
Galata Bridge
Jambatan Tergantung (Bosphorus Bridge)
Kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenang-kenangan diatas bot (25 lira-Kecil / 50 Lira - Besar).
Minum kopi di dek bawah Bosphorus cruise.
Setelah selesai, kami pulang ke Sultanahmet menaiki Tram dari Eminonu. Kami berhenti seketika kawasan bangku -bangku di hadapan masjid Sultanahmet.
Kemudian kami pulang hostel.
Sabtu; 07 September 2019
Kami bersarapan pagi hostel pada pukul 8:30 pagi.
4. Masjid Sultanahmet (Blue Mosque)
Setelah bersarapan pagi di hostel kami menuju ke Masjid Sultan Ahmet atau lebih dikenali sebagai Blue Mosque oleh pengunjung-pengunjungnya. Ianya masih lagi dalam proses pembaikpulihan.
Tiada bayaran dikenalkan. Pihak masjid menyediakan selendang dan kain sarung untuk para pengunjungnya yang tidak menutup aurat bagi menjaga kehormatan masjid tersebut.
Kaunter seledang dan kain sarung
Ruangan solat
Tempat mengambil wuduk pada bahagian tiang masjid. Sungguh aneh.
Ruangan solat muslimah.
Corak pada bahagian dalam kubah.
Ruangan untuk pengunjung non muslim.
Video
5. Grand Bazaar (Kapali Carsi)
Grand Bazaar atau dikenali 'Kapali Carsi' yg bermaksud Covered Bazaar. Berdasarkan pembacaanku disini terdapat lebih dari 4,000 buah kedai dengan jangkaan 250,000 - 400,000 pengunjung setiap hari. Bazaar ini ditutup pada setiap hari Ahad.
Meletakkan ia ditempat teratas dalam senarai tempat yang wajib dikunjungi di Istanbul. Memang penat kalau nak melawat satu per satu. Sebenarnya harganya agak mahal jika dibandingkan dengan sekitarnya. Kena pandai tawar menawar. Sesetengah penjual boleh berbahasa Melayu.
Ianya dibina pada tahun 1461 dan pernah mengalami kerosakan akibat dari 12 gempa bumi kuat dan 9 kes kebakaran teruk. Rekod terburuk adalah gempa bumi pada tahun 1894 dan kebakaran pada tahun 1954.
Kami menaiki tram ke Grand bazaar iaitu berhenti di Station Beyazit-Kapalicarsi.
Lebih kurang terdapat 3,500 buah kedai, 15,000 penjual di 80 lorong di Bazar ini dan terdapat 18 buah gate disekitarnya. Gate yang terkenal adalah Nuruosmaniye yang terdapat logo Kerajaan Uthmaniyah.
Video
Kemudiannya kami makan tengahari di restoren favorite kami berhampiran Gate Nuruosmaniye. Iaitu Restoren Suadiye Marmaris.
Kami makan nasi dengan kebab ayam/daging dan sup lentil
Kami bergambar dengan Ahmet, pengusaha restoren ini.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Spice Bazaar. Terdapat banyak kedai-kedai sepanjang jalan menuju kesana.
Tudung Turki ini dijual murah dengan harga 10 lira
6. Spice Bazaar (Egyptian Bazaar)
Merupakan sebuah perdagangan yang dibina semasa zaman Byzantine dimana barang dagangan dari Mesir dijual disini. Kemudiannya sebuah bangunan (bazaar) telah dibina pada tahun 1,660 yang mengandungi 80 buah kedai berbentuk "L".
Diatasnya terdapat kubah-kubah (dome) dan mempunyai 6 buah pintu pada arah yang berbeza. Terdapat berbagai rempah ratus, kekacang, Turkish Delight dan lain-lain lagi dijual di sini.
Ianya dibuka setiap hari.
7. Topkapi Palace
Kami menaiki tram dari Eminonu Station menuju ke Sultanahmet Station untuk ke Topkapi Palace. Istana ini dibuka dari pukul 9:00 pagi sehingga pukul 7:00 petang (summer) dan 5:00 petang (winter). Ianya ditutup setiap hari Selasa.
Ianya menjadi pusat pentadbiran dan kediamanan diraja oleh Kerajaan Uthamaniah untuk 400 tahun. Kemudiannya pada pertengahan kurun ke-19, ianya dipindahkan ke Dolmabahce Palace untuk 6 sultan terakhir sebelum kerajaan Uthmaniyah digulingkan pada tahun 1924.
Topkapi Palace telah dijadikan museum oleh Mustafa Kamel Ataturk pada 3 April 1924.
Kami memasuki perkarangan istana melalui Pintu Imperial (Bab Hamayun).
Terdapat kawalan sekuriti disini, dimana bag anda akan discan. Aku menggunakan ticket online. Bayaran dikenakan sebanyak 72 lira dan 46 Lira tambahan sekiranya memasuki ruangan Harem.
Ramai pengunjung yang datang pada harini.
Aku berhenti rehat seketika di cafe sebelum memasuki Istana.
Harem
Merupakan tempat kediaman Sultan dan ahli keluarganya, gundik-gundik dan pekerja-pekerjanya. Di sini terdapat 300 bilik, 9 bilik mandi, 2 buah masjid, sebuah hospital, sebuah dobi dan banyak dorm.
Dorm dua tingkat, dimana pekerja yang senior berada ditingkat atas manakala yang junior akan duduk di bawah.
Pekerja-pekerja yang bertugas di harem yang menyediakan makanan.
Bilik Tidur Sultan
Laluan di dalam Harem
Pencahayaan pada lorong-lorong
Ruangan open space untuk Sultan berehat.
Kawasan Sekitar Topkapi
Terdapat beberapa bangunan lain seperti Imperial Council Hall, Clocks, Weapons, Sultan Portrait, Privy Chamber dan lain-lain lagi
Privy Chamber (Holy Relics) di mana terdapat pedang-pedang Rasullulah dan para sahabat, janggut dan rambut Nabi SAW, replika kabah, baju Syaidinna Fatimah dan Syaidina Hussein dan banyak lagi. Seorang kari akan mengalunkan bacaan Al-Quran di sini. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di sini.
Kami ke cafe yang terletak dihujung sekali. Pemandangan disini sungguh cantik dengan laut di Selat Bosphorus yang amat biru.
Kami solat di Masjid Sofa di sini.
Kemudian kami ke Imperial Kitchen
Kami keluar dari Topkapi Palace pada pukul 5:30 petang. Kami berhenti sekejap di Masjid Hagia Sophia untuk isteri dan anakku solat jamak-qasar Zohor dan Asar.
Semasa aku sedang menunggu isteriku, aku telah di sapa oleh kawan fb ku, Khairuddin Yahya (baju hitam). Beliau dan kawan-kawannya merantau di seluruh Turki.
8. Tarian Whirling Dervishes
Kami kemudiannya menaiki tram menuju ke Sirkeci. Tarian sufism ini diadakan di Orient Express Station yang merupakan station keretapi terakhir di Istanbul. Tarian ini bermula pada pukul 7:30 petang selama sejam. Bayaran 70 lira dikenakan.
Setelah selesai persembahan, kami kembali ke Sultanahmet untuk makan malam di Restoren Nur Muhammad dan kembali ke hostel.
Ahad; 08 September 2019
Harini kami bergerak dari hostel agak lewat sedikit dalam pukul 11:00 pagi setelah bersarapan. Plan untuk harini dan esok adalah untuk menaiki Big Bus (Hop-on Hop-off). Aku membelinya secara online dengan harga Euro 55/pax untuk dua hari. Untuk Istanbul terdapat 2 route iaitu; Red Route dan Blue Route. Bas ini boleh dinaiki dari Sultanahmet.
Harini menaiki Red Route: Sultanahmet - Galata Bridge - Tophane - Port - Dolmabahce - Naval Museum - Beylerbevi Palace - W Hotel - Taksim Square - Hard Rock Cafe - Spice Bazaar.
9. Dolmabahce Palace
Kami berhenti di Dolmabahce Palace. Ianya merupakan istana ke-2 dalam pemerintahan Kesultanan Uthmaniyah selepas Topkapi Palace. 6 orang Sultan yang tinggal di sini belum kerajaan Uthmaniyah digulingkan pada tahun 1924. Istana ini ditutup pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Harga tiket adalah 60 Lira dan 90 Lira jika memasuki Istana termasuk Harem.
Ramai pengunjung yang datang ke sini, jadi kami membatalkan niat untuk masuki Istana kerana harini jadual kami terlalu padat.
Bergambar di Clock Tower dihadapan pintu masuk istana.
Kami minum dan berehat seketika di cafe berhampiran istana yang lokasinya betul-betul ditepi laut Bosphorus. Pemandangannya sungguh cantik dan tenang. Angin bertiup sepoi-poi bahasa. Harga cafe ini juga berpatutan/ murah. Highly recommended.
10. Naval Museum (Deniz Muzesi)
Kami menunggu seketika Big Bus sampai (perkhidmatan setiap setengah jam).
Bayaran tiket sebanyak 7 lira dikenakan tetapi bagi yang mempunyai tiket Big Bus ianya free. Museum ditutup pada hari Isnin setiap minggu. Ianya dibina pada tahun 1961.
Museum ini terdiri daripada 3 tingkat bangunan yang seluas 20,000 meter persegi. Di tingkat bawahnya terdapat koleksi kapal-kapal kayu milik kerajaan Uthamaniyah yang berusia ratusan tahun.
Dibahagian atas
Gambar yang menarik minatku, dimana ianya mengambarkan Sultan Muhamet Al Fatih bersama gurunya mengarahkan tentera-tenteranya menolak dan menarik 72 buah kapal tenteranya melalui tanah tinggi galata untuk ke Golden Horn dalam satu malam. Ianya menjadi titik permulaan kemenangan kerajaan Uthmaniyah terhadap kerajaan Byzantine di Constantinople.
Kapal perang
Koleksi-koleksi
Perubahan uniform mengikut masa.
11. Taksim Square
Kemudian kami sekali lagi menaiki Big Bus melewati beberapa station. Kami berhenti di station Taksim. Taksim Square merupakan pusat membeli belah di selalu dikunjungi para pelancong di Istanbul. Terdapat deretan kedai-kedai di sepanjang jalan Istiklal yang berakhir di Taksim.
Kami membeli roti dengan nutela
Terdapat sebuah Republic Monument di sini. Kami bertemu dengan dua orang pelancong Malaysia yang berada disitu.
12. The New Mosque (Yeni Camii)
Kami meneruskan perjalanan dengan Big Bus menuju ke Spice Bazaar yang terletak di Eminonu. Masjid ini mula dibina pada tahun 1597 dan siap selepas 66 tahun kerana beberapa isu; pertama, ianya terletak di kawasan penempatan kaum Yahudi, arkiteknya meninggal dan kekurangan dana.
Ianya telah dibina atas arahan Safiye Sultan, Ibu kepada Sultan Mehmet III iaitu isteri kepada Sultan Selim II.
Pintu Masuk
Bahagian dalam Masjid
Kawasan sekitar
13. Galata Tower
Kami seterusnya menaiki tram di Eminonu untuk ke Station Karakoy. Dari station tersebut kami berjalan kaki melalui subway ke station Tunel.
Tunnel
Merupakan laluan keretapi pendek yang menghubungkan Galata ke Beyoglu yang sejauh 573 m dalam masa 90 saat telah dibina pada tahun 1871 oleh jurutera Perancis yang bernama Eugene Henry. Mula beroperasi pada tahun 1,875 dan merupakan train bawah tanah yang kedua tertua. Boleh membawa 170 penumpang dalam satu masa.
Menaiki bukit Galata.
Kami berjalan kaki 400m menuju ke Galata Tower dari Station Tunnel.
Galata Tower merupakan sebuah menara tertua dan terindah di Istanbul. Dibina dengan kayu pada tahun 528 sebagai rumah api semasa Byzantine. Ketinggian menara adalah 67m menjadi tarikan utama pengunjung kerana panorama yang cantik di puncak menara kerana anda boleh perhatikan Laut Bosphorus, Laut Marmara dan Golden Horn dari sini.
Ianya telah dibina sejak kurun ke-5 tetapi apa yang dapat dilihat sekarang adalah pada 1348 kerana sebelumnya menara tersebut runtuh akibat kebakaran dan gempa bumi. Semasa zaman Byzantine dijadikan sebagai kota pertahanan dan dijadikan penjara semasa Uthmaniyah.
Terdapat ramai pengunjung yang beratur untuk menaiki Galata Tower. Kami beratur selama sejam untuk sampai giliran kami menaiki menara ini. Bayaran masuk menara adalah 35 Lira dan 15 Lira bagi simulation.
Boleh dinaiki dengan lift ke tingkat 5. Kami berada di veranda di puncak menara.
Pemandangan senja yang menarik
Restoren di Galata Tower
Kami menuruni tangga ke tingkat 2 untuk ke Helicopter Simulation.
Simulation
Berlatarbelakangkan Galata Tower.
Tunel
Kami seterusnya balik ke Sultanahmet dan ke Restoren Nur Muhammad. Alhamdullilah kenyang rasanya.
Aku bungkuskan nasi goreng yang tidak aku makan untuk dibawa pulang ke hostel. Semasa kami berjalan pulang, dua kanak-kanak perempuan (Arab) meminta nasi tadi, lalu kami berikan kepada mereka. Dibawanya makanan tadi kepada ibubapa mereka (berpakaian kemas, bukan pengemis), lalu mereka makan sesama mereka (4 beranak). Allahuakbar! Sungguh menyayat hati.
Isnin; 09 September 2019
14. Basilica / Yerebatan Cistern
Setelah bersarapan pagi, kami menuju ke Yerebatan Cistern yang terletak berhampiran Hagia Sophia. Bayaran dikenakan sebanyak 20 lira dan dibuka setiap hari.
Ianya telah dibina pada tahun 527-565 oleh Maharaja Byzantine iaitu Maharaja Justinian. Ianya merupakan tempat simpanan air bagi kerajaan Byzantine dengan kapasiti 100,000 ton air. Terdapat 336 tiang yang menyokong struktur ini.
Kami mengambil gambar dengan memperagakan pakaian tradisional Turki.
Photo Kami
Ini pula Madusa Head yang menjadi mitos raksasa bawah tanah yang boleh menukarkan manusia menjadi batu sekiranya melihatnya.
15. Istanbul Cable Car
Harini kami menyambung kembali pengembaraan kami dengan menaiki Big Bus melalui Blue Route: Sultanahmet - Galata Bridge - Patriarchate - Cable Car - Istanbul Dolphinarium - Miniaturk - Rahmi KOC Museum - Spice Bazaar.
Kami berhenti di Istanbul Cable Car. Ianya terletak di Eyub district. Harga yang dikenakan adalah 2.3 lira dengan menggunakan Istanbul Kart. Sungguh cantik pemandangan diatas bukit.
Hanya tiga minit sahaja untuk sampai ke puncak Bukit Piyerloti yang berketinggian 53 m yang melalui kawasan perkuburan Eyub.
Gondola ini boleh memuatkan 8 orang dalam satu masa.
Dipuncaknya kita dapat melihat pemandangan Golden Horn dan Kawasan Eyub yang sangat cantik.
Kami minum dan berehat seketika di cafe disini sambil menikmati pemandangan indah di sini. Angin bertiup sepoi-poi bahasa. Memang nyaman.
16. Masjid dan Maqam Abu Ayyub Al Ansari
Setelah meneruni Piyerloti Hill kami berjalan kaki menuju ke masjid dan maqam Abu Ayyub Al Ansari yang terletak 500m dari station kereta kabel.
Kami melalui barisan kedai-kedai menjual cenderamata. Kami membeli sebuah perhiasan berbentuk drum kecil.
Aku mengambil kesempatan untuk solat sunat dhuha berkebetulan harini adalah 10 Muharam, ramai jemaah yang datang ke masjid ini kerana terdapat kuliah.
Siapakah dia Abu Ayyub Ansari?
Abu Ayyub al-Ansari ra adalah sahabat Rasulullah daripada kaum Ansar. Abu Ayub memiliki nama asalnya iaitu Khalid bin Zaid bin Khulaib. Digelarkan Abu Ayub adalah kerana bagi memuliakan keturunannya. ‘Abu Ayub’ membawa maksud ‘bapa kepada Ayub’. Beliau yang berasal daripada Bani Najjar lahir pada 587 M iaitu 16 tahun lewat daripada tahun kelahiran Rasulullah saw.
Abu Ayub adalah seorang sahabat yang amat mulia. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa ketika menggali Parit Khandaq,“Sesungguhnya akan dibuka kota Konstantinopel, oleh sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu” Ramai sahabat yang mendengar kata-kata karamat Rasulullah saw tersebut termasuk Abu Ayub ra.
Hadis ini sentiasa menjadi pemangkin kepada ramai pemimpin Islam termasuk Umar al-Khattab, Muawiyah dan ramai lagi. Namun, Allah swt Maha Berkuasa. Allah swt Dalam kempen menyebarkan syiar Islam ke Constantinople, Abu Ayub al-Ansari tidak mahu terlepas daripada menyertai kempen jihad fisabillah tersebut. Peperangan tersebut berlaku pada 674 M semasa pemerintahan dinasti Umaiyyah. Ketika itu, umur Abu Ayub sangat tua iaitu dalam lingkungan 87 tahun. Meskipun uzur, Abu Ayub tetap berkeras mahu turut ikut serta dalam kempen bersejarah tersebut. Kempen tersebut diketuai oleh anak kepada Muawiyyah bin Abi Sufian, Yazid bin Muawiyyah. Dalam kempen tersebut, Abu Ayub mengalami keuzuran yang sangat teruk. Beliau tidak mampu untuk menggalas pedang bagi meneruskan perjuangan bersama-sama tentera-tentera Islam yang lain.
Abu Yazid bin Muawiyyah datang kepadanya dan bertanya, Adakah tuan mahu apa-apa wahai Abu Ayub? Sahabat Rasulullah saw yang mulia ini menjawab,
"Sampaikan salamku kepada seluruh tentera Islam dan beritahulah mereka, Abu Ayub mahukan mereka menembusi seberapa jauh tembok Constantinople sehingga mereka beroleh kemenangan dan mengebumikan mereka (tentera Kristian Rom Byzantine) di bumi Constantinople".
Kemudian apabila keadaannya berada dalam keadaan cukup tenat, beliau berwasiat untuk dikuburkan di luar tembok Constantinople. Ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan di tembok tersebut, beliau berkata kepada panglima tentera Umaiyyah:
“Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda"
Kata-kata akhir daripada Abu Ayub tidak terhenti di situ tapi terus diingati Berita kematiannya semasa kempen di Constatinople tersebar seiring wasiat akhinya. Ia masih diingati dan terus menerus disebar secara lisan sehinggalah ke zaman pemerintahan kekhalifahan Turki Uthmaniyyah. Berkali-kali pemimpin muslim melancarkan serbuan ke atas kota Constantinople, namun tidak berjaya.
Kami bergambar dihadapan masjid.
Kami berjalan ke bangunan berhadapan dengan masjid, dimana jasad sahabat Rasullulah, Abu Ayyub Al Ansari R.A disemadikan.
Disini juga terdapat beberapa barang pameran yang menarik iaitu; 2 helai Janggut Rasullullah SAW, sehelai daun yang pokoknya ditanam oleh Rasullulah, sebiji batu dari perkuburan nabi dan bekas tapak kaki Rasullulah.
2 helai Janggut Rasullulah SAW
Batu dari perkuburan Rasullullah SAW
Tapak kaki Rasullulah SAW
17. Istanbul Dolphinarium
Kami seterusnya kembali menaiki Big Bus ke Istanbul Dophinarium. Setibanya kami di sana, kami lihat di situ agak lengang tidak seperti tempat-tempat lain yang ku lawati di Istanbul. Kami terus ke kaunter dan bertanya mengenai harga ticket. Harga ticketnya agak mahal, so kami buat keputusan untuk tidak masuk dalam Dalphinarium. Kami solat jamak-qasar di sini.
18. Miniaturk
Miniaturk merupakan salah satu taman miniature yang terbesar di dunia dengan keluasan 650,000 kaki per segi yang mengandungi sebanyak 122 model bangunan yang berskala 1:25. Kebanyakan model-modelnya ada binaan di yang terdapat di turki dan beberapa model binaan luar negara.
Ia dibuka setiap hari, bermula dari 09:00 pagi sehingga 07:00 petang. Bayaran dikenakan sebanyak 15 Lira. Bagi pemegang ticket Big Bus ianya adalah percuma.
Kawasan parking Miniaturk
Pintu Masuk
Pemandangan dari atas
Beberapa replika/model bangunan. Masjid di Anatonia.
Hagia Sophia
Blue Mosque
Mardin Stone House
Manisa Muradiye Mosque
The Remains of the Mt Nemrud in Adiyaman
Galata Mevlevi House Museum
Dek kerana terlalu khusyuk dan leka kami menghabiskan masa terlalu lama sehingga terlepas Big Bas terakhir di sini. Bas terakhir adalah pukul 4:30 petang tetapi kami keluar dari Miniaturk pada pukul 4:45 petang.
Kami terpaksa menaiki bas awam menuju ke Eminonu. Kami turun di Karakoy untuk menaiki Tunel menuju Beyoglu.
Kami bercadang untuk menaiki tram ke Taksim, malangnya tram sedang dibaikpulih. So, aku ambik gambar jer dulu dan esok kami akan datang lagi.
Kami sampai di Galata Mevlavi House, muzium ini ditutup pada hari Isnin. Silap planning betul.
19. Eminonu Fish Bread / Sandwich (Balik Ekmek)
Aku mengambil kesempatan untuk membawa mereka ke tepi laut di Eminonu untuk mencuba Balik Ekmek, Balik adalah ikan dalam bahasa Turki dan Ekmek pula roti.
Tepi pantai Eminonu
Komen pelanggan-pelanggan di sini
Eminonu
Kedainya di atas kapal tapi duduk di meja ditepi laut.
Roti Ikan - Fish Bread yang berharga 15 lira. Mereka menggunakan ikan kembung bakar lalu dimasukkan kedalam roti. Selain menu roti ikan terdapat kupang mentah yang dimakan mentah dengan asam limau berharga 70 lira. Mahalnya.
Kami terlihat beberapa anak-anak jalanan/ homeless berada di situ. Mereka menyelongkar lebihan makanan yang dibuang di dalam tong sampah.
Kami terharu melihat anak-anak ini, lalu kami membeli roti yang disalut nutela. Kami membahagi-bahagikan diantara mereka.
Anak ini pula meminta aku mengambil gambarnya.
Setelah makan kami pun pulang ke hostel dengan menaiki tram menuju ke Sultanahmet.
Selasa; 10 September 2019
20. Galata Mevlevi House Museum
Ini adalah cubaan kedua kedua setelah semalam museum ini ditutup. Kami menaiki tram dan kemudiaannya menaiki tunel untuk ke Galata. Bayaran sebanyak 10 lira.
Di Galata Mevlevihanesi Muzesi.
Terdapat sebuah perkuburan di sini diantara yang disemadi disini adalah Seyh Galib dan Halet Said Efendi.
Di hadapan bangunan museum (3 tingkat)
Mevlevi atau maulana dalam bahasa melayu, merupakan golongan ahli sufi. Tarikat Mevlevi berasal dari bandar Konya dan Anatolian, Turki. Rumah ini dibina pada tahun 1491.
Pakaian
Serban
Disini juga diadakan persembahan "sema" atau "whirling dervishes" pada setiap hari Ahad pada pukul 7:00 petang. Penjualan ticket dibuka pada hari sabtu dan pagi hari ahad dengan harga 100 lira.
Isteriku bertanya kenapa persembahan sema itu tidak sampai (tak ummhh!). Aku bagitau, dahulunya ahli sufi berzikir ikhlas kepada Allah sehingga mereka asyik/nikmat berzikir. Sekarang ini mereka commercialize kan amalan ini. Memang lah ia kosong, hanya sekadar berpusing-pusing.
21. Nostalgic Istiklal Caddesi Tram
Kami makan tengahari di sebuah restaurant berhampiran station Tunel.
Selepas makan, kami menaiki Nostalgic Tram yang melalui Istaklal Street yang sibuk dengan pengunjung dari Beyoglu Tunel Station ke Taksim Square sejauh 1 batu (1.64km).
Dalam Tram
Bersama pemandu tram
Kami sampai di Taksim Square
Perjalanan pulang
Video:
22. Hafiz Mustafa Cafe (1864)
Kami bersinggah di sebuah kedai kopi lama iaitu Hafiz Mustafa Cafe yang terletak berhampiran Station Tram Sekerci. Ianya beroperasi sejak 1864 semasa zaman Sultan Abdulaziz, Kerajaan Uthmaniyah. Ianya terkenal dengan pelbagai pilihan Turkish Delight dan Turkish Coffee.
Turkish Delight / Baklava
Minum Turkish Coffee
Aku melihat seorang lelaki turki sedang menjual bendera Turki dihadapan kafe ini. Aku membeli bendera Turki (saiz sederhana) dengan harga 20 Lira.
Kami berjalan kaki menuju ke Gulhane Park dari Hafiz Mustafa Cafe sejauh 500m melalui tepi laluan tram.
23. Gulhane Park
Gulhane bermaksud "Rose House" dalam bahasa Parsi. Ianya teletak di berhampiran pintu masuk Topkapi Palace. Ia merupakan taman tertua di Istanbul dan merupakan sebahagian dari kawasan istana. Dibuka kepada orang ramai pada tahun 1912.
Jalan menuju ke pintu masuk ke Topkapi Palace.
24. Istanbul Archaeological Museum
Ianya terletak bersebelahan dengan Topkapi Palace. Ianya buka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 9:00 pagi sehingga 7:00 petang. Ticket berharga 20 Lira. Ianya termasuk dalam pakej Museum Card.
Ianya boleh dibahagi kepada 3 bahagian iaitu; Museum Archeology, Ancient Orient Museum dan Islamic Art Museum (Tiled Kiosk Museum).
Ancient Orient Museum
Dimana terkumpulnya hasil peninggalan kerajaan lama seperti Kerajaan Assyrian, Hittite, Egyptian, Greek, Roman, Byzantine dan Uthmaniyah.
Archaeology Museum
The Alexander Sarcophagus
Ruangan dibahagian atas ditutup sementara waktu untuk pembaik-pulihan.
Islamic Art Museum (Tiled Kiosk Museum).
Restaurant Nur Muhammad
Dari museum, kami berjalan kaki menuju ke Restaurant Nur Muhammad sebelum kami pulang bersiap-siap kerana kami akan bertolak ke Sabiha Airport pukul 7:30 petang.
Kami berjalan-jalan ke restaurant.
Di restaurant
Setelah kami bersiap-siap, kami menunggu shuttle bus yang telah kami booked sehari sebelum dengan harga 13 Euro/ pax.
Bas sampai pada pukul 7:45 petang.
Kami menaiki penerbangan Pegasus Airline pada pukul 11:00 malam dan sampai di Kuwait pada pukul 02:30 pagi keesokannya.
--------------TAMAT----------------
test
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete