Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat seju...
KEMBARA MENCARI DIRI - (BOSNIA HERZEGOVINA - MONTENEGRO - CROATIA)
KEMBARA MENCARI DIRI
"Dari satu pengembaraan ke pengembaraan yang lain, sebenarnya aku sedang mengenali diriku dan Sang Penciptaku yang Maha Agong serta tanda-tanda keagonganNya melalui ciptaan-ciptaanNya yang Maha Sempurna".
Aku mengambil kesempatan sempena cuti Hala February, iaitu cuti sempena kemerdekaan Kuwait yang di sambut pada 25-26 February setiap tahun. Aku mengambil cuti selama 2 minggu dalam misi kami menjelajah di tiga negara Balkan iaitu Bosnia Herzegovina, Montenegro dan Croatia dengan memandu kereta yang kami sewa di Bosnia.
Pengembaraan ini sungguh bemakna buat kami. Waktu berlalu terlalu pantas. Pengalaman kami mengembara selama 11 hari.
Pengembaraan kami adalah seperti di bawah:
Perkataan-perkataan yang sempat aku catch dalam perjalanan:
Skola –
Sekolah
Huala –
Terima kasih
Pekara –
Kedai Roti
Izlaz – Keluar
Ulazna – Masuk
Pemerhatianku terhadap negara-negara tersebut:
Bosnia Herzegovina:
Pemandangannya memang superb.
Dia
org macam tak suka tawar menawar bila beli barang.
Hotel murah dan selesa - Anda boleh booking melalui Booking.com. Aku selalu booking on the way ke tempat tersebut bimbang takut tak sempat sampai.
Masjid ada dimana tetapi ada juga masjid yang dikunci. Tidak semua masjid digunakan untuk solat jemaah setiap hari. Ada yang digunakan hanya untuk solat Jumaat sahaja contoh Masjid Mehmed Pasha, Mostar.
Tasik Jablanica semakin semakin mengering.
Masyarakat Konjic kebanyakan warga tua
Matawang Bosnia (KM) - 1 Euro = 2 KM. Wang Euro boleh digunakan dimana mana.
Apartment paling best disepanjang trip ni adalah Apartment Tara Villa, Bihac dan Royal Town Apartment di Jajce. Highly recommended.
Restoren best dan murah di Old Town Sarajevo - Chipas
Kotor, Montenegro:
Tak banyak yang boleh komen sebab sekejap sangat berada di sana tapi apa yang boleh kami perhatikan mereka berjimat cermat dalam penggunaan electric kerana kami perhatikan rumah-rumah dan taman-taman di tak berapa terang pada waktu malam.
Croatia:
Matawang Croatia, Kuna (KN) - 1 Euro = 7.5 KN. Wang Euro boleh digunakan dimana-mana.
Makan halal agak susah di Dubrovnik, satu sahaja Taj Mahal, yang sangat mahal.
Negara Croatia berada di persisiran pantai macam Vietnam tapi banyak pantainya berada di bawah tebing yang tinggi.
Ikuti pengembaraan kami seterusnya
DAY 01
SELASA, 18 FEB 2020
KUWAIT
Terlebih dahulu aku telah menempah mini bas dari
Apps GoCity sehari sebelum kami bertolak. Teksi biasa tidak boleh memuatkan
bagasi kami yang agak banyak. Surprising harganya sangat murah dengan harga 7.5
KD dari Mangaf ke Kuwait International Airport. Ianya mampu memuatkan 12 orang
penumpang tapi kami hanya berempat sahaja. Tampang teksi ke airport biasanya
berharga 5.0 KD.
Perjalanan kali agak tenang kerana kami solat Maghrib
dan Isyak siap-siap di rumah sebelum bertolak ke lapangan terbang.
Bas sampai tepat pada pukul 8.00 malam
dan kami sampai di Kuwait International Airport 45 minit kemudian. Apa-apa pun
kami harus mengisi perut dahulu tambahan pula kaunter masih belum dibuka lagi.
Kami memperkenakan nasi mutton bryani di Royal Restaurant yang terletak di
tingkat Mezzanine di bangunan utama Airport. Alhamdullilah kenyang.
Usai makan kami bergerak menuju ke kaunter Pegasus Airline pada pukul 10:30
malam. Kami terpaksa menunggu di situ sebelum kaunter Pegasus dibuka untuk
check in pada pukul 11:15 malam. Penerbangan kami ke Sarajevo, Bosnia akan
transit di Istanbul (Sabiha Gokcen Airport) selama 8 jam, lama tu. Urusan di
Immigration dan Kastam di Airport Kuwait berjalan lancar kerana bilangan
penumpang di airport tidak terlalu ramai.
Sekali lagi aku berhenti di Canes, sebuah restaurant
kegemaranku. Seperti biasa aku akan memesan ayam goreng dan French Fried dengan
Sweet Tea. Aku mengambil masa untuk berbual-bual dan berbincang mengenai jadual
program kembara kami kali ini.
Cost:
Taxi – 7.50 KD
Meal – 4.05 KD
Total = 11.55 KD
DAY 02:
RABU, 19 FEB 2020
KUWAIT – SARAJEVO, BOSNIA & HERZEGOVINA
TOTAL DISTANCE: 11 KM
Kami boarding pada pukul 1:00 pagi melalui Gate No.4
dan take off sejam selepas itu. Kami menaiki penerbangan PC859 ke Istanbul yang
mengambil masa selama 4:00 jam. Waktu di Istanbul dan Kuwait adalah sama (3
GMT). Aku menempah ticket yang lebih mahal sedikit untuk mendapatkan tempat duduk yang lebih selesa dan kouta berat bagasi yang lebih sedikit (20KG). Pegasus Airlines merupakan penerbangan tambang murah milik Turkey. Sebetulnya aku agak cuak juga menaikinya kerana 2 minggu lepas telah berlaku satu insiden di mana sebuah kapal terbang Pegasus telah terputus 3 gara-gara hard landing yang telah meragut 3 nyawa dan mencederakan 179 orang penumpang yang lain. Anda boleh ikuti beritanya di: https://www.businessinsider.com/turkey-plane-crash-pegasus-airlines-istanbul-2020-2. Kami berserah kepada Allah, tuhan pemilik langit dan bumi.
Di Kuwait International Airport
Aku tidur di sepanjangpenerbangan kerana terlalu mengantuk kerana sehari sebelum itu aku tidur agak
lewat untuk menguruskan segala persiapan yang masih belum selesai lagi.
Kami sampai di Istanbul tepat pada pukul 6:00 pagi.
Alhamdullilah waktu solat subuh di Turkey pagi ini adalah pada pukul 6:30 pagi.
Aku mengambil keputusan untuk keluar Airport kerana kami akan transit di sini
agak lama. Kami seterusnya bergegas ke Masjid yang terletak di ground level
(sebelah kanan) bangunan utama airport yang berhampiran dengan sebuah mini
market.
Kami bersiar-siar di bahagian luar airport untuk
menikmati suhu dingin dan nyaman diluar. Suhu pada pagi sekitar 7 degree C.
Apabila kami berbual-bual, asap berkepul-kepul keluar dah macam isap vape.
Kami
bergambar di kawasan sekitar. Jam 10:30 pagi kami masuk kembali ke dalam
airport dan menuju ke kaunter check-in di Kaunter “D”. Gate untuk penerbangan
ke Sarajevo, Bosnia belum lagi dipastikan sehingga jam 12:30 tengahari, jadi
terpaksa lah kami berehat di food court yang terletak di tingkat M. Kami memesan
sekeping pizza.
Kami terusnya menuju ke Gate 307B untuk ke Bosnia.
Penerbangan delayed selama 10 minit. Kami menaiki penerbangan PC291 pada pukul
2:00 petang yang mengambil masa selama 2 jam (Perbezaan waktu antara Istanbul
dan Bosnia adalah 2 jam)(1 GMT).
Airport Sarajevo agak kecil dan simple sahaja. Urusan
immigration dan kastam berjalan lancar dan kami terus mengambil bagasi.
Dalam
masa yang sama, Zenar dan isterinya telah berada diluar untuk menyerahkan kunci
kereta sewa yang kami telah tempah dari beliau. Harga sewa kereta Volkswagen
Auto adalah 100 KM sehari. Anda jangan sesekali konfius kerana symbol matawang
Bosnia adalah KM. Aku terlebih dahulu menukarkan wang sebanyak 1000 Euro ke KM
(1 Euro = 1.955 KM).
Setelah Zenar menerangkan serba sedikit mengenai
kereta sewa, kami meneruskan perjalanan ke homestay kamiyang terletak berhampiran Old Town Sarajevo.
Kami sampai di sini pada pukul 3:30 petang. Kawasan di sini agak berbukit dan
jalannya agak sempit. Gerun dibuatnya apabila hendak parking kereta di kawasan
Homestay. Aku meminta pemilik homestay itu, Nihad untuk membantuku meletakkan
kenderaan di parking yang sempit itu. Isteri beliau, Nejra telah membawa kami
ke bilik kami yang terletak di tingkat 2, agak tercungak juga dibuatnya untuk
mengangkat beg-beg kami yang agak besar. Setelah selesai solat jamak takhir
zohor dan asar kami berjalan kami menuju ke Old Town Sarajevo yang terletak
tidak jauh dari tempat penginapan kami.
Masjid Bark-babina
Kami melewati masjid Bark-babina yang terletak
seberang jalan utama. Terdapat sebuah kawasan perkuburan di sekitar masjid.
At Mejdan
Kami melalui sebuah taman kecil iaitu, tamanAt Mejdan. Di tengah-tengah At Mejdan
terdapat sebuah bangunan kayu yang dipanggil Music Pavillion. Ianya telah
dibina oleh kerajaan Austro-Hungarian pada tahun 1911 yang ilhamkan oleh
arkiteknya Josip Pospisil. Dahulunya yang terletak berhampiran dengan kawasan
tentera. Ianya telah digunakan sebagai tempat persembahan music oleh angkatan
tentera pada hari cuti. Bangunan ini telah terbakar pada tahun 1941 dan telah
dibina kembali pada tahun 2004.
Latin Bridge
Jambatan ini menyaksi pergolakan di masa silamnya. Apa
awalnya ianya dibina menggunakan kayu dan ditukar kepada jambatan batu pada
tahun 1565 yang telah didana oleh Ajnibey. Jambatan yang dapat dilihat sekarang
telah dibina pada tahun 1798 yang telah ditaja oleh Haji Abdullah Briga. Ianya
dinamakan Latin sempana namanya “Sarajevo borough Latinluk” ataupun “Frenkluk”
yang bermaksud “Di sebelah tebing kanan Miljacka”. Dahulunya ia telah didiami
oleh pedagang Catholic dari Dubrovnik, Croatia. Berhampiran dengan Latin Bridge
ini berlaku pembunuhan anak raja Austro-Hungarian iaitu Franc Ferdinand dan
isterinya, Sofia oleh Gavrillo Princip (orang Serbia) pada tahun 1914 dan lepas
itu berlakulah peperangan dunia pertama.
Muzej Sarajevo 1878-1918
Musium ini telah menyimpan sejarah mengenai kejadian
pembunuhan anak raja Austro-Hungarian iaitu Franc Ferdinand dan isterinya,
Sofia oleh Gavrillo Princip (orang Serbia) pada tahun 1914.
Old Town Sarajevo
Masjid Muslihudin Cekrekcija
Kami menyusuri lorong-lorong dan jalan-jalan di
sekitar Old Town Sarajevo. Aku membeli fridge magnet dan cenderamata di sini.
Setelah azan Maghrib dikumandangkan kami terus bergegas ke Masjid Muslihudin
Cekrekcija untuk solat Maghrib dan jamak Isyak. Hanya aku seorang yang solat
disini dan yang lain ini bersolat di bilik sahaja nanti.
Masjid ini merupakan masjid berkubah yang kedua terawal dibina di kawasan Bascarsija pada tahun 1526 yang telah diwakafkan oleh Haji Mustafa Ishakov.
Bascarsija
Bascarsija telah dibina pada kurun ke-15th oleh
Isa-Beg Isakovic, pengasas bandar ini. Perkataan “Bascarsija” berasal dari
bahasa Turkey dari gabungan “bas” yang bermaksud “utama/pusat”dan “carsi” bermaksud
“bazaar” atau “market”. Pada kurun ke-19 berlaku kebakaran besar disini yang
telah meranapkan hampir separuh bahagian bazaar ini yang kita dapat perhatikan
sehingga sekarang. Bascarsija terletak di sebelah utara tebing sungai Miljacka,
terletak dibawah municipality of Stari Grad. Di Bascarsija terdapat beberapa
bangunan-bangunan bersejarah seperti Masjid Gazi Husrev-beg dan sahat-kula. Ianya
merupakan tarikan utama pelancong di Sarajevo.
Ronda-ronda Old Town
Buregdzinica Restaurant
Burek adalah satu makanan yang famous di Bosnia, ianya dibawa dari Turki ke negara-negara Balkan semasa zaman kegemilangan kerajaan Uthmaniyah. Ianya seumpama murtabak yang berintikan daging ataupun ayam yang digaulkan bersama bersama-sama cheese. Sungguh enak di makan panas-panas dalam kedinginan malam musim dingin. Harganya agak murah, 3 potong burek bersama 2 cawan hot chocolate dan Bosnia Coffee berharga 3KM (1.5 Euro). Kalau anda mengunjungi Old Town jangan lupa dapatkan.
xxxxx
Bosnia Coffee
Sarajevo Meeting of Cultures
Merupakan tanda pertemuaan dua budaya yang menghubungkan Timur dan Barat di mana kawasan ini menyatukan masyarakat Islam, Yahudi dan Kristian. Ada boleh perhatikan disini terdapat Masjid Gazi Husrev (1531), The Old Orthodox Church (1539), Old Jewish Temple (1581), Latin Bridge (1565), Brusa Bezistan (1551), Cathedral of Nativity of Theotokos (1863), The Sacred Heart Catheral (1889) dan City Hall (1894).
Masjid Gazi Husrev-beg
Merupakan sebuah masjid terbesar di Sarajevo yang dibina bercirikan architecture Kerajaan Uthmaniyah. Ianya merupakan "Heart of Old Town". Ianya dibina pada tahun 1531. Kawasan skitar masjid sungguh cantik dengan tempat mengambil wuduk yang sangat unik sama seperti Masjid Blue Mosque di Istanbul, Turkey. Anda boleh perhatikan Clock Tower dan beberapa lagi tempat ibadat masyarakat Kristian dan Yahudi disini. Tandas yang terletak diluar pagar masjid (sebelah kiri)
Masjid Ferhadija
Sebuah masjid kecil yang terletak di Old Town Sarajevo. Masjid ini juga dikenali sebagai Ferhat-Pasha Mosque. Ia juga dibina pada abad ke-16 yang dibina berasaskan senibina Kerajaan Uthmaniyah. Terdapat sebuah menara, sebuah kubah besar dan 3 buah kubah kecil dihadapannya. Yang dapat aku perhatikan kebanyakan masjid-masjid di sini terdapat kawasan perkuburan di dalam pagar masjid. Aku sempat perhatikan ada yang berhenti diluar pagar sambil berdoa sambil berdiri di sini. Aku rasa masjid negara kita harus dibuat seperti ini. Mengingatkan masyarakat dengan kematian ini tidak asalkan kubur mesti dikaitkan dengan hantu.
Taslihan
Ianya merupakan sebuah inn lama ataupun caravansarai yang telah dibina oleh Datuk Bandar Bosnia iaitu Gazi Husref-bey pada tahun 1543. Taslihan bermaksud batu, dimananya dibina oleh Senibina dari Dubronik, Croatia. Bangunan 2 tingkat ini mempunyai kandang kuda di ground level yang boleh memuatkan 70 ekor kuda. Di tingkat satu pula menempatkan 30 buah bilik dimana setiap biliknya mempunyai corong asap (chimney) dan sistem pemanasannya sendiri. Ianya adalah percuma. Kini yang tinggal hanyalah dinding-dinding yang masih utuh.
Semasa kami sedang meninjau-ninjau kawasan ini, kami telah disapa oleh seorang Melayu. Terkejut dibuatnya. Kami telah di sapa oleh Duta Malaysia di Bosnia Herzegovina, TYT Zakri Jaafar. Beliau sempat berpesan kepada kami supaya berhati-hati dengan pick pocket di kawasan tersebut. Beliau menghadiri mesyuarat di Hotel Europe yang berhampiran Taslihan. Aku terlupa untuk mengambil gambar bersama-sama beliau.
Morica Han
Morica Han merupakan sebuah lagi inn di Old Town yang masih lagi diperlihara (well-preserved) dengan sangat baik. Ianya dibina semasa zaman kegemilangan Uthamaniyah. Sekarang ia ditukarkan menjadi bazar yang menempatkan coffee shop, kedai menjual karpet dan lain-lain lagi. Terdapat ramai penduduk tempatan terutamanya golongan muda menghabiskan masa minum kopi bersama-sama teman mereka. Kopi Bosnia dipanggil "cejf" memang sungguh enak diminum ditambah pula suasana taman di malam yang dingin
Kami ke tandas Masjid Ghazi Beg yang terletak
diseberang jalan.
Kami
bersarapan pagi di bilik sahaja. Menunya cukup menarik, nasi berlaukkan sambal
ikan bilis yang kami bawa dari Kuwait.
Hari cuaca agak mendung dan suhu jugak agak rendah.
Kami boleh perhatikann puncak gunung yang berhadapan dengan bilik kami memutih.
Jelas kelihatan salji di puncak gunung tersebut.
Setelah bersiap-siap dan kami turun ke bawah untuk
mengambil kunci kereta dari Nihad kerana semalam kami telah menyerahkan kunci
kereta kepadanya kerana kereta kami menghalang kereta mereka. Kawasan parking
homestay ini terlalu kecil dan berada di kawasan lereng kaki bukit. Agak lama
juga, kami cuba menghubungi Nihad dan isterinya Najra tapi gagal, akhirnya aku
meneleponnya dengan menggunakan talian Zain Kuwait kerana Whatsapp call tidak
dijawab. Alhamdullilah berjaya menghubungi mereka.
Aku memberitahu Nihad tentang program kami pada hari
ini. Pada mula-mula, aku bercadang ini menaiki kereta cable di Sarajevo untuk
menaiki gunung Trebevic untuk melihat pemandangan indah Sarajevo dari gunung
tersebut. Station Cable Car hanya beberapa ratus meter berjalan kaki dari Old
Town Sarajevo.
Aku juga bertanya samaada di puncak tersebut terdapat
salji atau tidak. Beliau memberitahu kemungkinan ada tetapi terlalu sedikit.
Dia mencadangkan kami ke Bjelasnica yang terletak 30 km dari Sarajevo sambil
menunjukan aku video live pemandangan dari internet handpon ku.
Tunnel of Hope
(Butmir) / Tunnel Spasa.
Kami bertolak dari homestay menuju ke Tunnel of Hope
yang terletak berhampiran lapangan terbang Sarajevo pada pukul 9:00 pagi. Kami
berhenti seketika untuk mengisi penuh minyak (Diesel) kereta ku (2.16 KM per
liter)(95.9 KM).
Pemandangan dari station Minyak Neskovic yang terletak
dilereng bukit dan menghadap ke Vraca Memorial Park yang sungguh cantik. Aku
mencadangkan untuk kami berehat seketika di sini untuk melihat pemandangan.
Kami memesan minuman panas; hot chocolate dan Coffee Latte di sini sambil
menyaksikan pemandangan indah di sini.
gopro3170
Kami meneruskan perjalanan ke Tunnel of Hope dan
sampai di sana pada pukul 10:00 pagi. Bayaran parking dikenakan sebanyak 2 KM
per entry. Kami bergambar dihadapan bangunan rumah 2 tingkat yang ditukarkan
menjadi sebuah museum. Bayaran masuk dikenakan sebanyak 10 KM per person. Anda
boleh perhatikan kesan tembakan pada dinding rumah tersebut.
gopro3213
Kami menuju ke bilik tayangan video dibangunan baru di
belakang museum. Video tersebut menayangkan sejarah pembinaan terowong yang
sejauh 800m. Peperangan di Bosnia Herzegovina berlaku pada 06 April 1992 sehingga 14 December 1995 selama 3 tahun 8 bulan 1 minggu 6 hari (1425 hari) yang telah mengorbankan seramai 11,541 orang penduduk Bosnia. Ianya tercetus setelah tumbangnya Kesatuan Yugoslavia membentuk negara-negara merdeka iaitu Slovenia, Croatia, Bosnia & Herzegovina, Serbia, Montenegro, Kosovo dan Macedonia. Keadaan menjadi parah apabila kerana demografik penduduk Bosnia yang agak runcing di mana terdapat 3 kaum berbeza walaupun raup wajah mereka sama iaitu Muslim Bosniak (44%), Orthodox Serbs (32.5%) dan Catholic Croats (17%) yang menyebabkan berlakunya pergeseran dalaman.
Negara Serbia telah melancarkan peperangan terhadap Bosnia dalam usaha mereka untuk mendapatkan bahagian utara Bosnia dan dibantu juga dengan Kaum Serbs Bosnia (Orthodox Serbs). Manakala di Selatan Bosnia pula Croatia cuba merampas bahagian selatan dengan bantuan Bosnia Croat (Catholic). Bosnia telah diserang dari atas dan bawah serta dalaman. Berlaku juga situasi berat sebelah dalam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam usaha mereka meredakan peperangan tersebut.
Terowong ini telah dibina di dalam rumah dua tingkat milik keluarga Kolar. Pengalian bermula pada March sehingga June 1993 yang menghubungkan kawasan Butmir dengan Dobrinja sepanjang 800m melalui bawah tanah landasan kapal terbang UN yang digezekkan sebagai Zon Hijau. Bantuan perubatan, makanan, ketenteraan dan sebagainya telah disalurkan melalui torowong ini
Setelah tayangan berakhir kami menuju ke kawasan pameran jerangkap samar. Kami kemudiaan
ke bangunanutama untuk masuk ke dalam
terowong.
Kami memasuki museum dibahagian atas terowong yang menyimpan koleksi-koleksi barang-barang yang terlibat semasa terowong ini beroperasi.
Kami seterusnya ke kedai cenderamata yang terletak
berhampiran tayangan video tadi. Seperti biasa aku akan membeli buah buku
mengenai sejarah tempat-tempat yang aku kunjungi. Di samping itu juga aku
membeli poster yang menunjukan kedudukan tentera Serbia yang telah mengepung
Sarajevo dan kedudukan terowong Tunnel of Hope.
Kami sempat menemubual cashier kedai mengenai tuan
rumah, keluarga Kolar yang telah mewakafkan rumahnya untuk dijadikan terowong.
Tuan rumahnya masih hidup dan sekarang ini beliau berusia 90 tahun. Rumah ini
telah dijual kepada kerajaan Bosnia Hezgorvania untuk dijadikan museum.
Tanpa kami sedari 2 jam telah berlalu begitu pantas
meninggalkan kesan yang mendalam buat kami sekeluarga.
Bjelasnica Mountain
Ianya terletak 22km dari Tunnel of Hope. Demi melihat
salji yang memutih, aku memandu naik ke Bjelasnica. Pada pertengahan jalan
ketika mendaki gunung tersebut kami dapat perhatikan salji di kiri dan kanan
jalan. Salji mulai turun. Kami sampai di sana pada pukul 12:30 tengahari.
Fathiha dan Fairuz terlalu gembira dapat melihat dan memegang salji.
Aku mengajak semua untuk menaiki cable car. Terdapat
ramai pengunjung yang datang ke sini untuk bermain ski. Kami tercari-cari
kaunter menjual ticket, rupa-rupanya ia terletak di bawah iaitu berhampiran
parking kereta. Anda boleh perhatikan sebuah bangunan kayu berhampiran parking
kereta yang tertulis “Ski Kasa”.Ticket
untuk menaiki kereta cable agak murah iaitu 10 KM seorang (5 Euro). Fathiha dan
Fairuz agak excited dapat menaikinya. Isteriku pulak agak berdebar-debar dan
bimbang dengan kesejukan yang melampau di puncak nanti.
Kereta cable ini bergerak perlahan-lahan menaiki
Bjelasnica. Video pemandangan dari cable car adalah seperti berikut. Kami
sampai di puncak dalam masa 10 minit. Di puncak sangat sejuk, cuba anda
bayangkan di parking sahaja suhu sudah mencapai -2 degree C, aku rasa di puncak
mungkin dalam -5 degree C. Salji turun sangat lebat dan berangin apabila kami
sampai. Muka terasa kebas.
Kami tidak berhenti di puncak. Kami hanya membuat
u-turn dan terus turun. Secara jujur menuruni gunung lebih menyeramkan dari
mendakinya. Penghilangan agak kabur kerana angin bertiup kencang dan sajli
turun dengan lebatnya.
Setelah berehat di restaurant beberapa ketika. Fathiha
memberitahuku untuk merasai (makan) salji. Aku bilang..go head jer. Terus di
ngap dengan bismillah. Payau dia kata. Tergelak aku melihatnya.
Kami
bersama-sama membuat Olaf, iaitu satu karaktor di cerita kartun kanak-kanak
yang agak famous iaitu “Frozen”.
Semasa kami menuju ke parking kereta, kami telah
disapa oleh seorang wanita tempatan yang berusia dan begitu ramah. Sebetulnya
beliau begitu teruja apabila melihat kami sebagai warga Malaysia yang merupakan
negara terawal yang telah membantu Bosnia semasa dalam peperangan pada tahun
1992-1995. Beliau adalah Dr. Ferida Cengic Hukovic merupakan doctor pakar yang
bertugas di Sweden. Beliau menceritakan pengalaman ngeri semasa peperangan,
dimana beliau telah tercedera dan dibawa ke Sweden untuk mendapatkan rawatan.
Beliau meneruskan pelajaran Medic di Sweden dan
mendapat 2 kerakyatan iaitu Bosnia dan Sweden. Dari perbualan kami, aku dapat
rasai semangat patriotic didalam jiwa. Beliau sangat berharap dapat bertemu
apabila kami pulang ke Sarajevo nanti. Beliau akan pulang ke Sweden pada 5
March nanti.
Vrelo Bosne
Kami bergerak menuruni Bjelasnica pada pukul 2:40
petang menuju ke Velika Aleja. Kami sampai disana agak lewat dan disitu jugak
sunyi. Aku pun membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan menuju ke Vrelo
Bosne. Vrelo Bosne merupakan sebuah taman awam (Public Park) yang mana merupakan punca Sungai Bosna. Ianya terletak di kaki Bukit Igman.
Kami sampai pada pukul 3:25 petang. Bayaran parking
dikenakan sebanyak 2KM sejam ataupun 5KM untuk tiada had waktu. Aku bayar 5KM
sebab tidak tahu berapa lama kami akan berada di sini. Bayaran masuk ke taman
ini adalah 2KM seorang.
Kawasan taman sangat redup kerana dipenuhi pokok-pokok
yang tumbuh tinggi. Pemandangan di sini sungguh cantik.
Kami segera mengambil wuduk untuk bersolat jammak
asar-zohor di sini kerana hari pun dah semakin gelap. Tiada kemudahan surau dan
keadaan tandas di sini juga kurangkan memuaskan. Kami bersolat di bawah pohonan
kayu.
Setelah solat kami bersiar-siar di Taman ini. Sungainya
cetek tapi mengalir laju. Keindahannya ditambahkan lagi dengan pemandangan
jambatan-jambatan kayu menyebarangi sungai. Terdapat sebatang sungai yang
kehijauan disebabkan dasarnya ditumbuhi sejenis pokok paku pakis yang hijau.
Terdapat beberapa ekor angsa bermain-main di sungai.
Terdapat rumah angsa ditengah pulau.
xxxx
Terdapat sebuah restaurant di sini tapi sudah ditutup
semasa kami sampai di situ.
Kami bergerak pulang pada pukul 5:00 petang.
Chipas Restaurant
Kami sampai di homestay pada pukul 6:00 petang. Waktu
maghrib telah masuk. Kami terus menemui Nihad dan Isteri yang sedang sibuk
menyiapkan bilik homestay mereka yang dalam proses renovation. Aku menyerahkan
kunci kereta kepadanya kerena kedudukan kereta kami menghalang kenderaan yang
lain.
Aku meminta pandangan Najra mengenai restaurant yang
terbaik di sini yang ada menyediakan nasi. Dah nak buat macam mana dah lidah
Melayu, tak sah kalau tak makan nasi sehari. Beliau mengcadangkan kami ke
Chipas yang terletak di tepi Cathedral.
Ruang makannya terletak di tingkat 1 dan agak luas dan
selesa. Pada pemikiranku harga makanan di sini pastinya mahal tapi terkejut aku
melihatnya harganya sangat murah iaitu kebanyakan makanannya berharga 4.50 KM
sahaja.
Aku dan Fathiha memesan Piletina Diablo, isteri Piletina
Alfredo dan Fairuz pula dengan Rizoto sa Piletino
Buregdzinica
Aku mengajak semua untuk pekena Bosnia Coffee yang
best kat sini sampai menghirup udara dingin malam. Kami sampai di hotel pada
pukul 9:00 malam. Nihad telah menyerahkan kunci keretaku. Aku bersalam-salaman
dengannya kerana kemungkinan besar kami tak bertemu esok kerana kami akan
bergerak awal esok. XXXX
Malam ini aku tidur agak lambat kerena menyiapkan
travelog harian ku. Aku melelapkan mata pada pukul 2:30 pagi.
Cost
1.Fuel – 95.9 KM
2.Meal – 11.0 KM + 2KM + 6 KM+ 14 KM + 18 KM + 12 KM = 63 KM
3.Entrance Fee – 40 KM + 40 KM + 8 KM = 88 KM
4.Buku/ goodies – 34 KM
5.Parking – 2KM + 5 KM = 7KM
Total = 287.9 KM
DAY 04:
JUMAAT, 21 FEB 2020
SARAJEVO – MOSTAR
TOTAL DISTANCE: 135 KM
Harini kami semua bangun awal kerana kami harus bersiap sedia untuk
check out homestay dan meneruskan pengembaraan kami ke Mostar yang terletak di
selatan tanahair iaitu dalam jajahan Herzegovina. Seperti biasa, kami bersarapan
di bilik dengan menu nasi putih dan sambal ikan bilis.
Mostarmerupakan sebuah negeri yang paling panas dalam seluruh Bosnia. Ia mempunyai klimak
Mediterranean. Suhusummernya agak panas
mencecah 45 degree C dan salji turun di sini agak mustahil.
Kami memulakan perjalanan pada pukul 7:30 pagi. Suhu
pada pagi ini adalah -2 degree C.
Old Stone Bridge, Konjic
Kami bergerak keluar ketika ramai diantara warga
Sarajevo bergegas ke tempat kerja masing-masing. Trafik teruk juga kerana
terdapat banyak traffic light. Keluar dari pusat Bandar Sarajevo kami menaiki
Highway A1. Kami telah dihidangkan dengan pemandangan desa-desa sepanjang
jalan. Rumahnya mempunyai kawasan yang agak luas. Mereka mengusahakan
pertanian.
Kami berhenti seketika di station minyak Holdina untuk
mengisi angin tayar kerana aku perasan dari Sarajevo tayarnya agak kempis.
Alhamdullilah tak bocor. Aku mengajak semua untuk minum terlebih dahulu di
sini. Coffee Latte dan Hot Chocolate menjadi pilihan kami.
Bayaran tol dikenakan sebanyak 2.5 KM.
Kami meneruskan perjalanan melalui lereng-lereng
gunung dan melalui beberapa buah torowong. Ada sesetengah kawasan di situ,
terdapat tompokan-tompokan salji yang putih. Kami sampai di Bandar Konjic pada pukul 9:40
pagi. Kami berhenti dan parking kenderaan di kawasan berhampiran dengan Old
Stone Bridge, Konjic.
Mengikut catatan pada yang terdapat pada jambatan.
Ianya telah dibina pada tahun 1682 semasa ianya terletak dibawah jajahan
kerajaanIslam Uthmaniyah semasa
pemerintahan Sultan Mehmet’a IV. Kami bergambar di atas jambatan.
Kami dapat
perhatikan penduduk Bandar Konjic kebanyakan adalah warga tua. Anda boleh
perhatikan.
xxxx
Lake of Jablanica
Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di
tepi jalan untuk mengambil gambar. Aku dapat perhatikan paras air tasik
tersebut menurun terlalu drastic. Banyak rumah-rumah tumpangan/ homestay yang
telah ditutup. Kami bergambar.
Jamek Gradska, Jablanica
Kami sampai di Jablanica pada pukul 12:00 tengahari.
Aku berhenti di masjid ini untuk bersolat Jumaat dii sini. Ahli keluargaku yang
lain menunggu ku di taman kanak-kanak bersebelahan dengan masjid. Kami terus
mengerjakan solat jammak asar selepas solat jumaat di masjid ini.
Restaurant Kovacevic
Kami berhenti di sini untuk makan tengahari. Menu
utama kami adalah Kambing golek dan Kebab. Kami makan sambil memerhatikan
sungai Neretva yang agak kehijauaan airnya. Bayarannya adalah 79.0 KM.
Apartment Solis
Aku telah menempah bilik yang berhampiran Old Town
Mostar semasa makan di Restoren Kovacevic. Antara criteria yang aku highlight
semasa memilih bilik adalah hotel/apartment yang mempunyai parking yang khusus.
Setelah menempahnya melalui Booking.co, aku terus
menghantar email dan Whatsapp kepada pemiliknya iaitu Narcis Micijevic, seorang
Muslim Bosniak untuk sahkan bilik buat kami.
Kami sampai pada pukul 3:15 petang. Keluarga ku terus
bersolat jamak kerana masa terlalu panas. Kebanyakan kedai-kedai old town
Mostar akan ditutup pada pukul 5:00 petang. Semsa kami melaluinya,
pekedai-pekedai sedang sibuk untuk mengemas barang-barang dan menutup gerai masing-masing.
Stari Most
SeteJarak di antara hotel dengan center of Old Town
adalah 550 meter. Kami bergerak menuju ke Museum of War and Genocide Victims
yang terpapar dipintu utama mengenai waktu perkhidmatannya adalah 9 pagi – 9
petang. Malangnya museum ditutup pada waktu ini.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Stari Most. Stari Most merupakan sebuah jambatan yang dibina pada tahun 1557 (9 tahun pembinaannya) oleh Sultan Uthmaniyah ketika itu iaitu Suleiman the Magnificent oleh murid architect Uthmaniyah yang terkenal iaitu Mimar Sinan iaitu Hajruddin. Jambatan ini telah dihancurkan semasa peperangan Bosnia pada tahun 1993 dan dibina semula pada tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada 23 July 2004 dengan menelan kos sebanyak 15.5 juta USD.
Sungai Neretva
Kami menuruni tangga untuk sampai kebawah untuk melihat dengan lebih jelas Sungai Neretva yang berwarna kehijauan. Sungguh cantik. Terdapat anak-anak penduduk tempatan yang sedang bermain-main di gigi-gigi air. Pemandangan senja yang sungguh menarik. Aku bergambar di sini.
Crooked Bridge
Ianya telah dibina pada pertengahan kurun ke-16 (1558). Dulunya ianya agak penting kerana menghubungkan Utara, Selatan, Timur dan Barat. Ianya menjadi menjadi pusat keselamatan untuk mengawal lalu-lintas ke Jambatan Stari Most. Ianya dibina sepanjang 8.43m dengan ketinggian 4.21m dengan menggunakan "Teneja" iaitu batu yang dengan menggunakan tangan. Jambatan ini juga runtuh akibat peperangan dan kemudiaannya dibina semula oleh UNESCO pada tahun 2002.
Masjid Nesuh-Aga Vucjakovic
Hari sudah mulai gelap. Kedengaran suara azan bergema dengan jelas semasa kami berjalan pulang ke Homestay. Aku mengambil keputusan untuk singgah dan solat
Maghrib-Isyak Jamak di Masjid Nesuh-Aga Vucjakovic yang terletak berhampiran jalan utama di Bandar Mostar.
Setelah solat, kami meneruskan perjalanan pulang. Kami berhenti seketika di sebuah pasaraya untuk membeli beras, French fried dan air sebagai bekalan dalam perjalanan kami.
Cost:
1.Fuel – 23.90 KM
2.Meal – 11.6 KM + 9 KM + 10 KM + 8 KM = 38.6 KM
3.Hotel – Euro 50.00
4.Entrance Fee – 0 KM = 00 KM
5.Buku/ goodies – 25 KM
6.Parking – 0.00 KM = 0 KM
7.Tol – 2.5 KM
Total = 90 KM
DAY 05:
SABTU, 22 FEB 2020
MOSTAR - KRAVICE
TOTAL DISTANCE: 68 KM
Kami bersarapan pagi di bilik dengan menu sardine dan
sambal ikan bilis. Cukup menyelerakan. Kami bersiap-siap dan memasukkan semua
bag kedalam kereta. Kami keluar rumah pada pukul 7:30 pagi, kebetulan kami
bertemu dengan Narcis, aku terus menyerahkan wang bayaran bilik dan menyerahkan
terus kunci kerana bimbang kami akan terlewat nanti. Beliau menghadiahkan kami
fridge magnet dengan logo Solis Apartment. Kami berjalan kaki menuju ke Museum
of War and Genocide Victims untuk mencuba nasib sekali lagi, ternyata memang
museum tidak dibuka buat masa sekarang.
Kami bergambar di kawasan sekitarnya
xxxxx
Pasar
Sayur-sayuran Mostar
Kami terlihat sebuah pasar sayur-sayuran semasa menuju
ke museum. Kami singgah sebentar di sini untuk memerhatikan apa yang dijual
disini. Terdapat beberapa buah gerai yang menjual sayur, madu, buah-buahan,
madu, teh dan sebagainya.
Aku berhenti di gerai Pak Ali untuk membeli madu
berbagai perisa pelbagai pilihan (3 botol dengan harga 10 KM) dan buah tin (2
KM). Aku bergambar dengan beliau dan tiba-tiba dia tukar pakai topi untuk
matching kan dengan bajunya..hehehe.
Kami membeli buah limau kecil sekilo (2 KM) dengan mak
cik gerai sebelah.
Koski
Mehmed Pasha Mosque
Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Mehmet Pasha yang
terletak 100m sebelum jambatan Stari Most. Masjid ini dibina pada tahun 1617.
Nama masjid ini diambil sempena nama pengasasnya Mehmet koski Pasha. Ianya
terletak ditebing sungai Neretva.
Bayaran masuk untuk pelawat adalah 6 KM (3 Euro) dan 12
KM bagi yang ingin menaiki menara masjid hingga ke kemuncaknya. So saya beli 2
untuk lawatan biasa dan 2 lagi untuk panjat menara tersebut dengan harga 30 KM
(dia bagi discount).
Kami telah di bawa ke ruangan dalam masjid oleh Acir iaitu
penjaga masjid. Mengikut beliau dekorasi dalaman dikekalkan dari asal kerana
bahagian dalam tidak terkesan dari peperangan. Ia diletakkan di UNESCO dan
digunakan untuk solat dan juga dibuka untuk kunjungan pelawat. Tiada solat
berjemaah di sini kecuali gunakan untuk solat jumaat sahaja.
Dahulunya ia merupakan sebuah kompleks dimana
terdapatnya masjid, madrasah, kawasan perkuburan, perpustakaan, rumah imam dan
didirikan rumah-rumah sekitarnya. Masjid akan bina apabila bunyi azan tidak
didengari pada satu-satu kawasan kerana pada masa itu system pembesar suara
belum lagi wujud. Menurut beliau terdapat lebih kurang 36 buah kompleks masjid
sebelum peperangan dan hanya 25 buah kompleks sahaja yang berjaya dipulihkan
selepas peperangan.
Beliau menceritakan mengenai Sungai Neretva yang
suhunya adalah sama 16 degree C semasa winter ataupun summer. Sungai ini telah
menjadi satu sempadan di antara kaum muslim dan kristian Catholic. Mengikut
beliau Presiden akan dilantik setiap 12 tahun mengikut giliran di antara
masyarakat Islam Bosniak, Christian Catholic Croatian dan Christian Ortordox
Serbian. Beliau menceritakan kesusahan yang dihadapi oleh mereka pasca perang.
Peperangan 1992-1995 adalah peperangan 3 penjuru. Peperangan yang menguatkan iman-iman mereka merupakan suatu
hikmah yang tak terhingga.
Kami bergambar bersama-sama.
Kami menaiki sebanyak 89 anak tangga untuk sampai
kemuncak menara. Laluaan agak sempit. Anda harus berhati-hati lebarnya hanya
1.3m. Dahulunya muezzin akan menaikinya untuk melaungkan azan.
Pemandangan yang cukup menarik apabila berada di
puncak menara. Aku merakamkan video untuk tontonan anda semua. Sekiranya anda
berkesempatan kesini, jangan lepaskan peluang untuk menaikinya.
Setelah turun ke bawah, kami ke gerai jualan cenderamata yang terletak di perkarangan masjid. Kami membeli sedikit barangan cenderamata sebagai kenangan buat kami berada di sini dan membantu masyarakat muslim di sini. Aku membeli satu set teko kopi Bosnia, selendeng dan lain-lain lagi sebanyak 45 KM.
Bosnaseum
Semasa kami berjalan-jalan, isteriku ternampak sebuah
museum berhampiran masjid Koski Mehmet Pasha iaitu Bosnaseum yang mempunyai
ruangan pameran seluas 775m2 dengan menghimpunkan sebanyak 2,350 bahan pameran.
Bayaran dikenakan sebanyak 10 KM seorang.
Sebuah video berdurasi 7 minit telah dipertontonkan
buat kami. Ianya menunjukkan suasana peperangan yang berlaku pada tahun
1992-1995 yang mengorbankan ramai penduduk muslim di sini dan meruntuhkan
rumah-rumah, masjid-masjid dan bangunan. Jambatan Stari Most juga tidak
terlepas dari bahana peperangan tersebut, ianya runtuh dan terjunam ke dalam
sungai Neretva. Hanya 9 tahun kemudian (2004) jambatan digantikan yang baru
dengan mengekalkan keasliannya.
Terdapat juga pameran pakaian traditional kaum-kaum di
Bosnia & Hezgorvenia.
Gambar-gambar mengenai peperangan juga disimpan di
sini.
Terdapat buah replica rumah, masjid dan gereja yang
mirip bangunan di Old Town Mostar.
Suasana peperangan.
Disini juga terdapat gerai menjual cenderamata.
Restaurant Misal
Kami agak kelaparan juga setelah melawati masjid dan
museum. Apa lagi mengajak semua untuk makan di Restaurant Misal yang terletak
bersebelahan dengan masjid. Aku memesan Bosnian Cevapi iaitu kebab daging yang
di grill dihidang bersama somun (Roti Pita Bosnian) dan bawang dan mix grilled.
Seperti biasa aku akan minum Kopi Bosnia. Harga makanan tersebut adalah 39 KM.
Aku sempat bergambar dengan Osman, pelayan di
restaurant tersebut.
Kami berjalan pulang ke Solis Apartment pada pukul
12:00 tengahari. Sebelum sampai ke apartment kami singgah di supermarket KOZUM
untuk membeli sedikit barang makanan.
Kami bersalam-salaman dengan Narcis sebelum meneruskan
perjalanan kami ke Blagaj yang terletak 20 minit perjalanan daripada apartment kami.
Blagaj Tekija (Tekke)
Kami sampai pada pukul 1:15 petang. Bayaran parking
dikenakan sebanyak 2 KM. Terdapat sebuah kawasan parking yang luas 300m belum
tempat tersebut tapi aku meneruskan perjalanan sehingga pintu masuk. Masalahnya
tiada satu parking pun yang ada, tak kan nak reverse semula dan jalan bukan
straight dan luas. Alhamdullilah mujurlah ada Ade dan isterinya, Maidah yang
merupakan salah seorang peniaga di situ yang membantu kami meletakkan
kenderaan.
Kami berjalan kaki menuju ke kaunter ticket. Bayaran
sebanyak 5 KM seorang dikenakan.
Kami dihidangkan dengan pemandangan Sungai Buna yang
sungguh cantik. Airnya berwarna kebiruan yang mengalir laju menghasilkan bunyi
yang mengasyikan. Kawanan itik-itik berenang bebas di sungai ini menghidupkan
lagi lanskap alam ciptaan Allah.
Anda boleh menyaksikan kaligraphy arab"هو"digantung
dipagar.
Anda akan terlihat sebuah rumah berwarna putih tersergam indah ditebing
sungai Buna. Anda akan melalui kedai jualan cenderamata dan pintu masuknya
terletak di sebelah kanan lepas tandas lelaki.
Blagaj Tekke (Dervish House) telah dibina pada awal kurun ke-15 oleh
ahli-ahli Tarikat dengan message “Love creatures for the Sake of Creator’.
Dahulunya rumah ini didiami oleh ahli tarikat Kadiri, Rufai, Khalwati dan
Nakhshibendi sehinggalah sekarang. Majlis zikir diadakan 3 kali seminggu
sepanjang tahun.
Aktiviti tarikat di sini telah diharamkan selepas Perang Dunia Kedua
sehinggalah tahun 70an. Sejak tahun 1974 ianya berada dibawah seliaan National
Museum B&H
Terdapat kubur Sari-Saltuk dan Acik-pasha Sheikh, ruang solat, bilik
tetamu, dapur, hammam dan abdesthabe (washroom).
Terdapat sebuah tangga menuju ke Sungai Buna. Aku ke sana dan mengambil
kesempatan untuk berwuduk di sini. Terdapat sebuah gua pada dinding gunungyang dikatakan terdapat sumber mataair di
situ yang menjadi punca kepada Sungai Buna.
Aku mendiri solat zohor dan asar secara jammak di sini. Ruangan solat
lelaki agak kecil dan ruangan solat wanita di tingkat atas.
Setelah solat kami bergerak keluar dan singgah untuk membeli sedikit
cenderamata di kedai kompleks ini.
Perut mulai rasa lapar, kami singgah di sebuah restaurant berhampiran
dengannya iaitu Restoran Mlinica. Lokasinya memang cantik, restoren yang
pertama dari Blagaj Tekke. Kami memesan ikan “Blagajska Trout” bakar (14 KM per
set) yang agak famous di sini dan nasi kuning (3 KM). Memang tak sah kalau
tidak disatukan dengan kopi Bosnian.
Setelah makan kami berjalan kaki menuju ke parking sebelum itu aku mengajak semua untuk bergambar diatas jambatan besi. Setelah bergambar, entah tiba-tiba clip-on spek Fathiha terjatuh ke dalam Sungai Buna dan tinggal ia kekal selama-lamanya di situ. Inalilah… Dia agak frust kerana baru dia pakai tapi aku tenangkan dia. Dah nak buat macam mana tak der rezeki orang kata.
Kami berjalan sehingga ke gerai Ade. Kami
membeli sebuah dulang tembaga yang cantik dikedainya. Kami bergambar bersama.
Dia menawarkan dirinya untuk membantu aku membawa keluar kereta ku yang berada
dilaluan jalan yang sangat sempit. Alhamdullilah.
Pocitelj
Kami bergerak menuju ke destani seterusnya iaitu Pocitelj yang merupakan
sebuah museum terbuka di B&H yang terletak di daerah Capljina. Ianya
merupakan sebuah bandar berhampiran Sungai Neretva yang dicatatkan di dalam
sejarah pada tahun 1444 tapi dipercayai bermula lebih awal dari itu lagi. Ada
yang berpendapat ianya bermula pada kurun ke-12.
Pada tahun 1471, kerajaan Uthmaniyah telah berjaya menguasainya.
Ianya terletak sebuah bukit di mana bahagian atasnya terdapat tembok
pertahanan. Jalannya bertangga diperbuat dari cobblestone sehingga ke puncak.
Terdapat sebuah masjid di sini iaitu Masjid Hajji Alija yang dibina pada tahun
1563 dan ia juga dikenali sebagai Masjid Sisman Ibrahim Parsha kerana beliau
telah membaikpulihkan masjid ini pada kurun ke-17.
Rumah Gavrankapetanovic (kurun ke-16/17) pula merupakan rumah yang
terbesar dan canggih disini.
Kami bergegas menuju ke Kravice Waterfall pada pukul 4:30 petang. Hari
agak lewat, hanya aku seorang sahaja yang sudah solat, so aku terpaksa berhenti
seketika di masjid berhampiran. Malangnya tidak kami ketemu. Kami membuat
keputusan berhenti di mana-mana sahaja untuk solat. So aku parking kereta di
satu kawasan parking kereta yang agak luas dan mereka solat di sini beralaskan sejadah yang aku bawa.
Perancangan aku untuk bermalam di Kotor, Montenegro tetapi disebabkan
kelewatan tersebut aku menukar plan untuk bermalam di hotel berhampiran
Kravice. Aku terus search hotel dalam Booking.com dan terus tempah Apartment
Slopovi yang terletak beberapa kilometre dari waterfall tersebut.
Cost:
1.Fuel – 0.00 KM
2.Meal – 14.0 KM + 39 KM + 3.30 KM + 62.00 KM + 6 KM = 124.30 KM
3.Hotel – Euro 50.00
4.Entrance Fee – 30 KM + 40 KM + 20 KM = 90 KM
5.Buku/ goodies – 45 KM + 10 KM + 70 KM = 125 KM
6.Parking – 2.00 KM + 5 KM = 7 KM
7.Tol – 0.0 KM
DAY 06:
SUNDAY, 23 FEB 2020
KRAVICE – KOTOR, MONTENEGRO – DUBRAVNIK, CROATIA
TOTAL DISTANCE: 330 KM
Semalam apartment yang kami menginap sangat sejuk
semalam. Apartment Slopovi mempunyai 2 bilik dan satu ruang tamu masalahnya
air-cond ada sebiji jer kat ruang tamu. Isteriku meminta heater dari owner, lalu
dibagilah satu heater.
Kravice Waterfall
Kami bergerak lewat sedikit harini iaitu pada pukul
8:30 pagi selepas bersarapan pagi dengan nasi goreng. Kawasan Kravice Waterfall
hanya 450m dari penginapan kami. Kami meletakkan kenderaan di kawasan parking
yang sangat luas berhampiran kaunter ticket. Bayaran dikenakan sebanyai 10 KM per pax.
Kami berjalan kaki jauh 450m (7 minit) menggunakan
tangga menuju ke kawasan air terjun. Aku mengajak semua mengikuti jalan short
cut berbatu menuruni bukit. Tiba-tiba jer isteri tergolek disebelahku walaupun
sebelah tangannya ku pegang semasa tu. Alhamdullilah tak der apa-apa.
Kami berhenti di satu kawasan permulaan air terjun.
Aku mengambil gambar di pokok yang tumbuh di tepi sungai. Airnya jernih dan
sangat sejuk.
Setelah bergambar-gambar kami meneruskan perjalanan ke
negara kedua iaitu Montenegro. Destinasi kami adalah ibukota Montenegro iaitu
Kotor. Jarak diantara Kravice Waterfall dan Kotor adalah 180 km (3 jam 30
minit).
Kami melalui lereng-lereng gunung yang terdapat sungai
mengalir ditepinya. Terdapat beberapa lokasi yang dikhususkan buatmotor camp.
Menarik juga kalau ada caravan ni boleh menginap di sini tapi seram juga hanya
ada beberapa buah rumah sahaj di sini dan jarak diantara mereka sangat jauh.
Kami terkejut apabila melihat ditepi jalan terdapat
signboard “Welcome to Republika Srpska” dan tulisan dia pulak dah serupa
tulisan Russia. Ya Allah negara mana pulak masuk ni. Bendera Bosnia yang
berwarna Biru, Kuning dan berbintang telah bertukar menjadi bendera tiga warna
iaitu merah, biru dan putih. Mengikut pembacaanku, Republika Srpska adalah
kawasan yang mempunyai dua entity iaitu Bosnia and Herzegovina dan Federation
of Bosnia and Herzegovina. Bandar terbesarnya adalah Banja Luka yang terletak
berhampiran sungai Vrbas.
Aku dapat perhatikan terdapat beberapa buah masjid di
kawasan ini. Salah satunya Masjid Bajramovica ini.
Kami meneruskan perjalanan sehingga ke border Bosnia –
Montenegro di Deleusa Border Crossing, yang hanya terdapat satu kaunter sahaja.
Anda harus menyerahkan passport dan juga dokumen-dokumen kenderaan yang anda
bawa terutamanya Green Card dan Agreement Sewa kereta yang akan diberikan oleh
syarikat kereta yang anda sewa itu. Tidak ramai orang di sempadan Bosnia dan
proses berjalan lancar.
Kami seterusnya menuju ke border di sebelah Montenegro
iaitu Vracenovici Border Crossing yang terletak 1 km dari sempadan Bosnia. Lama
juga proses disini setelah semua document di check , pegawainya mengarah aku
membuka boot kereta untuk memeriksa bag aku. Setelah passport di cop, kami pun
bergerak menuju ke Kotor. Nak dijadikan cerita, kami semua melihat chop pada
passport masing-masing. Ya Allah, yang Fairuz punya, pegawai itu terlupa untuk
chop. Kami terpaksa berpatah balik dalam 30km untuk mendapat chop tersebut.
Alhamdullilah dia perasan. Semasa di pegawai Immigration Croatia tadi aku
menjelaskan kepadanya apa yang berlaku. Tanpa bercakap banyak, beliau terus
chop. Alhamdullilah. Lesson learnt, jangan ambil mudah, pastikan passport anda
telah chop sebelum bergerak meninggalkan border.
Pemandangan di Kotor sungguh cantik dimana gabungan
antara gunung yang tinggi, rumah kakinya dan laut ditepinya. Subhanallah!.
Tidak Kotor seperti namanya.
Perjalanan diteruskan menuju ke Kotor. Kami sampai
disana pada pukul 2:30 petang di Old Town, Kotor. Harini weekend dan terdapat
acara persembahan di sini. Ramai yang membanjiri kawasan ini. Ramai yang
memakai kostum anjing jenis Dalmatian, putih dan bertompok-tompok hitam.
Aku membeli cenderamata mata di sini. Kemudian kami
melihat perarakan berkostum di sini.
Kami kembali ke parking untuk menunaikan solat zohor
asar berhampiran pantai. Terlebih dahulu kami berwuduk di old town.
Selesai solat jalan sedang lagi ditutup so kami
round-round tepian pantai. Terdapat 2 ekor itik berenang di sana, apa lagi kami
memberi itik roti yang kami bawa. Tiba-tiba burung cemara laut datang berkumpulan
so kami keluarkan roti-roti yang keras tidak kami makan untuk menjamu
burung-burung tersebut. Gembira kami lihat gelagak-gelagak burung yang
berebut-berebut roti yang kami campakan.
Kami meneruskan perjalanan ke Border Montenegro –
Croatia.Jaraknya adalah 91 km (1 jam 30
minit). Terdapat construction jalan sebelum sampai ke Border.
Sempadan sebelah Montegero adalah Debeli Brijeg Border
Crossing. Proses berjalan lancar dan lebih systematic berbanding border
Bosnia-Montenegro tetapi yang aneh ada kaunternya berada disebelah kanan.
Dimana agak susah bagi pemandu yang memandu sebelah kiri. Aku beratur di
kaunter sebelah kiri.
Kami meneruskan
perjalanan 2km menuju ke Karasovici Border Crossing (Croatia) yang ini lagi
teratur dan terbaik. Sekejap jer semua settle.
Kami bergerak ke menuju ke Dubrovnik yang terletak
40km dari Border.
Kami bergerak menuju ke old town untuk makan di
Restoren Taj Mahal yang sangat mahal.
Semasa masa makan aku book apartment di booking.com
dan akhirnya dapat Apartment Sandra yang terletak dilereng bukit menghadap ke
laut. Memang best. Sebelum tidur, aku sempat membasuh baju kerana banyak baju yang telah kotor harus di cuci. Aku tidur agak lewat.
Cost:
1.Fuel – 23 euro
2.Meal – 17.0 KM + 6.0 euro + 6.6 euro +756 kuna
3.Hotel – Euro 52.50
4.Entrance Fee –40 KM
5.Buku/ goodies – 12.5 euro
6.Parking –2.00 euro + 20 kuna
7.Tol – 0.0 KM
DAY 07:
MONDAY, 24 FEB 2020
DUBROVNIK - ZADAR, CROATIA
TOTAL DISTANCE: 365 KM
Dubrovnik
Old Town
Harini aku bangun lewat dan menyambung kembali
travelog ku ini disebelah pagi. Setelah bersarapan dan mengemaskan
barang-barang kami keluar menuju ke Dubrovnik Old Town pada pukul 12:00
tengahari.
Kami parking kereta dan terus menaiki tangga menuju ke
Cable Car yang terletak berhampiran parking. Malangnya perkhidmatan cable car
ditutup buat sementara waktu. Semasa kami bergambar disini, kami telah
didatangi oleh pemandu taxi yang menawarkan perkhidmatan untuk membawa kami ke
kemuncak gunung di Dubrovnik. Kami menolak tawaran itu kerana kami ingin ke Old
Town dahulu.
Kami seterusnya turun yang menuju ke sana. Old town
telah dijadikan lokasi pengambaran siri Games of Thrones yang agak famous. Kota
yang mengelilingi old town kelihatan kukuh dan gah berdiri mengadap laut
Adriatic. Ianya merupakan salah satu bangunan yang telah dinobatkan sebagai
UNESCO Heritage. Ianya dibina dalam kurun ke-11 sehingga 17.
Anda harus menuruni tangga setinggi 5-6 tingkat bangunan untuk sampai ke basement. Cukup memenatkan. Kami meronda-ronda disekitar kedai-kedai dan restaurant di sini. Kami singgah sebentar di kedai jualan cenderamata untuk membeli sedikit oleh-oleh untuk bawa pulang.
Kami seterusnya ke Memorial Room of Dubrovnik
Defenders yang mempamerkan photo-photos pejuang-pejuang yang mempertahankan
Dubrovnik pada tahun 1992 yang diserang teruk oleh Serbia, Montenegro dan
Tentera-tentera Yugoslovia. Dalam peperangan ini 200 orang Dubrovnik Defender
telah terbunuh dan lebih dari 100 orang awam terbunuh.
Setelah itu kami berjalan kaki menuju ke kawasan
kapal-kapal yang dipanggil “Porat” menaiki glass boat mengelilingi Dubrovnik.
Bayaran dikenakan sebanyak 10 Euro per person untuk pelayaran selama 50 minit.
Kami menaiki boat bersama 4 orang penumpang yang lain. Sungguh menarik dapat
melihat kota Dubrovnik dari arah laut.
Zadar
Kami memulakan perjalanan ke Zadar pada pukul 3:30
petang. Kami terlebih dahulu berhenti di station minyak untuk mengisi penuh
minyak dan membeli serba sedikit barang makanan. Hari sudah lewat petang, kami
masih lagi belum menunai solat asar dan zohor, lalu aku memberhentikan
kenderaan di kawasan autocamp yang terdapat dipertengahan jalan. Agak selesa.
Terdapat sebuah caravan berada di situ. Kami solat di sebuah pondok di situ.
Memang selesa. Alhamdullilah.
Perjalanan diteruskan melalui lereng-lereng gunung
yang jurang dalam ke laut menghadiahkan satu pemandangan yang cukup indah. Kami
juga melewati kawasan kincir angin.
Kami meneruskan perjalanan sehingga Klek Border
Crossing (Croatia). Urusan sangat cepat kerana document kenderaan tidak
diperlukan, mereka hanya scan passport dan passport cop anda tidak dicop. Jarak
perjalanan dari Zaton Doli Border Crossing (Bosnia) ke Klek Border Crossing
(Croatia) adalah sejauh 10 km.
Kami seterusnya menggunakan Highway E65 dari
Karamatici untuk sampai ke Zadar. Highwaynya bertol. Jalannya sangat baik dan
terdapat lampu disesetengah tempat. Highwaynya mirip seperti Highway KL-JB tapi
jarang sekali berselisih dengan kenderaan lain, memang sepi. Speed limit
highway ini adalah 130 km/jam. Terdapat banyak R&R di sepanjang jalan. Aku
berehat seketika di salah sebuah R&R di sini.
Perjalanan diteruskan 40-50 km sebelum Zadar, jalan
sangat berkabus (Suhu 5-9 Degree C) mengurangkan jarak penglihatanku. Aku
memperlahankan kenderaan. Kami sampai di Zadar pada pukul 10:00 malam. Bayaran
tol dikenakan sebanyak 106 Kuna Aku berhenti seketika di sebuah station minyak
untuk mengisi minyak dan menempah bilik menerusi booking.com. Aku menempah
sebuah apartment 2 bilik (Apartment Haja).
Kami sampai di bilik pada pukul 10:30 malam. Memang
penat harini kerana drive pada waktu malam tapi aku bersyukur kerana jalan yang
kami ambil highway terus.
Cost:
1.Hotel – 50 Euro
2.Fuel – 139 kuna +195.60 kuna
3.Meal – 119 kuna + 185.80 kuna + 37.33 KM + 6.0 Euro
4.Entrance Fee – 40 Euro
5.Buku/ goodies – 259 kuna
6.Parking – 20 kuna
7.Tol – 106.0 kuna
DAY 08:
TUESDAY, 25 FEB 2020
ZADAR, CROATIA - BIHAC, BOSNIA
TOTAL DISTANCE: 183 KM
Harini ini kami terpaksa bangun dengan lebih awal,
rumah yang kami menginap harus check out sebelum pukul 10:00 pagi. Isteriku
negociate dengan owner untuk check out pada 10:30 pagi. Isteriku dari pagi
siapkan breakfast kami dengan menu, nasi goreng telor mata. Memang sedap. Kami
terus ke old town area di Zadar.
Kami parking kereta di area Liburnska Obala di sini
terdapat letaknya Luka Port dimana anda boleh perhatikan banyak ferry-ferry,
boat-boat dan kapal layar di sini. Terdapat sebuah jambatan untuk pejalan kaki
iaitu Most Bridge dan terdapat perkhidmatan sampan untuk short cut.
Aku membayar parking di machine pembayaran, harga
parking 6 kuna/jam aku membayarnya untuk sejam. Kami berjalan menuju ke Organ
Sea sampai menghirup udara pagi yang sungguh nyaman di sini. Suhu pada masa tu
dalam 10 degree C.
Kami ke bulatan biru dimana terdapat lampu biru dengan panel
solar dipasang pada laluan di sini. Pada waktu malam ia mengeluarkan cahaya.
Kami mengeluarkan roti yang kami bawa untuk menjamu
burung seagulf di sini. Memang enjoy melihat gelagak burung-burung yang saling
berebut untuk mendapatkan makanan.
Kami menyambung perjalanan menuju ke jalan Sun’s Path.
Pada permulaannya kami dapat perhatikan monument-monument runtuhan bangunan di
Old Town Square dan terdapat sebuah geraja bersebelahnanya, St Donatus.
Archaeological Museum
Kami memasuki sebuah Archaeological Museum yang
terletak berhampiran gereja tersebut. 3 tingkat bangunan museum ini menyimpan
pelbagai bahan-bahan sejarah. Museum ini telah ditubuhkan semenjak tahun 1832.
Zadar telah menjadi tempat yang utama semasa pemerintahan Byzantine sekitar
tahun 867. Ia telah menjadi pusatPerintahan Byzantine untuk kawasan Dalmatian (Terletak di utara pada
Kotor sehingga Zadar).
Setelah selesai kunjungan kami ke museum, kami menuju
ke kedai-kedai yang menjual cenderamata untuk membeli sedikit oleh-oleh.
Kami telah terlewat 2 jam untuk bayaran parking kami
disaman untuk membayar sebanyak 48 Kuna (harga seharian).
Kami meneruskan perjalanan ke Bihac melalui Highway
E71 dari Zadar Zapad ke Gornja Ploca. Perjalanan sungguh lancar dan highwaynya
memang terbaik.
Semasa keluar highway, kami terpandang signboard Plitvice Lakes
National Park yang juga dalam laluan yang sama ke Bihac. Kami tercari-cari
laluan menuju ke waterfall tersebut malangnya tidak ketemu. Mengikut google map
ianya terletak 9 km dari simpan menuju ke Bihac. Kami membuat keputusan untuk
meneruskan perjalanan ke Bihac kerana hari sudah lewat kami belum lagi solat.
Kami sampai di Border Izacic pada pukul 4:15 petang.
Urusan berjalan pantas. Anda harus ingat bahawa post immigration Croatia dan
Bosnia hanya bersebelahan 1m jarak. Aku hampir terlepas, mujur pegawai
Immigration Bosnia menjerit ke arah kami supaya berhenti. Mujur tak dimarahnya.
Kami meneruskan perjalanan, tiba-tiba aku terlihat
sebuah masjid di kiri jalan yang berada di atas bukit, lalu aku u-turn dan
menuju ke sana untuk solat. Masjidnya nampat terjaga dan mempunyai parking yang
luas. Terdapat sebuah lagi masjid berhampirannya. Masjid Jamek Izacic berkunci
dan tiada air untuk berwuduk. Kami membawa keluar air mineral yang dibawa untuk
berwuduk dan kami solat di ruangan luarnya.
Terdapat senarai nama kaum islam bosnia yang syahid
dalam peperangan 1992-1995 di abadikan berhampiran telah berwuduk.
Kami bergambar seketika di kawasan sekitar masjid betul-betul di atas bukit.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke apartment yang
telah aku booked di masjid tadi, Apartment M.Mahara. Sebelum sampai ke sana,
kami ternampak pasaran Robot yang besar berada di kiri jalan, lalu kami
berhenti untuk membeli beras, telur, pisang dan maggi kerana stock makanan
sudah habis.
Sebelum ke Apartment aku mengajak semua untuk makan di
Restaurant Sofra yang menjual makanan halal yang aku dapatkan dari carian di
google. Ia menyajikan makanan traditional Bosnia. Makanannya tidak sedap dan
juga pelayannya tidak friendly dan kurang sopan dalam melayan pelanggan.
Aku agak kecewa kerana untuk tempat cozy seperti ini ianya tidak sepatutnya
berlaku. Restaurant ini aku tak syorkan.
Kami meneruskan perjalanan ke Apartment. Kami bertemu
dengan ownernya, Daniel, beliau menunjukan kami apartment. Malang sekali bilik
yang diletakan dalam booking.con sangat beza dari yang sebenar. Biliknya kotor,
potong rokok terbiar, cadar tidak dipasang dan lampu dalam main bedroom tak
menyala. Pendek kata memang tidak sesuai untuk kami menginap.
Aku mintak maaf dengan Daniel kerana kerana kami tidak
jadi untuk menginap di situ. Beliau memahami masalah kami. Lalu aku mencari
bilik yang lain di sekitar dan akhirnya kami booking Apartment Villa Tara. Woow
biliknya memang superb. Lokasinya betul-betul terletak ditebing Sungai Una.
Biliknya terbaik. Alhamdullilah, tidak sabar rasanya hendak menunggu siang
untuk melihat pemandangan air terjun dibelakang bilik.
Cost:
1.Hotel – 48 Euro
2.Fuel – 0
3.Meal – 11 Euro + 69.64 KM + 41.50 KM
4.Entrance Fee – 20 Euro
5.Buku/ goodies – 170 kuna +100 kuna +
6.Parking – 12 kuna + 53 kuna
7.Tol – 24 kuna
DAY 09:
WEDNESDAY, 26 FEB 2020
BIHAC - JAJCE
TOTAL DISTANCE: 243 KM
Harini kami agak santai kerana kami ingin menikmati
keindahan apartment yang menginap yang sungguh indah dengan lanskap alam
semulajadi yang memukaukan. Isteriku bercadang ingin membeli apartment tu,
hahaha. Kami mengambil gambar sebanyak mungkin, inilah apartment yang terindah
pernah kami diami seumur hidup.
Kami bersarapan pagi dengan telur mata dan indo-mee yang kami beli semalam di pasaraya Robot sambil mendengar muzik alam yang sungguh merdu.
Setelah bersarapan pagi, kami berjalan kaki ke
jambatan kayu yang terletak berhampiran apartment. Anda boleh berjalan kaki
sehingga pertengahan sungai Una. Awas, ada di antara papannya reput.
Setelah bersiap-siap, kami menuju ke Old Town Bihac,
disini terdapat beberapa bangunan lama antaranya adalah:
Makam Lama
(Turbe / Mausoleum)
Ianya dibina bagi memperingati tentera-tentera Bosnia yang terkorban dalam memerangi tentera Austro-Hungarian. Tarikh sebenar pembinaannya tidak diketahui. Ianya berbentuk octagonal dengan panjang sisi 2.6m dan 7m tinggi.
Konak
Ianya merupakan sebuah inn/ hostel semasa pemerintahan Kerajaan Uthamaniyah. Ianya dibina pada tahun 1860. Semasa pemerintahan Austro-Hungarian (1889-1908) ianya digunakan sebagai rumah pegawai tertinggi di Bihac. Bangunan ini hancur dibom semasa pemerahan dunia II (1946-1948). Yang tinggal kini hanyalah kesan runtuhannya.
Captain Tower
Merupaka sebuah menara tertua di Bihac. Tarikh ianya dibina tidak diketahui dengan jelas. Setelah kerajaan Austro-Hungarian menguasai, ianya telah ditukarkan kepada penjara. Kemudiaan ditukarkan menjadi sebuah museum pada tahun 1970.
Masjid Fathija
Masjid ini sebelum adalah sebuah gereja iaitu St. Antoine Church yang dibina pada kurun ke-14. Pada tahun 1592, tentera-tentera Uthamaniyah dibawahh kepimpinan Hassa Pasha berjaya menawannya. Beliau telah menukarkan gereja ini kepada kepada sebuah masjid. Masjid ini diberi nama (Arab) Fathija (fathiha) bermaksud pembukaan.
Aku mengambil
peluang untuk bersolat di sini. Alhamdullilah ramai juga yang hadir untuk solat
berjemaah dalam 4-5 saf. Bahagian lantainya di letak kayu dan carpet untuk
mengurangkan kesejukan. Terdapat ruangan solat untuk wanita dibahagian atas
dengan menggunakan pintu masuk sama dengan Jemaah lelaki.
Masjid Ostrozac
Seterusnya kami menuju ke Ostrozac untuk melihat
istana dan kota lama di sana. Jarak Ostrozac dengan pusat Bandar Bihac hanya 17
km tetapi 5km terakhir sebelum sampai jalannya bersimpang siung. Aku ternampak
satu contengan batu “Ostrozac Grandprix” memang benar macam grandprix sungguh.
Ngeri dibuatnya. Kami berhenti seketika di Masjid Ostrozac kerana yang lain
belum lagi bersolat. Seperti biasa masjid dikunci dan tiada bekalan air untuk
berwuduk. Kami menggunakan air yang dibawa untuk berwuduk. Kami bersolat di
bahagian luar masjid berhampiran pintu masuk.
Terdapat kawasan perkuburan di sini dan terjuga
senarai nama para syahid diabadi atas batu.
Setelah selesai solat kami menuju ke Ostrozac yang
berada disebelah bawah.
Ostrozac Castle
Semasa kami sampai sungguh sunyi. Bayaran masuk yang
tercatat dipintu masuk adalah 2KM, malangnya tiada penjaga kota tersebut situ.
Jadi kami terus masuk dan memulakan peninjauan kami di kawasan ini.
Ianya terletak disebuah bukit dengan tebingnya yanga
agak curam. Disini terdapat 2 bahagian utama iaitu kawasan dalam kota dan
sebuah istana dibahagian hujungnya. Kawasan dalam kota terdapat dinding
pertahanan yang tinggi lagi kukuh dan terdapat sebuah perigi berhampiran pintu
masuk. Anda dapat perhatikan beberapa buah arca yang terdapat di sini adalah
sumbangan dari pengukir-pengukir tempatan dan juga luar.
Alhamdullilah terdapat sebuah tandas (mobile) di sini
Seterusnya kami memasuki istana lama. Ianya tidak dijaga (preserve) dengan betul mungkin disebabkan kekurangan dana. Istana ini mempunyai dua tingkat di bahagian bawah terdapat bilik-bilik kecil dalam 10-12 buah, sebuah dewan yang besar dengan bakoni, sebuah surau/masjid di bahagian belakang, dapur dan sebuah bilik utama yang mempunyai tangga rahsia yang boleh naik ke atas.
Aku kagum dengan system audio di dalam masjidnya.
Pantulan suara dan echo menyebabkan anda mendengar jelas suara anda sendiri.
Aku mengambil peluang untuk azan di sini.
Aku bergerak ke ruang dewan dan
mengambil gambar di sini. Tiba-tiba aku terlihat kelibat manusia berpakaian
putih dijendela masjid tersebut. Masyallah. Aku mengabaikan semua dan
meneruskan tinjauan kami di situ. Keluar saja dari Istana barulah aku cerita
pada mereka, terus diorang ajak pulang.
Kami menuju ke parking dan meneruskan perjalanan kami.
Semasa berpatah pulang ke Bihac, kami ternampak sebuah restaurant iaitu
Restaurant Kostelski buk ditepi Sungai Una yang mempunyai lanskap yang sungguh.
Kami berhenti seketika dan bergambar di sini.
Slapovi
Waterfall, Una National Park, Bihac
Kami seterusnya menuju ke Una National Park yang
terletak 46 km dari Bihac. Suasana sungguh redup dan yang aneh hanya kami
sahaja yang berada diatas jalan. Kawasannya sungguh sunyi. Kami melewati
beberapa buah penempatan yang ditinggalkan dengan runtuhan pada atas dan
dinding. Aku rasa ini adalah rumah-rumah yang ditinggal semasa perang ataupun
pemilik-pemiliknya sudah syahid.
Kami juga melalui desa-desa dimana mereka menanam
jagung ditepian sungai Una yang mengalir deras ditepinya. Kambing biri-biri
juga diternak di sini. Kami juga melewati kawasan jalan tidak berturap
berkilo-kilometer. Isteriku dah mulai bimbang.
Akhirnya kami sampai ke National Park pada pukul 5:00
petang. Setibanya kami di pintu masuk water fall, post kaunter ticket sudah
tiada orang. Kami berjalan kami menuju ke Air Terjun Bertingkat (Slopovi)
sejauh 300m.
SubhanAllah sungguh cantik cipta tuhan.
Terdapat laluan kayu sehingga kebahagian tengah
waterfall tersebut. Titisan-titisan wap air menyentuh pipi-pipi kami dan
menyebabkan kaca mataku berkabus. Kami bergambar di sini.
Jajce
Kami meneruskan perjalanan ke destinasi penginapan
kami di Jajce yang terletak 190 km dari taman negara tersebut. Langit sudah
menghitam dan hujan mulai turun. Kami melewati kawasan pergunungan yang
mempunyai tebing-tebing berbatu yang longgar. Kami dapat perhatikan batu-batu
bertaburan di atas jalan. Aku cukup risau apabila memandang batu-batu besar
yang berada diatas kami. Tiada manusia yang kami temui di sini dan tiada
kenderaan yang lintasi kawasan ini. Tiba-tiba kami terlihat seorang lelaki
menolak basikal MTB menaiki gunung disini. “Kerja gila apa dia buat ni?” aku
mengomel..
Aku ingat hujan rupa-rupanya salji turun dengan
lebatnya dengan kami menaiki dan menuruni gunung pada waktu malam yang gelap
dan tiada manusia! Apalah kerja gila yang aku buat ni. Aku menguatkan semangat
melepasi semua ini. Terdapat beberapa buah bulldozer penolak salji berselisih
dengan kami. Jalan yang kami lalui tadi pasti sudah ditenggelami salji. Aku
membawa kereta dengan perlahan (30-60 km/jam) dan berhati-hati. Line tengah
memang tak Nampak, aku hanya menggunakan tiang-tiang yang dipacak ditepi jalan
yang menunjukan hujung dalam. Sebelah tepi itu adalah gaung yang dalam. Sungguh
penat.
Akhirnya kami sampai dikawasan sebuah pekan. Kami
berhenti seketika di sebuah station minyak untuk ke toilet dan minum kopi untuk
menghangatkan badan kami.
Kami meneruskan perjalanan dan kami sampai di Jajce
pada pukul 8:40 malam.
Aku mendapatkan sebuah apartment di hadapan tasik
Pilvina Jezera melalui booking.com.
Kami berjalan kaki ubtuk makan malam di sebuah motel
berhampiran apartment. Menu seafood yang jadi pilihan kami sotong goreng,
sotong bakar dan ikan trout bakar. Alhamdullilah kenyang. Apabila pulang, aku
mengajak untuk melalui jalan shortcut. Malangnya terdapat pagar, tiba-tiba
datang seekor anjing menepa kearah kami. Kami jadi panic , aku dan fathiha
memberanikan diri menyergah balik anjing tu. Mujurlah di lari ketakutan, isteriku
dah start sakit dada.
Kami pulang ke apartment sambil bermain salji.
Cost:
1.Hotel – 45 Euro
2.Fuel – 34 KM
3.Meal – 9 KM + 72KM +6.45 KM +
4.Entrance Fee – 0
5.Buku/ goodies – 170 kuna +100 kuna + 10 KM + 11 KM
6.Parking – 3KM
7.Tol – 0
DAY 10:
THURSDAY, 27 FEB 2020
JAJCE - SARAJEVO
TOTAL DISTANCE: 243 KM
Spelling “J” = “i” for Jajce
SubhanAllah, pemandangan tasik, gunung dan rumah
sungguh mengkagumkan ku. Sungguh cantik ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Semuanya
putih seumpama cerita “Nernia”. Kami menghabiskan sedikit masa menikmati
pemandangan sungguh indah. Terasa sayang untuk dillepaskan. Untuk pengetahuan
anda kami menginap betul-betul dihadapan Tasik Pilvina Jezera.
Kami bersarapan pagi sambil melihat pemandangan di
luar. Apabila matahari naik segalah, salji-salji di pokok mulai jatuh dan
menampakkan warna asalnya.
Jajce Watermill / Mlincici.
Kami seterusnya menuju ke watermill yang terletak 900m
dari penginapan kami. Terdapat beberapa buah rumah kecil yang terletak di sini.
Air yang ditakung di sebelah kanan dialirkan kepada 3 saliran dan dipecahkan
kepada beberapa aliran dimana setiap rumah diletakkan pada aliran tersebut.
Pemandangan sungguh menarik.
Kami bergambar di sini.
Masjid Esma
Sultana
Kami seterusnya menuju ke pusat Bandar Jajce yang
terletak 5 km dari Watermill dengan melalui kawasan lereng bukit. Kami kami
kereta berhampiran rumah
& fountain air sembahyang (ceritakan sikit). Bayaran parking
dikenakan sebanyak 1.5 KM per jam dan aku bayar untuk 2 jam. Kami bergerak ke
masjid tersebut, terdapat batu peringatan dihadapan masjid yang menyatakan
seramai 382 orang telah syahid dalam mempertahankan tanahair mereka.
Al-fathiha. Kesemua nama-nama mereka diabadikan di sini.
Museum
Kami berjalan menaiki simpang ke kiri (dari masjid)
untuk naik ke kawasan kubu (fortress). Kami terlihat sebuah museum di sini.
Kami memasukinya, bayaran dikenakan sebanyak 2KM per person.
Museum dua
itingkat ini mempunyai 3 seksyen (2 di bawah dan 1 di atas). Seksyen pertama
mempamerkan alat-alat dan barang-barang tenunan, barang keagamaan dan pameran hiasan
dalaman rumah Bosnian.
Apa yang menarik perhatianku adalah sepucuk surat yang
diframe dan digantungkan di situ. Surat ini ditulis oleh Sultan Mehmed Fatih, beliau mengarah kepada tentera-tentera Islam jangan di apa-apakan orang yang berada di gereja, jangan diapa-apakan orang dan harta benda mereka.
Seksyen Kedua mempamerkan alat-alat penyiaran seperti
radio dan sebagainya. Tingkat atas pula (Seksyen ke-3)mempamerkan batu-batuan.
Kami seterusnya menuju ke atas bukit, yang merupakan sebuah kota pertahanan lama di Jajce. Di sini anda boleh perhatikan Tvrdava (The Fortress), Masjid Perempuan (Zenska dzmija), Menara Jam (Sahat Kula), Bear Tower, Gereja dan lain-lain lagi.
St Mary's Church
Bear Tower
Masjid Perempuan (Zenska dzmija)
Tvrdava (The Fortress)
Setelah penat meroda di atas bukit ini, kami turun dan menaiki kereta ke waterfall yang terletak di kaki bukit. Air terjun ini dikenali sebagai Pliva Waterfall.
Travnik
Kami meneruskan perjalanan ke travnik pada pukul 2
petang. Perjalanannya mengambil masa lebih kurang satu jam. Kami melalui
kawasan pergunungan. Anda boleh perhatikan ditepi-tepi jalan penduduk tempatan
menjual sesuatu di dalam guni berwarna merah (guni bawang). Aku ingatkan bawang
ataupun ubi kentang. Anda tahu apa??. Rupa-rupanya kayu api yang dipotong
kecil-kecil dimasukan kedalam guni. Anda pasti pernah melihat cerita mat saleh
yang menggunakan kayu api untuk fireplace.
Sungguh indah pemandangan bersalji sini. Terdapat
pokok-pokok krismas (Pokok Pine) dilereng-lereng gunung yang daun-daunnya
diseliputi salji. SubhanAllah.
Kami sampai di Travnik pada pukul 3.00 petang.
Travnik merupakan Bandar di Daerah Central Bosnia. Dahulu Bandar ini adalah pusat pentadbiran ketika di bawah pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1699 sehingga 1850. Travnik juga dulu dikenali sebagai Istanbul of Europe kerana mempunyai sejarah yang sangat menarik di sini. Kesan sejarah bermula kerajaan Uthmaniyyah masih banyak boleh dilihat disini. Bumi Travnik ini dikelilingi oleh sungai-sungai yang mengalir yang menghubungkan Bosna River daripada timur dan Vrbas River daripada barat. Antara tempat-tempat menarik ialah Plava Voda (Blue Water) air mata yang paling besar yang boleh menghasilkan kira-kira 350 meter panjang di Sungai Eponim.
Old Town Travnik
Kami parking kereta di tempat letak kereta peribadi
yang dijadikan parking (2KM). Kami berjalan 100m menuju ke Fortress. Isteriku
mulai sesak nafas kerana suasana sangat sejuk masa tu. Aku membuat keputusan
untuk berhenti seketika disebuah restaurant berhampiran jambatan untuk
minum-minum untuk memanaskan badan.
Aku memesan pasta, French fried dan minuman.
Isteriku memanaskan badan
Kami bergambar dengan pelayan restaurant.
Kami berjalan kaki melintasi jambatan menuju ke
Fortress sayangnya ianya sudah ditutup kerana lewat. Dari situ kami dapat
melihat keseluruhan Bandar Travnik, sungguh cantik. Kami bergambar di sini.
Masjid Sulaiman- Pasha (Sulejmanija)
Kami seterusnya bergegas ke masjid untuk solat. Aku
memilih masjid lama yang agak terkenal di sini. Masjid Sulaiman atau juga dikenali sebagai Sulejmanija merupakan masjid yang paling berwarna-warni (colourful). Ianya mula-mula dibina (bangunan) pada tahun 1757 dan pernah terbakar pada tahun 1815 dan 3 tingkat bangunan yang kita lihat sekarang telah dibina oleh Suleman Pasha pada tahun 1816. Masjid ini mengalami kerosakan teruk semasa perang dunia ke-2.
Bahagian dalam masjid
Aku mengambil kesempatan untuk melihat pemandangan
sekitar masjid; terdapat beberapa buah kedai dibahagian ground floor.
Bahagian luar masjid
Aku
terlihat fridge magnet yang sungguh cantik dibuat pada kepingan kayu yang
dibuat sendiri (home-made). Semasa aku sedang usa-usa itu ownernya, Hanan (Gaya
macam ustaz Azhar Idrus). Menceritakan mengenai hasil kerjanya dan kisah-kisah
di Travnik ni.
Aku membeli cenderamata ke kedainya
Kami bergambar.
Plava Voda
Plava Voda (Blue Water) mata air yang paling besar yang boleh menghasilkan kira-kira 350 meter panjang di Sungai Eponim. Mata air ini keluar dari Gunung Vlasic, betul-betul di bawah Istana Travnik. Ia merupakan sumber air minuman bagi penduduk di Travnik ini. Terdapat kedai-kedai di sepanjang sungai ini.
Sarajevo
Kami meninggalkan Travnik ketika azan maghrib
dilaungkan. Aku mengisi minyak (46 KM). Kami menaiki highway dari Lasva ke Sarajevo.
Bayaran tol dikenakan sebanyak 5.5 KM. Perjalanan lancar sehingga Sarajevo.
Kami dapat perhatikan salji memutih dikiri dan kanan jalan. Kami sampai pada
pukul 7:30 malam. Plan originalnya kami ingin menginap di Bjelasnica untuk
bermain salji pada esok hari tetapi isteriku bimbang untuk menaiki kawasan
pergunungan pada waktu malam ditambah pulasalji turun dengan lebatnya dari pagi tadi. Jadi kami menukar plan, lalu
aku mencari apartment di Old Town Sarajevo (Bascarsija).
Aku berjaya mendapatkan sebuah apartment iaitu Lofty
Apartment dengan harga 53 Euro/night. Aku menghubungi ownernya, Rialda untuk membawa
kami ke apartment beliau. Beliau juga telah menunjukkan kami tempat letak
kereta yang hampiran untuk kami parking kereta di situ. Rialda memberikan
pinjam kami pass parking beliau dan kami hanya membayar kepadanya 10 Euro yang
jauh lebih murah (Normal price – 2 KM/jam ~ 48 KM/day = 24 Euro/day). Kami
tidak mengangkat lagi bag-bag dari kereta kerana kepenatan.
Rialda membawa kami ke unit apartmentnya. Ianya memang
cantik, kemas dan barang-barang di dalamnya lengkap tetapi masalahnya ia terletak di tingkat 3
sebuah bangunan yang mana kami terpaksa menaiki tangga untuk sampai keatas. Bukan
saja kami tercunggap malahan dia juga semput.
Setelah Rialda beredar, kami turun untuk makan malam
di restaurant favourite kami di sini iaitu Restaurant Chipas. Makanan di sini
sedap dan murah, semua pilihan makanannya berharga 4.5 KM, memang berbaloi.
Saya recommendkan anda untuk datang dan makan di sini.
Setelah makan kami ke parking untuk membawa naik bag-bag. Memang penat membawa beg yang beratnya hampir 20 kg sebuah.
Kami tidur dengan nyenyak sekali.
Cost:
1.Hotel – 53 Euro
2.Fuel – 46 km
3.Meal – 18 KM + 18 KM
4.Entrance Fee – 8 KM
5.Buku/ goodies – 20 KM + 10.5 KM + 18 KM + 30 KM
6.Parking – 3 KM + 2 KM + 10 Euro
7.Tol – 5.5 km
DAY 11:
FRIDAY, 28 FEB 2020
SARAJEVO - KUWAIT
TOTAL DISTANCE: 55 KM
Setelah bersarapan pagi kami bergerak menuju ke
Bjelasnica yang terletak 40 km dari Old City pada pukul 8:30 pagi. Kami
meletakan kunci pintu, pass parking dan pass apartment di dalam safebox di luar
pintu masuk apartment.
Salji turun dengan lebatnya semasa kami meninggalkan
apartment.
Kami sampai di Bjelasnica pada pukul 10:15 pagi. Kawasan sekitarnya
diliputi salji yang tebal. Alhamdullilah, salji di atas jalanraya telah dibersihkan
oleh jentolak yang sibuk berkerja dari tadi.
Parking di bawah kaki bukit masih lagi ditutup jadi
kami parking kereta ditepi jalan utama. Aku mengeluarkan snow slider yang aku
letakkan di dalam carrier atas. Kami tercari-cari jalan untuk ke bawah,
akhirnya setelah bertanya dengan beberapa orang yang bermain ice skating,
mereka menunjukkan kami jalannya. Isteri mulai rasa sesak nafas kerana
kesejukan yang amat sangat. Aku menyuruh beliau menaiki slider dan aku
menariknya dari parking sehingga jalan sampai ke bawah. Alhamdullilah settle masalah.
Kami bergerak keluar dari situ pada pukul 11:30 pagi. Aku menyuruh isteri menunggu di situ lalu aku berjalan kaki menuju ke tempat letak kereta.
Fathiha berjalan melalui jalan short cut mengekori
ku. Setelah semua naik kereta kami mengikuti jalan agak berbukit dan permukaan jalannya
sangat licin. Apabila kami sampai separuh jalan, kereta kami tidak boleh
bergerak dan mulai berputar kiri jalan yang terdapat gaung yang dalam. Fathiha
menyuruhku menyala hazard light. Kami berada dalam keadaan yang mendebarkan,
Alhamdullilah mujur terdapat sebuah jentera jengkaut membawa pasir lalu
ditaburkan di atas jalan yang licin
tersebut. Pekerjanya menyuruhku menekan lagi pedal minyak supaya kereta ku
bergerak. Alhamdullilah kami berjaya menaiki bukit tersebut.
Kami meneruskan perjalanan ke Sarajevo Airport yang terletak 20 minit situ. Kami sampai disana pada pukul 12:15 tengahari. Kami mengemaskan kembali bag-bag kami.
Semalam aku telah menghubungi Zenar, owner kereta sewa ku untuk berjumpa di airport pada pukul 1:00 petang. Aku menyerahkan kunci kereta beliau. Alhamdullilah semua settle.
Salji turun dengan lebat semasa itu. Aku singgah di
sebuah gerai/ booth jualan berhampiran parking untuk membeli mask muka kerana
isu virus corona sekarang menjadi-jadi di Kuwait.
Kami check in bag-bag kami pad pukul 1:30 petang setelah kaunter di buka. Kami makan tengahari di luar bangunan lapang terbang yang telah isteriku siapkan dari pagi tadi.
Kami menaiki kapal terbang dan take off pada pukul
4:00 petang waktu Sarajevo dan sampai di Istanbul pada pukul 8:00 malam.
Setelah transit 1 jam 30 minit di lapangan terbang
Istanbul Sabiha Gokchen, kami take off pada 9:20 malam dan sampai di Kuwait pada
pukul 1:00 pagi pada 29 Feb 2020.
Kami menaiki teksi untuk pulang kerumah.
Cost:
1.Hotel – 0
2.Fuel – 0
3.Meal – 12 KM + 18 KM + 7KM + 47.70 TL + 102.21 TL + 279.37 TL
bestnya saya sangat suka dng travelog en aswade...tqtqtqtq kerana bnayak pengalaman dan gambar yg sangat2 cantik...walau tak sampai sana saya dpt rasa seolah olah saya sampai sana.
bestnya saya sangat suka dng travelog en aswade...tqtqtqtq kerana bnayak pengalaman dan gambar yg sangat2 cantik...walau tak sampai sana saya dpt rasa seolah olah saya sampai sana.
ReplyDelete