Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat seju...
Alhamdullilah setelah sekian lagi kami menunggu dengan sabar mengenai perkembangan semasa pintu sempadan Malaysia-Thailand. Akhirnya dengan rasminya telah dibuka, apa lagi, jom kita siapkan diri untuk meneruskan pengembaraan ini.
Selepas 1 May 2022, sedikit kelonggaran telah diberikan oleh Kerajaan Thailand dalam usaha mereka menaikkan kembali industri pelancongan yang agak terjejas selama 2 tahun gara-gara pendemik covid-19.
Setelah siap aku membuat sedikit study mengenai cara-cara untuk memasuki Thailand, aku menghubungi Fairuz dari ANF untuk membantu aku menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Setelah mendapat tarikh pengembaraan
Day 01 (6 May 2022):
Kuala Terengganu - Sungai Petani (430km)
Kami memulakan perjalanan pada pukul 9:00 pagi bermula dari Kuala Terengganu. Keadaan trafik agak sibuk tetapi dari arah berlawanan dari KT ke Besut kerana ramai-ramai pengguna jalanraya telah memulakan perjalanan pulang ke rumah masing setelah berhari raya.
Trafik menjadi agak teruk apabila kami memasuki Kelantan terutamanya dari Machang hingga ke Tanah Merah, Kelantan. Paling kemuncak apabila menghampiri Jambatan Kusial, Tanah Merah.
Perjalanan diteruskan kembali sehingga kawasan Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan yang sememangnya setiap tahun menyajikan jem yang paling teruk, gara-gara pengguna-pengguna berhenti membeli barang/ produk dari Thailand. Fuhh, habis toto, teddy bear mereka pulun sebelum meneruskan ke Utara tanah air.
Perjalanan selepas itu memang lancar melewati Jeli dan seterusnya meneruskan perjalanan memasuki Gerik, Perak. Sebelum itu kami mengisi penuh tangki minyak motor di Petronas, Jeli. Penuh dengan manusia.
Semasa kami melewati kawasan Banjaran Titiwangsa kami sempat melihat 2 ekor gajah sedang makan di atas bukit berada 50m dari jalan.
Kami berhenti seketika di R&R Tasik Banding kerana tidak tahan dengan keadaan cuaca yang agak panas.
Kami bercadang untuk makan tengahari di Castella Cafe, Gerik yang viral dengan restaurant yang berkonsepkan bersantap dalam sungai yang terletak di Kampung Padang Stang. Location seperti dibawah ni. Tetapi malang sekali, makanan dah habis. Kami hanya minum di sini sambil menyejukkan kaki dengan air sungai yang mengalir jernih di bawah meja makan kami.
Sekiranya anda bercadang untuk makan di sini boleh hubungi cafe ni terlebih dahulu seperti business card mereka di bawah ni.
Di samping itu juga mereka menyediakan chalet bagi yang ingin bermalam disini
Kami membuat keputusan untuk makan tengahari di Restaurant Kari Kepala Ikan Salim. Makanan pun habis jugak, kami terpaksa menunggu 30 minit untuk memberi ruang untuk mereka menyiapkan semua hidangan.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi terakhir kami pada harini iaitu ke penginapan kami di Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani, Kedah. Hujan turun dengan renyai-renyai apabila kami melewati Kuala Ketil.
Alhamdullilah, kami sampai di hotel pada pukul 7:30 malam.
Day 02 (7 May 2022):
Sungai Petani - Air Hitam, Kedah (120km)
Setelah kami bersarapan di hotel, kami terus bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan kami pada harini. Kami sempat bergambar hotel sebelum tayar motor bergolek.
Kami bergerak pada pukul 9:00 pagi menuju ke Gunung Jerai yang terletak di Gurun, Kedah. Perjalanan mengambil masa sejam untuk sampai. Kami melalui 12km jalan berliku-liku dari kaki gunung sehinggalah sampai The Jerai Hill Resort yang terletak pada ketinggian 986m dari aras laut.
Terdapat beberapa group berbasikal menaiki gunung tersebut, kagum aku melihatnya disamping itu ada juga yang berjalan kami memanjat gunung mengikut laluan jalanraya. Aku rasa agak berbahaya juga kerana mereka berjalan berkumpulan di jalan yang tiada bahu jalan.
Kami sampai di sini pada pukul 10 pagi. Kami hanya datang di sini untuk bergambar sambil menikmati pemandangan indah Negeri Kedah dari puncak Gunung Jerai yang menyimpan 1001 misteri. Subhanallah sungguh cantik dengan pemandangan pantai yang digambungkan dengan kehijauan sawah bendang yang pastinya memukau siapa sahaja yang memandangnya.
Kami lepak di "Simple Day" cafe sambil mengambil gambar disini.
Kami seterusnya menuruni gunung setelah hampir 2 jam kami bersantai di sini menuju ke satu lagi destinasi viral, iaitu Restaurant Top, D'Gurun yang terletak berhampiran dengan kaki Gunung Jerai yang terkenal dengan menu istimewa mereka, Sotong Gemuk Jahat. Anda harus mencubanya. Harga sotong ini RM 13 per 100g.
Anda harus datang ke sini untuk mencubanya.
Kami seterusnya menuju ke Alor Setar untuk melawat dan beraya dengan bapa saudaraku, Pak Muda Soh di sini. Sudah banyak tahun aku tidak bertemu dengannya. Kami berbual-bual Pak Muda dan Mak Muda serta sepupuku Diana dan keluarganya yang masih lagi beraya di sana.
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan menuju destinasi penginapan kami di Tam Teh Homestay yang terletak di Air Hitam, Kedah.
Kami sampai di sini pada pukul 5:30 petang.
Day 03 (8 May 2022):
Air Hitam - Hat Yai, Thailand (125 km)
Harini kami bangun dan terus bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan memasuki Thailand setelah lebih 5 tahun aku tidak menjejakkan kakiku ke sini kerana bertugas di Kuwait dan Covid-19 melanda seluruh dunia.
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar di sekitar Tam Teh homestay yang dikelilingi oleh sawah bendang. Aku sempat bergambar dengan pemilik homestay ini, En Adib
Pemandangan sekitar homestay.
Kami bergerak menuju ke Changlun pada pukul 9:00 pagi, perjalanan sejauh 35km mengambil masa setengah jam melalui Kodiang, Kedah melewati pemandangan sawah padi sejauh mata memandang. Kami berhenti seketika untuk bergambar.
Setelah sampai di Pekan Changlun,kami terus menuju ke kedai dobi untuk membasuh pakaian sebelum bersarapan pagi.
Aku kemudiannya ke Pejabat Anas & Fairuz untuk memngambil segala dokumen yang diperlukan untuk memasuki Thailand. Alhamdullilah, apabila semua settle, kami mengambil pakaian yang meneruskan perjalanan menuju ke Bukit Kayu Hitam - Sadao Border.
Kami hanya menyerahkan passport secara ride-thru dilalui laluan khas untuk motor. Pegawai Immigration Malaysia meminta kami untuk membuka helmet bagi pengesahan gambar dalam passport. Alhamdullilah melepasi pintu sempadan Malaysia agak senang. Jumlah kenderaan yang memasuki Thailand jauh lebih sedikit dari dulu. Semasa kami sampai di sana jam 12:30 tengahari, jumlah kenderaan boleh dikira tapi barisan untuk lori dan trailer memang lah panjang.
Apabila sampai di Border Thailand kami membelok ke kiri dan parking dihadapan bangunan Sadao Arrival Bondary Post. Anda boleh mengikuti procedure untuk memasuki Thailand di sini.
Setelah pegawai tersebut bagi green light maka anda secara official dah masuk secara SAH! Tahniah!! kami mengambil masa 1 jam untuk settlekan semua itu.
Setelah siap urusan disempadan, kami terus berhenti di kedai simcard dan money changer yang terletak bersebelahan dengan pagar Immigration/ Customs tadi.
Aku menukar duit RM kepada THB dengan rate RM 1 = 7.82 THB (08 May 2022).
Aku juga membeli Simcard DTAC berharga 200 THB (untuk 2 minggu) denga unlimited data. Terdapat jugak pilihan untuk seminggu berharga 150 THB.
Selepas itu kami meronda di Dannok, kelihatannya di sini agak sepi tidak sebelum covid-19 melanda dunia. Banyak restaurant yang aku selalu berhenti ditutup antaranya Restaurant Nurlaila (Air pegaga favourite ku disini) dan Restaurant Kak Jah yang terletak di jalan Masjid Dannok (yang ada pintu gerbang kat entrance jalan itu).
Kami membuat keputusan untuk singgah dahulu di 7eleven yang terletak 500m dari sempadan untuk membeli minuman kerana cuaca agak panas semasa kami sibuk menguruskan urusan di sempadan tadi.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Hat Yai yang jaraknya sejauh 47km. Kami dapati banyak juga restaurant halal yang masih belum lagi dibuka disepanjang jalan.
Setelah kami sampai di Hat Yai, aku meronda di bandar ini untuk mencari Restaurant Halal, Alhamdullilah, Kedai Sah Somtam & Tom Yam yang berhampiran bulatan di Jalan Petchakasem dibuka masa kami sampai.
Sudahlah pasti menu pilihan kami adalah daging bakar.
Isteriku sangat suka dengan daging bakar, aku order 2 pinggang untuk dia. Disamping itu juga kami order sup daging dan tomyam. Sudah lama aku tidak merasa masakan di Thailand, memang tidak mengecewakan.
Selepas makan, kami bergerak menuju ke hotel kami, Diamond Plaza Hotel yang terletak 4 minit sahaja dari restaurant tadi.
Kami berehat seketika di hotel untuk mandi dan solat. Kami kemudiannya turun berjalan kaki ke jalan berhadapan dengan Grand Plaza Hotel dan Centara Hotel, dulunya meriah dengan pelancong Malaysia lalu lalang disekitar jalan ini. Pasti pada sesiapa yang pernah datang kesini sebelum ini teringat akan gerai yang menjual Udang dan Sotong goreng yang besar serta nasi lemak dengan teh tarik di kawasan ini.
Sekarang jalan lenggang. Isteriku teringin nak makan ais krim kelapa di sini.
Aku terlupa membawa adaptor untuk plug charger. Pastikan anda bawa siap-siap adaptor dari Malaysia kalau tak susah nak charge handpon.
Kami mengambil Tuk Tuk untuk ke Asean Night Bazaar, (tambang Tuk Tuk - 100 THB). Kami meronda di sini. Di Ground floor, mereka menjual pakaian, kasut, beg dan lain-lain. Di Tingkat 1 pulak menjual makanan dan minuman.
Setelah sejam berada disini, kami pulang ke hotel untuk massage di kedai berhampiran dengan hotel.
Kami kemudiannya kami ke gerai berhadapan dengan Grand Plaza Hotel untuk merasai sate ayam yang dijual di sini. Penjual ini berasal dari daerah Yala. Secucuk sate berharga 15 THB (RM 2). Sate dia memang besar.
Aku juga membeli pulut mangga yang menjadi trademark di sini sejak dari dulu lagi. Memang lemak berkrim. Dijual dengan harga 50 THB (RM 6.50)
Selepas itu kami pulang kekenyangan ke hotel
Day 04 (9 May 2022):
Hat Yai, Thailand
Kami harini menaiki motor mencari tempat untuk bersarapan pagi akhirnya kami menemui Khaled Restaurant dalam 3km dari hotel. Alhamdullilah, mereka baru saja memulakan perniagaan pada harini setelah bercuti raya.
Terdapat banyak pilihan sarapan pagi di sini diantaranya Roti Canai, Nasi Dagang, Nasi Kerabu dan lain-lain lagi. Memang sungguh menyelerakan. Kami memesan nasi dagang ikan dengan roti telor.
Aku sempat berbual-bual dengan pemilik restoren ini, Encik Abdullah yang berasal dari Selatan Thailand dan beliau boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Menurut beliau, Restaurant Kelantan, Restaurant Salima dan Restaurant Saleem sudah ditutup semasa covid lagi.
Kami kemudiaannya pulang ke hotel kerana isteri ada temujanji Aromatic massage di Cense SPA, Centara Hotel di tingkat 7.
Setelah siap urusan di SPA, kami menaiki motor ke Chang Puak Elephant Camp yang terletak 14 km dari hotel ke arah Songkla.
Di sini mereka menyediakan pakej-pakej mengikut kehendak pelawat, kami mengambil pakej C iaitu menaiki gajah, pertunjukkan monyet, menembak, ATV dan Bird feeding yang berharga 1000 THB.
Setelah penat kami berada di sini, kami bergerak menuju ke Samila Beach yang teletak di Songkla sejauh 20km.
Sesampainya kami disana, kami terus ke Restaurant Bung Sem Seafood kerana kami belum lagi makan tengahari (jam 5 petang).
Kami memesan daging bakar, sup dan ikan bakar untuk makan malam/ makan tengahari kami harini.
Setelah menjamu selera kami menuju ke patung duyung emas yang terletak ditepi Pantai Samila dikawasan berbatu. Kami terpaksa menunggu giliran untuk bergambar disini.
Seterusnya kami singgah di kedai-kedai pakaian dan cenderamata yang berhampiran bulatan untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang
Kami bertolak pulang ke hotel pada pukul 6.00 petang dan sampai sejam kemudian. Alhamdullilah kami sampai dengan selamat walaupun dalam kepenatan.
Day 05 (10 May 2022):
Hat Yai - Pak Bara, Satun (277 km)
Harini kami bermalas-malasan sahaja. Selepas bersarapan pagi di Restaurant Dapor Muslim yang terletak berhadapan dengan station keretapi Hat Yai.
Di kawasan terdapat beberapa buah lagi restaurant halal.
Setelah makan, kami ke kedai dobi 24 jam untuk membasuh pakaian setelah kami berada di sini beberapa hari. Harga dobi lebih kurang Malaysia saja. Untuk 9 kg mesin basuh (cold wash), 40 THB lebih kurang RM 5. Mesin pengering pun sama 40 THB (14kg) untuk 24 minit.
Setelah selesai, kami pulang ke hotel untuk pack dulu barang-barang dan bawak masuk dalam tong motorsikal kami.
Kami mengambil kesempatan untuk ke Kim Yong Market yang terletak 100m dari hotel dengan berjalan kaki. Salah satu favourite makanan yang pasti aku beli adalah buah berangan (chestnut). Harga buah berangan bakar di sini adalah 200 THB (RM 25)
Pemandangan di sekitar pasar
Setelah selesai kami ke hotel untuk check-out dan kami teruk ke Restaurant Kak Jah untuk dapatkan daging bakar terbaik. Kami mencuba Ikan Talapia bakar, memang terbaik. Rugi kalu anda tidak mencubanya.
Destinasi kami terakhir harini adalah Pak Bara, Satun. Aku berhenti seketika di station minyak PTT untuk mengisi minyak. Harga minyak RON 95 sekarang 42.3 THB per liter (lebih kurang RM 5.40)
Kami berehat seketika di Amazon Cafe
Tujuan aku adalah untuk bertemu dengan Cikgu Joe Satun. Kali terakhir aku bertemu dengannya pada tahun 2015 (6 tahun lalu) semasa beliau berada di Ban Khuan, Satun. Ceritanya ada di sini. Ini adalah gambar 2015, semasa aku mengadakan Ride ke Koh Lipe
Sekarang beliau sudah berpindah Pak Bara dan membuka kedai Travel & Tour di sini. Bangga saya dengan perkembangan beliau. Kami sampai di Pak Bara pada pukul 5 petang. Panjang juga kali bersembang-sembang dengan beliau dan isteri.
Kalau anda bercadang untuk ke Pak Bara boleh datang ke Pejabat beliau dibawah ini. Beliau boleh arrange penginapan ataupun trip ke pulau-pulau berhampiran Satun ini. Beliau memang aktif dalam usaha kebajikan dan memertabatkan Bahasa Melayu di Satun ini. Anda boleh hubungi beliau di talian: +66-864706211
Beliau serta isteri membawa kami ke penginapan kami di Bara Resort. Aku sudah menghubungi beliau sebelum ini untuk mendapatkan kami bilik di sini.
Aku mengadakan Cikgu Joe sekeluarga untuk makan malam bersama-sama di restaurant tepi pantai yang berhampiran. Panjang juga cerita yang kami bual sama-sama.
Day 06 (11 May 2022):
Pak Bara, Satun - Gunung Jerai (219 km)
Perjalanan diteruskan lagi bermula dari Bara Hotel menuju ke sempadan Thailand-Malaysia (Wang Prachan, Thailand - Wang Kelian, Perlis) sejauh 68km saja.
Hujan turun renyai-renyai, kami berhenti seketika di sebuah restuarant halal di Thung Nui untuk bersarapan pagi.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Wang Prachan dan kami sampai pada pukul 11:00 pagi. Kedai-kedai sudah mulai dibuka. Teringat aku akan kampung halamanku
Di sempadan ini tidak ramai pengunjungnya, masa keluar tu kami sebiji motor saja. Sesampainya di Custom Thailand, kami park motor di situ dan menyerahkan Borang "Simplified Customs Declaration".
Kami diarah untuk ke Immigration untuk cop passport dahulu. Kami juga menyerahkan borang TM2, TM3 & TM6 di sini.
Alhamdullilah settle kat Thailand, kami meneruskan urusan di Malaysia pulak.
Apa yang berbeza, adalah anda dihendaki untuk mengisi borang Travellers Card di mySejahtera.
Alhamdullilah semua settle. Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Wang Kelian Viewpoint yang berada lebih kurang 8 km dari sempadan.
Kami park motor dan terpaksa berjalan kaki menaiki bukit untuk sampai ke puncaknya. Kami mengambil kesempatan untuk bergambar di sini. Terdapat beberapa orang juga yang mengunjungi tempat ini.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Jerai Hill Resort untuk bermalam di sini.
Pemandangan senja di sini sungguh cantik.
Kami makan malam di sini
Day 07 (12 May 2022):
Gunung Jerai - Kuala Terengganu (445 km)
Kami memulakan perjalanan pada pukul 10:30 pagi melalui lalui Lembuhraya Timur Barat, Gerik-Jeli. Alhamdullilah jalan sangat lancar. Kami banyak kali juga berhenti untuk berehat seketika. Kami sampai di rumah ada pukul 8:00 malam.
Comments
Post a Comment