Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019.
Route kami kali ini adalah:
Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu
Day 01: 14 May 2022
Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km)
Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu.
Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari.
Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. Tak tahan dia kata. Best woo.
Menu kami di Castella Cafe adalah Set Sebarau yang telah aku order awal-awal lagi.
Setelah makan, kami bersolat di sini dan meneruskan perjalanan pada pukul 6:50 petang ke penginapan kami di Seri Malaysia Sungai Petani. Alhamdullilah kami sampai di sini pada pukul 8:30 malam (104 km).
Day 02: 15 May 2022
Sungai Petani - Hat Yai (164 km)
Kami bersarapan pagi hotel sahaja. Bayaran walk-in dikenakan sebanyak RM 12 seorang (dewasa). Sesudah makan kami bergerak menuju ke Changlun. Kami bergambar di hotel sebelum berlepas ke Utara pada pukul 9:30 pagi.
Aku mengajak isteriku untuk berjumpa dengan Cikgu Burn di R&R Napoh sebelum ke sempadan. Cikgu Burn juga menyediakan perkhidmatan Insurance Thailand dan segala urusan untuk memasuki Thailand. Mengikut beliau sekarang ini Thailand Pass boleh diperolehi dalam masa 24 jam.
Kami seterusnya menuju ke Anas & Fairuz untuk mendapatkan document kami.
Sempadan Bukit Kayu Hitam-Sadao
Urusan di sempadan Malaysia berjalan lancar. Kami menyerahkan passport dan Thailand Pass secara ride-thru sahaja. Dalam masa 10 minit kami telah bergerak ke sebelah Thailand pula.
Di Thailand seperti langkah yang saya jelaskan dahulu, sila rujuk di sini.
Seterusnya aku berhenti di kiri jalan selepas Kompleks Kastam dan Immigration Sadao untuk menukar duit RM kepada Baht (THB) harini tukaran dia, RM 1 = 7.84 THB (15 May 2022).
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Hat Yai untuk makan tengahari di Restaurant Kak Sah Tom Yam & Som Tam.
Kami memesan daging bakar, ikan talapia bakar dan sup daging.
Semasa makan di sini, aku bertemu dengan kawan FB ku, Roslani Alias yang kebetulan sedang menjamu selera di sini juga . Kami berbual-bual mengenai trip di Thailand.
Selepas makan kami menuju ke penginapan kami di Centara Hat Yai.
Hotel kami berada 2 km dari restaurant ini. Kami sungguh mengantuk kerana kekenyangan. Inilah salah seorang mangsanya.
Kami berehat seketika di hotel untuk mandi dan bersolat. Selepas itu, aku mengajak isteriku ke Floating Market Khlong Hae yang sememang aku tahu belum dibuka lagi semenjak Covid-19 melanda dunia.
Kawasan ini lenggang. Mengikut petugas di situ Floating Market ini akan dibuka semula bulan depan. Selepas itu kami menuju ke ASEAN Night Bazaar.
Kami duduk untuk minum-minum sahaja di tingkat atas.
Day 03: 16 May 2022
Hat Yai (Santai-santai)
Kami bersarapan pagi di Khaled Restaurant yang terletak berhampiran hotel kami menginap.
Menu kami harini adalah roti telur, nasi dagang dan nasi berlauk.
Selepas itu kami berhantar pakaian untuk didobi berhampiran restaurant tersebut. Setelah itu kami ke Kim Yong Market untuk membeli buah berangang bakar. Harganya 200 THB per kg (RM 25)
Kami membawa berangan itu untuk di makan di Cafe Amazon diseberang jalan.
Sebelah petangnya kami makan roti pisang di Tunnel Market milik Centara Hotel yang berada di Ground Level Hotel
Sebelah malam pun kami ke Restaurant Kak Sah juga untuk makan malam. Kami bertemu dengan Anuar TokMek rakan FB yang turut menjamu selera di sini.
Pulang dari situ kami saja lepak di warung berdepan dengan hotel untuk minum teh tarik. Warung ini satu masa dulu memang famaous, tempat orang Malaysia lepak sambil makan nasi lemak.
Day 04: 17 May 2022
Kami bersarapan pagi di Restaurant Khaled dengan menu Nasi Dagang Daging. Selepas makan kami kemudiannya singgah sekejap di pasar untuk membeli buah berangan (chestnut) sebelum pulang ke hotel.
Setelah bersiap-siap, kami meneruskan perjalanan ke Yala pada pukul 10 pagi sejauh 132 km
Cuaca sangat panas apabila kami melalui laluan (Chana-Pattani-Yala). Kami membuat keputusan untuk berhenti seketika di Sakom untuk membeli tembikai untuk menghilangkan rasa panas dan dahaga.
Aku menghubungi Isma ea, kawan FB ku merangkap penulis idolaku, memang lama aku memendam rasa untuk bertemu dengan beliau. Aku menyimpan kesemua buku-buku karangan beliau untuk dijadikan koleksi peribadiku.
Kami bertemu beliau di sebuah restaurant di tepi jalan di kawasan Kedai Buruk (Old Town), Yala. Kami bersembang-sembang mengenai pengalaman beliau berbasikal dari Bangkok sehingga ke Yala dan bakal meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir beliau di Pasir Mas, Kelantan.
Aku mengajak beliau untuk lepak-lepak malam ni dan aku juga memberitahu beliau untuk mendapatkan buku yang ditandatangani oleh beliau.
Kami seterusnya beredar untuk mencari hotel di sekitar Yala. Akhirnya kami bertemu Laila Resident. Penginapan ini berharga 800 THB.
Kami bertemu dengan beliau di Pusat Makanan Halal bersebelahan dengan station minyak.
Beliau datang bersama temannya, En Muhammad Fauzi Chapakiya dan isteri beliau Suraiya Chapakiya yang merupakan staff dan pensyarah Fatoni University di Yala ini. Aku bercadang untuk belanja mereka makan tapi lain jadinya mereka pula belanja kami makan di sini. Aku memesan kerepok lekor, orang Yala memanggilnya 'kepala kerepok'. Isma Ae menandatangi buku yang aku beli dari beliau.
Day 05: 18 May 2022
Yala - Pattani - Betong (227 km)
Kami keluar lebih awal untuk bersarapan pagi dan membasuh baju. Kami terjumpa Restaurant Tuan yang banyak menyediakan menu sarapan paginya yang best adalah pulut pagi, pulut mangga dan aku juga mencuba gulai siput sedut dan ikan percik. Memang best.
Kami meneruskan perjalanan harini ke Masjid Kerisik di Wilayah Pattani sejauh 50km dari Yala.
Masjid Kerisik (Krue Se Mosque)
Nama rasmi masjid ini adalah Masjid Sultan Muzaffar Shah. Ia merupakan masjid pertama di Asia Tenggara yang dibina menggunakan bata merah pada tahun 1514 AD
"Kerisik" bermaksud pasir di kawasan pantai yang berwarna putih seperti mutiara.
Kami mengambil peluang untuk bergambar di sini.
Kami kemudian ke Restaurant MunaDin yang berada sebelah masjid ini. Kami mencuba Nasi Sup yang best.
Kami bergambar dengan En Din dan Puan Muna sebelum kami meneruskan perjalanan menuju ke Betong, Yala.
Perjalanan dari Bandar Yala ke Betong agak mencabar kerana melalui laluan berbukit yang penuh dengan corner yang menguja.
Kami berhenti seketika di salah sebuah gerai menjual ayam golek. Kami tertanya-tanya, tempayan apakah yang terdapat di setiap gerai ayam golek. Tempayan ini sebenarnya digunakan untuk memanggang ayam. Ayam di sangkut pada besi dibahagian atas tempayan dan arang dihidupkan dibahagian bawahnya. Sebuah tempayan boleh memuatkan 7 ekor ayam.
Kami berhenti seketika di atas jambatan Tok Ku Chae Bridge di Hutan Halabala.
Kami sampai di Betong pada pukul 5:15 petang. Kami berpusing-pusing seketika di sekitar Betong untuk mencari hotel. Akhirnya kami bertemu New Cathay Hotel yang berhampiran Pasar Betong.
Hotel yang biasa kami menginap iaitu, Hotel Sweet Home, masih tidak beroperasi lagi gara-gara covid.
Day 06: 19 May 2022
Betong - Penang (116 km)
Kami mengambil kesempatan berada di Betong untuk mengunjungi lokasi viral di Betong iaitu Awan Namo Aiyerweng yang terletak 36km.
Perjalanan ke sana mengambil masa 50 minit untuk sampai di sini. Kami park motor di kawasan parking di bawah. Seterusnya kami menaiki ke puncak dengan menggunakan perkhidmatan motorsikal (30 THB masa naik, 20 THB masa turun)
Kami menaiki motorsikal sejauh 2km untuk sampai ke puncak. Kami harus menyewa (30 THB) stoking khas untuk membalut kasut kami dari mencalarkan lantai kaca.
Kami menaiki tangga untuk menuju jambatan kaca. Kami bergambar di sini.
Kami kemudiannya singgah di Hot Spring Betong yang terletak 7 km sebelum Pekan Betong. Malangnya ketika kami sampai, mereka sedang membersihkan kolam air panas.
Kami pulang ke hotel dan bersiap-siap untuk memulakan perjalanan masuk ke Malaysia melalui Pengkalan Hulu, Perak. Kami bergerak dari hotel pada pukul 12:30 tengahari.
Urusan di Immigration dan Custom Thailand berjalan lancar dan cepat. Kami menyerahkan borang Simplified Customs Declaration kepada Custom dan TM2, TM3 dan TM6 kepada Immigration.
Urusan di bahagian Malaysia juga lancar. Anda harus serahkan passport untuk dicop dan perlu mengisi Traveller Form (online) di dalam mySejahtera App.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan Adam Hakimi di sana. Kami melalui Pengkalan Hulu - Baling - Kulim- Pulau Pinang sejauh 110km.
Cuaca sangat panas. Kami sampai di The Gallivant Hotel pada pukul 5:00 petang.
Kepenatan
Kami bertemu mereka di Mc Donald, Pesisiran Karpal Singh
Day 07: 20 May 2022
Penang - Jeli (300 km)
Kami memulakan perjalanan harini agak lambat sedikit. Kami berpatah balik Grik sebelum memasuki Kelantan. Kami berhenti seketika di Cafe Castella untuk berehat seketika.
Kami meneruskan perjalanan untuk menjejak Isma ea dengan basikal yang rencananya akan melalui laluan Lebuhraya Timur Barat. Akhirnya kami bertemu beliau di R&R Amiza Titiwangsa sedang makan bersama dengan teman beliau, Don. Beliau baru sahaja menjamah nasi setelah berkayuh dari Gerik lebih kurang 75km.
Kami bergambar di sini.
Kami mengambil keputusan untuk menginap di Jeli kerana terlalu penat. Kami berhenti di D'Jeli Hotel yang terletak berhampiran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) cawangan Jeli.
Day 07: 20 May 2022
Jeli - Kuala Terengganu (188 km)
Kami meneruskan perjalanan pada pukul 10:30 pagi setelah bersarapan pagi di kampung isteriku, di Ayer Lanas, Jeli.
Semasa kami bergerak keluar dari Jeli, aku sekali lagi terserempak dengan Isma ea yang baru saja berkayuh melewati Ayer Lanas. Kami bergambar di sini.
Semasa kami bergerak keluar dari Jeli, aku sekali lagi terserempak dengan Isma ea yang baru saja berkayuh melewati Ayer Lanas. Kami bergambar di sini.
Kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah kami di Batu Rakit dan sampai pada pukul 3:00 petang.
I had to get a Rush passport for an unanticipated business trip, and I'm impressed by how easy it was. The application as a whole was efficient, and I was pleased enough to choose expedited services. The staff at the passport agency was very kind; they showed me the ropes and double-checked my paperwork to make sure it was in order. Their ability to expedite the procedure without sacrificing precision is remarkable. When time is of the essence, and you want a passport urgently.
I had to get a Rush passport for an unanticipated business trip, and I'm impressed by how easy it was. The application as a whole was efficient, and I was pleased enough to choose expedited services. The staff at the passport agency was very kind; they showed me the ropes and double-checked my paperwork to make sure it was in order. Their ability to expedite the procedure without sacrificing precision is remarkable. When time is of the essence, and you want a passport urgently.
ReplyDelete